Kabinet dapur rumah baru NurNiz dah hampir siap tinggal nak pasang dapur memasak ja. Kabinet dapur rumah NurNiz ni simple2 sahaja, NurNiz takda buat kabinet bahagian atas pun & menambah aksesori yang macam2. Sebabnya mungkin NurNiz akan berpindah (tak tahu lagi future macam mana kan) & mungkin jugak kalau NurNiz terus tinggal kat sini NurNiz teringin nak renovate untuk besarkan dapur (tapi bagi sesiapa yang plan nak renovate dapur tak disarankan buat kabinet dapur berasaskan konkrit sebabnya konkrit terpaksa dipecahkan kalau nak renovate nanti).
 |
| Uncle yang buat kabinet dapur ni sangat bagus. Setiap hari uncle tu akan kemas & sapu tempat kerjanya. | |
|
Untuk asas & permukaan atas kabinet dapur, NurNiz memilih tiles & konkrit sebab ianya tahan lasak & harganya agak murah. Sekaki harganya dalam RM250. Lagi2 ayah NurNiz kadang2 suka letak periuk panas tanpa berlapik atas kabinet dapur. Boleh bayangkan kalau solid surface ka lama2 akan rosak gak huhu.
 |
| Permukaan kabinet dapur tiles. NurNiz pilih warna hitam supaya tak nampak kotoran hehe |
 |
Aksesori kabinet dapur untuk letakkan rempah ratus
|
 |
| Ada pelbagai lagi pilihan aksesori kabinet dapur |
 |
| Kabinet dapur kombinasi merah putih. Tapi teringin nak buat warna pink :) |
Total keseluruhan harga kabinet dapur NurNiz berbentuk L-shape ni dalam RM 4300++.