Ujian Kehamilan

Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan?

Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau anda survey di Watson & Guardian (rasanya brand Clearblue kot), ada jugak alat ujian kehamilan yang dapat kesan kehamilan 3-4 hari sebelum hari anda sepatutnya datang haid. Ujian kehamilan ni boleh dilakukan melalui 2 cara: ujian air kencing & ujian darah. Selalu orang akan buat ujian air kencing sebab method dia mudah. Peringatan penting, kebanyakan arahan kat alat ujian air kencing tu akan sebut bagus sekiranya kita buat ujian di awal pagi, air kencing yang 1st sekali sebab masa tu air kencing kita pekat.

Ujian air kencing, urine pregnancy test (UPT) ni plak ada beberapa jenis:
1. Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.
2. Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya 
3. Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

*Daripada pengalaman NurNiz, jenis 1 & 2 paling senang digunakan. Kalau jenis ketiga tu, masa kencing nanti (lalukan air kencing kat alat ujian tu)  mungkin air kencing kita terpesong, jadi tak pasal2 rosak alat ujian air kencing tu huhuhu*

Apakah yang dikesan oleh ujian kehamilan? 

Ujian kehamilan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku. Sumber Baby Center.

Bagaimana nak tahu keputusan ujian kehamilan?

Garisan yang paling hampir dengan tempat air kencing anda diletakkan memeriksa kandungan hormon di dalam air kencing anda. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat air kencing diletakkan bertindak sebagai 'control' untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik. Sekiranya ada dua garisan yang muncul, anda disahkan mengandung. Sekiranya hanya satu garisan sahaja yang timbul, iaitu di garisan 'control', anda tidak mengandung.Sekiranya tidak ada langsung garisan yang timbul, alat yang anda beli tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik.
Keputusan ujian air kencing kehamilan
*Garisan yang tentukan anda mengandung tu tak semestinya akan jadi seterang garisan control. Walaupun samar2 ada juga kemungkinan anda mengandung tapi hormon anda tu masih rendah lagi. Jadi cuba ulang ujian kehamilan tu 2,3 hari lagi untuk kepastian* 

Ujian Kehamilan NurNiz 

NurNiz dapat tahu NurNiz ni mengandung masa 1st anniversary perkahwinan NurNiz. Kebetulan masa tu, adik ipar NurNiz turut melangsungkan perkahwinan sama tarikh dengan NurNiz  (tahun depan boleh kami celebrate anniversary bersama2 huhu). Punya sibuk untuk kenduri baru perasan bahawa NurNiz dah lewat 2 hari datang haid. Haid NurNiz memang cycle dia tetap. Jaranglah terlambat, kalau terawal tu adalah gak. 

So, malam sehari sebelum majlis perkahwinan adik ipar, NurNiz & en. suami pun pergi membeli alat ujian kehamilan kat Watson. Siap cari yang paling murah sekali hehe. Last2 sekali, beli yang brand Watson paling murah yang ada 2 alat ujian kehamilan dalam 1 kotak (kalau tak salah harga RM 5 ja kot). En. suami kata boleh buat dua kali kalau yang 1st tu tersilap test. Kalau ikut arahan kat kotak, seeloknya test air kencing di awal pagi. Tapi punya excited nak test, balik daripada Watson malam tu terus test. Tiba2 ada dua line, resultnya positif. Tidur malam tu tersenyum sorang2 walaupun masih ragu2 lagi mengandung ka tak ni :). Esok paginya bangun awal, test lagi sekali alhamdullilah resultnya positif jugak. 

Selepas selesai majlis perkahwinan, malam tu NurNiz pun pergi ke klinik untuk sahkan dengan Doktor. Masa bagitau nak buat ujian kehamilan, Doktor plak yang senyum2 bahagia. Lepas ambil air kencing, tunggu lamanya keputusan daripada Doktor. Rupa2nya Doktor terlupa kat NurNiz  & en.suami yang tengah tunggu kat makmal belakang klinik tu. Doktor siap layan pesakit2 lain dulu. Tapi takpalah kan, alhamdullilah resultnya positif jugak. Dan Doktor bagitau due date baby kami 22/11/12. Terima kasih Ya Allah untuk hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang paling bermakna ni.

Result yang positif boleh disimpan untuk masa lama sebagai rujukan

Ujian kehamilan di klinik. Kena bayaran RM12 ja
 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

9 comments:

  1. wah.. seronok nyaaa.. ^^ thniah.. masuk setahun lbh laa skang tu kn ? post ni 2012.. skang dah 2014..

    ReplyDelete
  2. Thank you..aah anak dah setahun lebih dah ni

    ReplyDelete
  3. nak tanya, kalau baru sehari lewat datang period pun dah boleh cek UPT ke?

    ReplyDelete
  4. Boleh ja..better pakai yg dgital macam brand clearblue tu bkalau nak test cepat.. tapi kalau hormon kehamilan tu masih rendah maybe alat tak boleh detect lagi.

    ReplyDelete
  5. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya, boleh sms or wassup kt 0148004302

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada lagi ker. Bole wsp sy tak 0173721466

      Delete
  6. Saya dh buat test pg tadi..tp masih keliru..saya punya line T tu terang,tp line C tu samar..Hamil ke saya sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau line samar2 tu ade kemungkinan pregnant..trylah buat test lagi sekali

      Delete
  7. Sy sepatutnya 5 hari dtg haid.tp dh 1 mnggu lewat..sy buat pregnant test didapati Line T terang line c plak mcm pudar.. adakah sy hamil

    ReplyDelete