Throwback Konvo

Tahniah diucapkan kepada kawan NurNiz aka pemilik blog ekmirabat yang baru saja lepas viva PhD. Terus teringin nak throwback zaman2 konvo dulu untuk kenangan bersama:)

Pra Konvo


Beberapa hari sebelum konvo, kitaorang pusing satu universiti melaram dengan jubah. Pastu naik fakulti ajak para lecturer bergambar sama2 plak. Kalau masa konvo sebenar nanti konpem kelam kabut tak sempat nak bergambar banyak2. Thank you kepada sapa yang bagi idea pra-konvo ni memang sangat bernas hahaha.

Kami bangga menjadi graduan UTM tercinta

Siap ada cameraman jemputan kat tengah2 tu..

Kononnya masing2 buat aksi comel la tu haha..

Tengah panas membahang tengah hari pun sanggup bergambar hehe

Dr. Hussin yang sungguh kebapaan

Dr. Razak yang pasrah ja kena bergambar dengan kami

Dr. Rohah lecturer perempuan paling cute hikhik

Prof. Azman yang masih menten hensem walaupun dah berusia

Dr. Shahrir yang berjodoh panjang dengan Ekmi

Penasihat akademik masa degree. Dr.Aznizam sibuk nak cakap telefon kitaorang sibuk nak bergambar

Dr. Abdirahman yang sentiasa ceria&positif

Dr. Ilyas yang menjadi kesayangan ramai

Dr. Mat yang rajin buli kitaorang huhu

Konvo September 2009


Ayah NurNiz yang sungguh happy masa tu

Walaupun dah lama sangat tak pakai baju melayu satu sut, demi konvo NurNiz ayah NurNiz sanggup cari melayu satu sut

Sayang mak & lid
Kawan sekolah menengah pun datang memeriahkan suasana

Apa motif gambar ni?? Kawan2 sekolah menengah NurNiz ni seriusly memang kelakar

Dapat gak bergambar atas rumput. Memang impian NurNiz nak gambar konvo atas rumput :)

Haruslah menayang tudung+baju+kasut baru untuk konvo

Macam berjanji plak tema sama dengan rumet

Suka sangat dengan bunga matahari pemberian mak NurNiz ni

Konvo Mac 2011

Tak sangka masa konvo kali kedua ni NurNiz berkonvo dengan status seorang isteri. Dulu masa pertama kali konvo, NurNiz masih lagi memegang title single sedangkan kawan2 NurNiz ramai dah berpunya. Masa tu takutnya nanti kang jadi anak dara tua plak hehehe. Jadi adik2 sekalian jangan risau ye yakin je dengan kekuasaan & ketentuan Allah yang suatu masa nanti Allah akan ketemukan kita dengan seseorang yang sepadan dan menyayangi kita. Tapi di samping tu, kita kena berusaha dan selalu berdoa kepada Allah (apakah kaitan tazkirah ni dengan tajuk kita??? hehe).
Kali ni Big Bear ja yang datang teman

Big Bear yang masih kurus time ni

Classmate masa master


Dengan Dr. Rohah yang sungguh comel di situ
Baling topi ni memang acara kegemaran

Posing atas rumput jangan dilupakan haha

Masa konvo master NurNiz baru ja pas kahwin. Inai di kaki pun masih merah lagi time tu



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments:

  1. "Dr. Ilyas yang menjadi kesayangan ramai"..erk. bila masa??hahaha
    TQ naaa...tak sabaq nk konvo lagi

    ReplyDelete