NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul hehe.
Dari awal kelahiran lagi, Wafiy memang jenis tergolong dalam baby mudah terkejut. Pantang bunyi sikit, mesti akan terkejut. Baru 5 minit tidur, dah terkejut. Lepas terkejut Wafiy susah untuk tidur semula. Bila tak dapat tidur mulalah mengamuk menangis2. Solution yang NurNiz dah cuba bedung baby, letak bantal2/benda berat atas dada, bagi baby tidur mengiring @ meniarap. Kadang2 berkesan kadang2 tak. Akhirnya terpaksalah tidurkan Wafiy dalam buaian walaupun sebelum ni NurNiz pernah berazam takmau ajar anak sendiri tidur buaian. Tapi terpaksalah gunakan buaian supaya Wafiy dapat tidur lena lama sikit.
 |
| Wafiy tidur meniarap |
Nak dekat hari ke-20 selepas kelahiran, Wafiy dapat ragam baru plak iaitu susah nak tidur. NurNiz selalu dengar ada sesetengah baby suka tidur siang tapi berjaga waktu malam2. Tapi bayangkanlah siang dan malam Wafiy takmau tidur sampai bawah mata tu jadi lebam la tak cukup tidur. Dari pukul 8 pagi sampai 6 petang, kekadang tidur sejam lebih ja. Setiap kali sesi tidur kekadang 30 minit ja. Padahal Wafiy selalu ja menguap tanda2 mengantuk tapi tetap takmau tidur gak. Letak dalam buaian dihenjut2 pun tetap takmau tidur. Masa tu NurNiz terpikir baby pun ada penyakit insomnia kot haha. Bila takmau tidur Wafiy jadi kerap lapar, asyik minum susu sampai perut kembung hehehe.
 |
| Dalam buaian pun kena bagi Wafiy tidur meniarap supaya tak mudah terkejut |
Lepas habis berpantang, NurNiz balik ke rumah sendiri. Nasib baik kawan Big Bear ada bagi besi buaian jadi tak perlulah beli yang baru. Masa ni Wafiy dah ada masa2 tertentu akan tidur tapi Wafiy akan kerap terjaga. Masa dalam buaian, 10-15 minit tidur Wafiy akan terjaga & menangis (macam tau2 ja ibunya takda kat situ). NurNiz yang tengah buat kerja terpaksalah menghenjut buaian bagi Wafiy tidur semula. Jadi, kalau Wafiy tidur sejam, 3-4 kali terpaksa berulang alik ke buaian. Kadang2 stress, NurNiz rasa nak beli spring automatik terus. Hasilnya, NurNiz boleh kurus tanpa makan ubat pelangsing huhu.
 |
| Wafiy dalam buaian :) |
*Kalau diikutkan banyak lagi kisah2 Wafiy bab tidur ni tapi dah tak larat nak cerita panjang2 :)