Resepi Pancake bersama Coklat yang Sedap

Kalau time breakfast ataupun minum petang tiba2 takda idea nak masak boleh cuba resepi pancake yang mudah ni. Sebelum ni NurNiz pernah pakai serbuk pancake Nona tapi tak berapa sedap. Bila try resepi ni memang sesuai dengan tekak NurNiz dan Big Bear. Pancake ni juga sesuai dimakan oleh anak2 setahun ke atas.
Resepi pancake yang sedap

Resepi dari blog ceriteraibu

Bahan2 Pancake

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan susu fresh milk/low fat
  3. 1 biji telur
  4. 1 sk baking powder
  5. 1 1/2 sb gula
  6. 2 sb minyak jagung / majerin

Cara-cara Membuat Pancake

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Pastikan tiada tepung yg berketul2.
  2.  Panaskan non-stick pan. Tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali dan biarkan seketika.
  3. Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake. Biar seketika dalam 1 minit kemudian boleh diangkat.

 Bahan2 Coklat

Resepi coklat ni diambil daripada entri topping kek coklat. Memang serasi coklat ni dimakan dengan pancake. Untuk dicicah dengan pancake boleh kurangkan sukatan untuk bahan2 topping tu.
  1. 300 gm coklat masakan - dipotong kecil
  2. 1 sudu besar susu pekat
  3. 1/2 cawan susu cair
  4. 2 sudu besar butter

Cara-cara Membuat Topping

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler. 
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair. Boleh dihidang bersama pancake.

 

 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment