Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 2


Malam sebelumnya dah janji dengan pak supir nak keluar berjalan esok pukul 9.00 pagi. Lepas solat Subuh dalam pukul 7.00 pagi kami breakfast di hotel. Kami 3 beranak je yang breakfast. Tetamu yang lain belum bangun tidur lagi haha. Masakan berasaskan goreng, daging, ayam apa tu memang kami tak makan. NurNiz & Big Bear just makan roti, cereal, salad buah2an dengan air jus jelah. 

Kuta Beach

Selesai bersarapan, kami berjalan kaki ke pantai Kuta. Dekat je pantai dengan hotel kami dalam 300 meter camtu. Pantai Kuta ni airnya taklah secantik pantai Sabah di Malaysia. Laut tak jernih, pasir pun tak berapa putih. Wafiy nampak pasir memang terus berlari nak main pasir. Pagi2 kat pantai ada kerja pembersihan dijalankan. Memang bagus di Indon ni kebersihan tempat perlancongan memang sangat dititik beratkan. 


Yang arrow kuning tu bilik kami. Nak breakfast dekat je.

Jus kat hotel ni memang sedaplah
Lorong hotel kami

Yang sebelah kiri ada 2 shopping complex (SOGO), belah kanan ada 1 shopping complex (MATAHARI)

CIMB dengan MAYBANK pun ada..

Di sinilah Kuta Beach
Bagus betul ada pekerja2 untuk kutip sampah sarap

NurNiz pakai seluar tidur je haha

Kat sebelah NurNiz tu ada bunga untuk pemujaan. kat Bali ni memang merata tempat ada bunga tu.

Wafiy kononnya terpegun tengok pasir

Terus duduk nak main pasir

Bukan main excited menjerit2 nampak pasir
Jakun tak pernah ke pantai lagi

Main pasir sampai kepala

Kraftangan (Area Ubud)

Hari kedua ni kami plan nak ke Kintamani yang ada gunung berapi Batur tu. Sepanjang perjalanan ke Kintamani tu NurNiz memang kagum tengok hasil2 seni yang dijual di tepi2 jalan. Satu kawasan tu penuh dengan ukiran kayu, next kawasan ukiran batu, painting dan macam2 lagi. On the way tu singgah tempat membuat batik, tempat membuat lukisan, tempat membuat ukiran kayu. 
Tempat membuat batik

Peralatan nak buat batik. yang besar tu mold untuk batik cop rasanya.

Dulu kat sekolah pun pernah buat untuk pendidikan seni

Memang cekaplah akak2 ni buat
Mesin tenun pun ada gak
Galeri lukisan Muji. Pelukis2 semuanya dari satu family.

Tapi lukisan mak aih satu juta rupiah lebih tu..Seribu ringgit duit kita.

Tempat buat ukiran kayu plak

Tak minat sangat dengan ukiran2 kayu

Wafiy sibuk nak main dengan monkey tu

Tegalalang (Padi Bukit)

Nak dekat tengah hari kami sampai di tegalalang, tempat padi bukit ditanam. Panas terik kami just singgah ambil gambar kat atas tu. Ada gak mat salleh sanggup turun bukit tu semata2 nak tengok padi huhu. Nurniz sempat beli beg & alas meja yang dikait. Kat sini hasil seni kait dia memang colourful. Kalu kat Kuta rasanya susah nak jumpa yang kait colourful tu.

Jatuh hati dengan alas meja kait ni

Padi bukit bertingket2

Nak makan kat sini pun boleh

Ada gerai2 jual hasil kraftangan

Cadar/selimut patchwork

Memang panas Wafiy kena selimut dengan napkin. Boleh plak tertinggal napkin kat kedai huwaa

Sekarang ni kalau ambil gambar tulah gaya Wafiy buat. Nak buat peace tapi tak pandai lagi hehe

 Kintamani (Gunung Berapi Batur)

Next destination sampailah ke Gunung Berapi Badur di atas puncak Kintamani tu. Dalam perjalanan naik ke kintamani, terserempak dengan ramai budak2 sekolah baru balik sekolah. Ada satu tempat tu boleh plak polis Indonesia buat roadblock semata2 nak ambil duit. Pak Supir bagi duit ja terus dilepaskan. Kat atas ni ada 2 restoran yang halal sambil makan menghadap gunung berapi. Tapi NurNiz dengan Big Bear takdalah duduk di tepi tu, kami makan di bawah pondok. Takut kang makan tepi2 tu ada budak nama Wafiy tu nak terjun hehe. Kami singgah solat Zohor & Asar kat sini. Surau dia kecil ja bercampur lelaki perempuan ok. Kebaikan ambil supir Islam ni diorang tahu kat mana makanan halal & surau/masjid untuk bersolat. Masuk ja dalam kereta nak bertolak balik, hujan lebatlah plak. 
Gunung berapi Batur

Awan mendung. Restoran tengah renovate
Pondok kami makan

Makanan kat sini buffet.
Wafiy yang sibuk nak makan. Nak suap sendiri plak tu.

Makanan dia boleh tahan sedap.NurNiz paling suka satay, bayam goreng dengan tempe. Kalu sup apa tu memang kureng dengan selera NurNiz.

Kalau restoran belakang tu tak best tak nampak pemandangan gunung

 Kopi Luwak

Nasib baik masa singgah ke area Kopi Luwak tu hujan dah berhenti. NurNiz ingatkan kedai kopi luwak ni satu ja. Rupa2nya sepanjang jalan tu ada banyak perusahaan kopi  Luwak. Pilih ja kedai yang mana satu. Kopi luwak ni berasal dari tahi musang (orang indon panggil luwak). Kat sini kita akan diberi peluang merasai pelbagai jenis kopi dengan percuma. Kalau berminat boleh beli kemudian. Kalau nak rasa kopi luwak tu ja yang kena bayar. Kami tak minum pun kopi Luwak sebab ada terbaca hukumnya haram minum kopi luwak tu.
Sekeliling kedai kopi tu ada kebun kopi dan lain2 rempah. Sapa tak kenal nilah biji kopi.

Pakcik tu memang sempoi siap tolong ambilkan gambar

Pokok kulit kayu manis/cinamon

Biji kopi merah kopi terbaik. Luwak akan pilih biji kopi terbaik untuk dimakan

Yang tu pokok lada putih. NurNiz 1st time tengok

Apakah ni?? Buah KOKO ye..

Rempah ratus keluaran sendiri

Tahi luwak yang fresh

Tahi luwak yang dah dibersihkan

Pekerja2 kedai kopi luwak. Semua muda2 lagi
Kopi Luwak

Kopi & teh lain yang dijual. NurNiz beli 2,3 jenis nak dekat 500 rupiah

Boleh cuba 12 jenis kopi + teh secara percuma

NurNiz paling suka kopi kelapa. Tak pernah rasa lagi sebelum ni.

Proses buat kopi. Menggoreng dengan tumbuk. Goreng pun guna kayu arang.

 Jimbaran

Balik ke area hotel dah lewat petang. Jadi kami balik hotel untuk mandi kejap lepas tu keluar balik untuk dinner & tengok sunset di Jimbaran. Kawasan pantai jimbaran ni memang dipenuhi dengan restoran2 tepi pantai. Kalau nak makan dekat sini ambil set memanglah mahal sikit. Kami just pilih ikan, sotong + udang. Kat sini kalau ambil ikan tu dah meang diatangkan sekali dengan air+sayur+buah2an. Tu pun makan tak habis. 

Lari nak main pasir!!

Tak pasal nak kena tukar baju lagi nanti

Sepanjang pantai memang dipenuhi deretan kedai makanan seafood

Seluar basah sibuk nak main air laut

Nasib baik baby chair ada

 Kalau harga set tu memang mahal boleh cecah juta2 rupiah. Pilih ikut kemampuan diri

Seafood dia memang fresh & besar2

Angin laut memang kencang rasa macam nak terbang

Kena makan & kunyah laju2 sebelum Wafiy nak panjat meja

Ada persembahan tarian semasa tengah makan

 Krishna (Kedai Beli-Belah)

Balik dari Jimbaran kami singgah shopping di Krishna. Krishna ni shopping complex kecil  untuk beli souvenier ala Mydin gitu (harga murah compare dengan tempat klain. Pusing2 tengok barang dalam 2 jam lebih kami shopping kat situ. Kat sini barang dia takdalah special, jenis beli borong banyak2 untuk bagi souvinier kat orang.
Tshirt & kraftangan ada banyak kat sini

Susah betul nak cari baju untuk ladies, semua jenis bertali huhu

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment