Resipi Kek Coklat Kukus Lembab

Hari ini saya nak kongsikan resipi Kek Coklat Kukus Lembab yang diambil daripada My Resipi. Resipi ni memang sangat mudah sebab tidak memerlukan oven dan alat penimbang. Bahan-bahannya ditimbang mengikut cawan sahaja dan cara masakannya secara kukus.. 

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko 
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila

 TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila dan pukul lagi
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dalam loyang yang telah dilengser minyak/marjerin (saiz dulang 18cm). Tutup dengan aluminium foil.Kukus 45min.Sejukkan sebentar barulah keluarkan dpd loyang.
  6. Untuk topping, campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. Curahkan ke atas kek yang telah disejukkan tadi.
  7. Simpan dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong ataupun boleh dimakan terus kepada sesiapa yang tidak dapat bersabar. Selamat mencuba

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment