5 April yang lalu ofis NurNiz ada buat family day di Langkawi selama 2 hari 1 malam. Patutnya para staff tidur di Sandy Beach Resort, Pantai Chenang tapi Big Bear nak tido hotel lain sebab tak berapa berkenan dengan condition di Sandy Beach tu. So pagi Sabtu, NurNiz, Big Bear dengan Wafiy naik feri di jeti Kuala Perlis dalam pukul 11 camtu sampai di Langkawi dalam pukul 12.30 tengah hari. Patutnya bas disediakan untuk staff tapi kami sewa kereta sendiri sebab kami tinggal agak jauh dari Sandy Beach iaitu di Bella Vista Hotel di Padang Matsirat. Sewa kereta Viva dari tengah hari sampai 6.00 petang esoknya kena bayar RM100 ke 120, NurNiz pun tak ingat. Mahal rupanya ada akak lain sewa kereta Vios dari tengah hari sampai 3.00 petang esoknya kena bayar RM80 ja. So NurNiz nasihatkan jangan ambil dekat orang yang offer sebaik saja kita keluar feri tapi terus ja pegi cari kereta sewa di kaunter.
Aktiviti petang sukaneka dibuat di pantai bersebelahan Sandy Beach. Mula2 staff lelaki main bola tampar pantai. Sambil tu diadakan acara sukaneka untuk kanak2.Wafiy tak joinlah sebab Wafiy tak berapa nak faham arahan lagi haha, so Wafiy just mandi2 pantai. Lepas staff lelaki habis main, staff perempuan plak main. NurNiz main kejap Nurniz ni bukan jenis sporty woman hehe.
|
Best sangat Pantai Chenang ni pasir putih & halus |
|
Main2 pasir dengan akak & abang sebelum acara bermula |
|
Penat abang buat istana pasir Wafiy hancurkan plak |
|
Nampak tu mainan abang siap buat harta sendiri |
|
Mandi laut sampai biru |
|
Wafiy yang gila mandi laut |
Lepas balik dari sukaneka, kami singgah di tepi pantai Padang Matsirat berdekatan dengan airport Langkawi. Sepanjang persisiran pantai ada tempat makan laksa yang best.
|
Makan laksa sambil angin bertiup sepoi2 bahasa |
|
Budak Wafiy ketiduran sebab penat sangat mandi laut |
Malamnya kembali ke Sandy Beach untuk dinner. Ternyata dinner di Sandy Beach agak mengecewakan. Ingatkan boleh makan seafood rupanya dapat makan tomyam dengan kangkung goreng ja. Pastu singgah di kedai roti beli roti bekal untuk esok & juga family tshirt. nantikan kemunculan family tshirt dalam next entri haha.
|
Wafiy tergoda dengan kek2 yang cantik |
0 comments:
Post a Comment