A Walk to Remember..Part 2

Perkahwinan NurNiz bukanlah sesuatu dreams come true tapi lebih kepada mengejar dateline.. NurNiz bertunang pada 19 November 2010 di kala kesibukan menghabiskan Master. Selepas selesai majlis pertunangan, NurNiz perlu pulang semula ke Skudai untuk pembentangan projek Master NurNiz & juga melakukan correction. Hmm..susah plak tu nak fokus kepada projek Master dalam keadaan berada di awangan menjadi tunangan orang hehehe.

Menjelang akhir Disember, NurNiz terpaksa mengucapkan bye2 kepada Skudai walaupun tesis NurNiz belum siap sepenuhnya lagi sebab NurNiz perlu melapor diri untuk bekerja di Perlis pada awal Januari 2011. Terima kasih tak terhingga kepada sahabat NurNiz, Ana yang telah banyak membantu NurNiz dalam siapkan proses printing, binding hard cover, minta tandatangan supervisor & tolong hantarkan sekali tesis NurNiz yang sudah siap itu. Jasamu dikenang Ana.

Setelah pulang ke kampung halaman, barulah NurNiz boleh mulakan persediaan perkahwinan yang tinggal hanya 3 bulan saja lagi. Tidak pernah terlintas dalam sanubari bahawa NurNiz akan bertunang dan berkahwin dalam tempoh terdekat ni. Duit simpanan untuk persediaan perkahwinan pun takda lagi sebab NurNiz belum bekerja lagi pada masa tersebut.

Dengan ketiadaan tunang yang berada jauh di selatan tanah air+ kejutan budaya apabila masuk bekerja+ ketiadaan kenderaan sendiri (terpaksa pinjam kereta ayah masa tu, ayah pulak terpaksa naik motor)+ ketiadaan sumber rujukan untuk dijadikan panduan (masa tu ramai kawan2 NurNiz yang belum berkahwin)+ kehilangan tempat bergantung NurNiz selama ini (mak NurNiz yang tercinta).. maka persediaan perkahwinan semuanya dilakukan dengan keupayaan diri NurNiz dengan konsep ringkas+ mudah+ cepat+menjimatkan huhuhu


Alhamdullilah, majlis pada 17 Mac 2012 dapat berjalan dengan lancar.
Wedding Invitation
Menunggu ketibaan pengantin lelaki

Baju pengantin biru turqoise
Makan beradab
2-tier wedding cake
Pelamin yang simple :)

Keluarga pegantin perempuan

Keluarga pengantin lelaki

Rakan2 tersayang
Hantaran pihak lelaki 1

Hantaran pihak lelaki 2
Eh, salah rumah ka lori Tesco ni?

Kami tak salah rumah ya, nama cik puan ada tertulis kat sini

Rupa2nya hadiah suprise daripada kawan2
Sebahagian daripada penyumbang2 hadiah
Sesi outdoor yang kurang feeling

Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga

*Pengajarannya, jangan malas untuk melakukan survey. Sekiranya berkesempatan, lakukanlah survey sebanyak yang boleh. Kalau hendak menempah secara online (contohnya jurugambar, juruvideo) kaji dengan betul2 dahulu perkhidmatannya terutamanya respons2 daripada pelanggan lepas. Lebih bagus jika salah seorang pelanggan lepas tu merupakan orang yang dikenali kita. lebih banyak maklumat tentang hasil perkhidmatan sama ada memuaskan atau tidak yang dapat kita ketahui.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment