Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 3

Hari last di Bali. Tak cukup rasanya 3 hari saja di Bali!!!. Hari last adalah aktiviti bebas. Nanti Pak Supir akan ambil kami ke airport pukul 5.00 petang. Pagi2 seperti biasa breakfast di hotel dulu. Kemudian plan nak mandi laut. Petang plak plan nak mandi pool di hotel. Tapi apakan daya hujan turun mencurah2. Pukul 10.30 pagi baru dapat keluar dari hotel. Nak mandi laut, laut tengah bergelora, ombak tengah kuat tak beranilah kami. So just main2 istana pasir dengan Wafiy. Lepas puas main pasir, baru kami jalan2 sekitar hotel nak beli souvenier yang tak cukup lagi. 

Pasar Seni Kuta & Matahari

NurNiz memang cadangkan beli di Pasar Seni Kuta  terletak bersebelahan pantai. Harga barang kat gerai2 memang murah compare dengan kedai2 tepi jalan. Bayangkan NurNiz beli skirt boleh dapat 30 ribu rupiah je, kalau kat kedai tepi jalan, 100-250 ribu rupiah. Lepas tu, kami pegi ke shopping mall Matahari. Kat sini banyak tshirt dengan kraftangan yang up sikit kualiti dia tapi boleh dapat dengan harga yang berpatutan. Beli tshirt Bali kualiti pun ok boleh dapat harga dalam 50-70 ribu rupiah.

Wafiy bukan main happy dapat main pasir lagi

Saja ja Wafiy nak runtuhkan istana pasir ibu buat..

Ada replika penyu di tepi pantai

Keluarga penyu

Masa ni tengah tunggu hujan nak berhenti
Matahari Shopping Mall

Lorong nak ke pantai Kuta. Berderet2 kedai2 & fastfood..

Pasar Seni Kuta
Tengah hari kami makan di Burger King. Fastfood kat seluruh Indonesia macam McD, KFC memang halal. Kami tapau sikit untuk petang nanti nak balik ke airport. Petang tu berehat & packing barang di bilik. Nak mandi pool pun hujan gak sikit. Pukul 5.00 petang Pak Supir datang ambil ke airport. Total harga supir jemput airport (2x) + halfday tour + 1day tour adalah sebanyak 650 ribu rupiah. Jangan lupa gak untuk sediakan airport tax sebanyak 150 ribu rupiah per orang. Rupanya flight delay sampai pukul 7.45 malam. Delay lagi malam tu 2 kali. Sabar jelah. Pukul 9.00 malam baru flight depart. 
Rehat sekejap tunggu supir sampai
Lupa plak nak ambil gambar dengan Pak Supir. Nampak tak aktiviti Wafiy sepanjang perjalanan dalam kereta.

Ni aktiviti2 Wafiy di airport plak..

Nasib baik tidur gak masa kat airport. Kalau tak penat nak kejar. Boleh plak time nak naik flight tiba2 bangun tidur haha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments:

  1. Thank you sudi baca. Awak pun nak pegi ke bali la ye. Enjoy yourself di sana.

    ReplyDelete