Sebab coklat masakan kat rumah dah nak expired so NurNiz pun buatlah kek kukus coklat. Kali ni NurNiz follow resipi lain sebab kalau resipi lama tu bila keluarkan dari peti ais dia akan jadi keras sedikit. Thank you owner blog fizalgk yang sudi berkongsi resepi. Resepi kat blog akak ni ada gambar sekali jadi senang sangat nak faham.
Kek Coklat Kukus |
Bahan2 Kek
Bahan A
1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan A |
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan B |
Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)
Bahan C |
Cara-cara Membuat Kek
- Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
- Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
- Tuang adunan dalam loyang dan tutup dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil untuk pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
- Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
- Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.
Bahan2 Topping
300 gm coklat masakan - dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
Cara-cara Membuat Topping
- Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.
- Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
- Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.
Hasilnya kek coklat kukus belum letak topping lagi |
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments:
Post a Comment