Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1



Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Thailand. Mula2 ingatkan nak ke Bandung, bolehlah keluarga mertua join sekali tapi tiket flight tengah mahal time tu (harga jauh gila mahal compare time promotion). Last2 sekali tempeh tiket ke Bali. Last minit booking harga tiket memang mahal sikit. Sebenarnya takda plan pun nak ke Bali sebab selalunya orang kata Bali ni lagi sesuai untuk yang nak honeymoon & cuaca di Bali agak panas kalau nak bawa baby sekali. Tapi NurNiz tak kisah tetap nak bawa Wafiy sekali hehe.

Flight kami ke bali dari LCCT pukul 9.30 pagi dijangka sampai sana 12.30 tengah hari. Perjalanan ambil masa 3 jam & waktu Bali sama ja dengan Malaysia. Kami sampai di bali dalam pukul  1.20 petang (lambat betul flight tu nak depart). Beratur di imigresen, ambil bagasi lagi dalam 2.15 petang lebih baru kami keluar daripada airport. Nasib baiklah time kami pegi ni tak banyak orang, beratur kat imigresen pun sekejap je. Tapi sekejap je pun penat kejar Wafiy berjalan sana sini. Nak dukung takmau menjerit2 habis semua orang pandang. Supir/pemandu pelancong Big Bear dah tempah siap2 dari Malaysia lagi. Namanya Pak Yanto. Pak Yanto ni seorang islam. Rupanya Pak Yanto ada hal jadi kawannya Pak Lalu yang gantikan jadi supir kami. Masa keluar airport tu Pak Lalu dah siap tunggu kami dengan sign board nama.

Wafiy tak sabar2 nak naik flight

Air Asia ke Bali..pramugari dalam flight pakai seluar jeans je. Tak pernah tengok lagi sebelum ni haha.

Chartered bas yang ambil penumbang selepas turun flight

Inilah airport Denpasar. Memang panas sampai time tengah hari.

Tunggu turn di imigresen
Kalau di Bali ni supir2 selalunya akan bawa kereta Toyota Avanza @ jenis MPV yang lain. Memang berderet2 MPV parking di airport tu.  Airport Denpasar ni memang bersih & cantik sebab airport baru. Perjalanan dari airport ke hotel kami ambil masa dalam 20 minit. Kalau jalan tak jam dalam 15 minit dah sampai. Hotel kami (Royal Eighteen Resort & Spa) betul2 terletak di tengah Bandar Kuta. Nanti NurNiz review pasal hotel ni dalam entri yang lain. Discuss dengan Pak Supir tu petangnya kami nak pegi ke Tanah Lot. Check in hotel, mandi  & berehat sekejap, nak dekat pukul 4 kami bertolak ke Tanah Lot. 
First choice NurNiz kalau nak pilih hotel mesti ada bath tub

Wafiy kena makan ubat sebab demam disebabkan infection telinga

Makan ubat memang susah. Meraung2 macam kena dera..
Dalam pukul 5 petang tu sampailah di Tanah Lot. Petang2 memang ramai orang di  kat sana. Semua nak tengok sunset. Petang tu tak nampak la plak sunset sebab awan mendung. Masa tengah jalan nak balik tiba2 hujan lebat. Terpaksa berteduh sat kat temple area Tanah Lot tu. Pak Supir kata sekarang ni memang musim hujan di Bali. Nasib baik kami datang awal sikit kalau tak nak bergambar pun tak sempat.
Entrance ke Tanah Lot

Nak parking & masuk ke Tanah Lot ni kena bayar tiket

Sepanjang perjalanan nak ke pinggir pantai tu memang banyak gerai2 jual barang

Pintu gerbang ke pinggir pantai

Yeaaa..dah sampai Tanah Lot

Ramai betul pelancong. Dah nampak macam semut

Cantik view kat belakang tu tapi NurNiz tak jalan pun sampai ke hujung sana tu.

Ada gak orang local yang dok jual2 souvenir

Nampak tak Wafiy yang sibuk tengok lopak air kat atas batu

Angin laut memang kencang time ni

Mulalah tu melalak nak turun main air

Best sangat tengok air laut melimpah2 atas batu

Yang di belakang tu adalah local temple

Hujan turun dengan lebatnya

Kami berteduh sekejap..
Baliknya, pak supir bawa kami pusing2 area seminyak tu. Area seminyak tu ada banyak villa2 yang best (yang ada private pool) sesuai sangat untuk yang nak honeymoon. Sepanjang tepi jalan tu penuh dengan restoran mewah dan  kedai butik2 baju branded. Harga barang2 area  seminyak memang mahal sebab ramai mat salleh kat sini (orang sana panggil mat salleh orang bule). Sampai di Kuta, pak supir bawa kami makan makanan Ayam Taliwang yang berasal dari Lombok (Pak Supir kami tu asal daripada Lombok). Ayam Taliwang ni ayam yang dibakar. Ada yang pedas, ada yang biasa. Yang pedas tu memang kawww pedas. Ayam kat Indon ni kecil ja macam saiz puyuh di Malaysia.(Nampak sangat ayam kat Malaysia gemuk kena cucuk hormon).  Pastu kami order fresh oren. Bila minum rasa macam fresh limau. Rupanya kat Bali limau tu memang dipanngil oren. Lepas makan, perut kenyang terus balik hotel tidur haha.

Restoran Ayam Taliwang

Dekorasi restoran kurang menarik perhatian hihi

Kepenatan..Big Bear & Wafiy pun ketiduran

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. Cuaca Bali memang panas kak..
    lebih panas dari Jakarta :)

    ReplyDelete
  2. salam alaik , Menyediakan pakej ke Bali,Medan, Padang dan Bandung dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi, berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  3. salam alaik , Menyediakan pakej ke Bali,Medan, Padang dan Bandung dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi, berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  4. salam boleh awak share number supir tak? :) plan nak gi sana bwk anak (time tu baby dh 9mo )

    ReplyDelete