Disebabkan bahan2 untuk buat pizza masih ada lagi, NurNiz try buat lagi sekali pizza dan alhamdullilah kali ni berjaya mendapat doh pizza yang agak gebu dan lembut.
Resepi homemade pizza |
Resepi credited to Puan Rahmah, my resepi & aziekitchen. NurNiz combine kan semua resepi jadi resepi sendiri hehe
Bahan2 Doh Pizza
200g / 2
cawan tepung gandum
-20g / 2
sudu teh yis segera
- 3g / 1/2
sudu teh garam
- 5g / 1
sudu teh gula
- 10g / 2
sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
- 1/2 cawan
air suam untuk menguli
Bahan2 Topping Pizza
- Sosej (dihiris2)
- Tomato puri/sos prego (NurNiz guna sos prego)
- Mozarella cheese (yang dah disagat)
- Lada benggala hijau dan merah (dipotong dadu)
- Bawang besar (dipotong dadu)
- Tomato/nenas (dipotong dadu)
- Cendawan/daging kisar/ayam (dihiris halus)
Cara-cara Membuat Pizza
- Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Larutkan gula dengan yis ke dalam air suam
- Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
Tepung gandum bersama garam
Boleh gantikan olive oil dengan butter. Kena cairkan butter tu dulu. Buat lubang kat tengah2 tepung. Masukkan olive oil kemudian air suam tadi. Lagi bagus campur dalam mangkuk berbanding atas papan supaya air tu tak tertumpah keluar. - Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati. (Tujuannya supaya doh tak melekit2 dekat tangan).
- Dengan
menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan dengan taburkan
tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan
tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan
kedua dua tangan.
Bila dah sebati dalam mangkuk baru canai atas papan - Sapukan
olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi
olive oil di serata permukaan atas doh (taknak sapu olive oil tu pun takpa). Akhir sekali tutup dengan plastic wrap/tuala basah dan biarkan doh mengembang dua kali ganda selama 40-60 minit minit.
Doh yang dah siap diuli biarkan berehat
Selepas 40-60 minit, doh akan mengembang berganda - Minyakkan
acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai/tekan doh menjadi bulat setebal
2cm (ikut suka hati nak tebal/nipis). Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar supaya kembang sedikit. NurNiz tak tunggu pun. Cucuk
adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. NurNiz tak cucuk pun sebab NurNiz suka roti kembang. Sapukan sos prego, susun bahan2 topping dan akhir sekali taburkan cheese.
Bentukkan doh menjadi bentuk pizza bulat. Nak buat bentuk empat segi pun boleh Susun bahan2 topping
Last sekali taburkan cheese - Panaskan oven 190 darjah selama 10minit. Bakar pizza pada suhu 190 darjah selama 20minit.
Pizza tengah dibakar pada suhu 190 darjah
Dah siap. Pizza ni NurNiz punya.
Pizza lagi satu yang cheese banyak bagi dekat jiran. Kali ni ok dapat doh pizza yang lembut.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments:
Post a Comment