Masa mula2 drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ditayangkan di slot AKASIA TV3, NurNiz terus jatuh hati dengan drama ni. Nurniz plak jenis tak sabar nak tau ending especially drama yang diadaptasi dari novel. Terus cari novel tersebut di kedai2 buku. 2,3 buah kedai yang NurNiz pegi semuanya kata sold out. Terpaksa tunggu next weeknya stok baru nak sampai.
Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan |
Tajul Razin aka Abg Zen. Hensemnya Abg Zen ni :) [gambar credit to http://www.ohbulan.com] |
Sinopsis
Credit to [http://infotaip.blogspot.com]
Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya.
Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan
kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata.
Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan
yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala
tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu
Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai
PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato
Sofiya.
Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya
sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin ,
Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin
menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak
yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja
dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya.
Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit
cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.
Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta
Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin
memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan
memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang
ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya
untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada
adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat
bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan
tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin
rapat dan ambil berat keatas dirinya.
Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula
datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai
peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada
abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari
selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul
Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia
berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa
Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak
tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru
mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor
mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima
balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah
mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.
Bagi NurNiz , drama ni telah diadaptasi dengan jayanya. Chemistry antara Abg Zen dengan Indah memang menjadi & watak2 pembantu lain berjaya dikembangkan dengan baik dalam drama. Thumbs up untuk penulis novel & pengarah drama. Ending dalam novel pastilah happy ending..Bukan setakat Abg Zen dengan Indah ja dapat happy ending, watak2 sampingan pun dapat happy ending macam Safuan, Hasma, Abg Saiful &...Dato Safiya ja kot yang tak dapat pasangan hehe.
Ending Kerana Terpaksa Aku Relakan |
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments:
Post a Comment