Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for July 2014
Lamanya tak update pasal Wafiy, dah tak ingat perkembangan Wafiy. Kalau toklid ada lagi, mesti toklid yang paling ingat dengan semua perkembangan terbaru Wafiy. Kesian Wafiy duduk dengan ibu ja cepat boring. Ibunya balik keja keletihan pastu sibuk nak tengok drama kat tv, tak sempat nak mengajar & bermain dengan Wafiy. Pasni ibu janji ibu akan selalu belajar, bermain & bawa Wafiy jalan2 kat luar rumah.

Gigi geraham di belakang dah mula tumbuh, daripada 8 batang gigi sekarang dah ada 10 batang++. Sebab tu tetiba Wafiy rasa gatal gusi, semua benda nak digigit.
Mouse pun jadi mangsa gigit dengan Wafiy
Kalau nak mandi dah pandai buang pampers dalam bakul sampah dengan letakkan baju kotor dalam bakul. Sekarang tengah cuba nak pakai seluar sendiri tapi tak pernah berjaya2.

Wafiy yang sangat suka tengok keadaan semak/disorder ibarat teori 1st Law of Thermodynamics. Pantang tengok buku, bantal, mainan tersusun rapi. Wafiy akan terbalikkan bakul baju, lontar mainan, baling bantal atas lantai. Sambil memunggah sambil tengok reaksi ibu. Kalau ibu larang lagi Wafiy rasa nak buat.
Kalau makan tak bersepah satu rumah tak sah..
Muka budak dengki nak kacau bunga ibu..
Dah makin pandai susun atur permainan. Sekarang ni dah boleh susun atur lego jadi pistol. Kalau dulu dilontar2 ja lego tu atas lantai.

Dah boleh ingat sesetengah objek dalam buku, Contohnya kalau ajar gambar loceng, belon..bila suruh Wafiy tunjukkan semula Wafiy dapat tunjukkan objek dengan betul.
 
Tantrum @ mengamuk semakin menjadi2 sekarang. Kalau tak dapat apa yang nak tu, memang meraung2 sambil berguling sambil kejar ibu. Bawa pegi bazar Ramadan, boleh plak berguling2 tengah jalan raya.

Pantang dengar budak lain menangis, Wafiy mulalah nak mengejek budak tu menangis.

Dah mula bersikap possesive sekarang. Barang mainan tak boleh budak lain main. Kalau mainan budak lain siap nak rampas plak.

Suka tolong buat kerja rumah. Kalau nampak ibu sapu sampah, Wafiy nak sapu sampah. Kalau nampak ibu mop lantai, Wafiy pun nak mop lantai. Kalau nampak ibu basuh kain, Wafiy pun sibuk sental kain dengan berus. 
Busynya nak tolong ayah plak
Semenjak bulan puasa ni, rajin solat berjemaah dengan tadarus bersama ibu dengan ayah. Tiap2 kali solat telekung ibu memang asyik nak tercabut ja kena tarik dengan Wafiy. Pastu sekarang dah bangun lambat sikit dari kebiasaan. Pukul 8 ke 8.30 pagi baru bangun.
Ngonge2 juga, jom kita beramal..
Sekian dari ibu yang cepat pelupa...

Baru ni NurNiz ada tengok kawan share video cara buat oreo cheesecake tanpa perlu bakar, terus balik kerja try buat resepi ni lagi2 sebab baru beli biskut oreo satu kotak besar. Bagi NurNiz, taste dia not bad, but not good enough. Masalah utama resepi ni ialah kek cheese dia cepat cair bila keluarkan daripada peti ais sebab kek ni takda pakai agent pengental. Dia jadi cam aiskrim keluarkan lama sikit terus cair. Kebaikan resepi ni ialah ianya sangat mudah & simple. Jom kita tengok resepi. Kalau nak senang faham boleh refer video di youtube.
Resepi Oreo Cheesecake

Bahan2 Kek

- 16 keping @ lebih biskut oreo
- 2 sudu besar mentega (dicairkan terlebih dahulu)
- 250 ml whipping cream
- 100 gram cream cheese
- 3 sudu besar gula ising
- 1/2 @ 1 sudu teh esen vanilla

Cara2 Membuat Kek

  1. Hancurkan 8 keping biskut oreo. Gaulkan dengan mentega sampai sebati. Tuangkan ke dalam acuan kek dan mampat2kan.
    Hancurkan biskut oreo. NurNiz pakai batu lesung ja hihi
    Gaulkan dengan mentega
    Mampatkan di dalam acuan kek sebagai base kek
  2. Pukul whipping cream (suhu sejuk keluarkan dari peti ais) sampai kembang. Dalam mangkuk lain, campurkan cream cheese (suhu bilik) dengan gula ising dan esen vanilla. Pukul hingga sebati. 
    1 kotak kecil bersamaan 250 ml whipping cream. Pukul sampai kembang
    Timbang 100 gram cream cheese
    Pukul cream cheese bersama gula asing
    Pukul cream cheese bersama esen vanilla
  3. Campurkan campuran cream cheese dengan whipping cream dan pukul lagi sampai sebati. Hancurkan 4 keping biskut oreo sampai halus (ikut suka berapa banyak biskut oreo nak guna). Campurkan biskut oreo tersebut dengan adunan cream cheese/whipping cream dan kacau dengan senduk sampai sebati.
    Campurkan adunan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan halus

  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Hiaskan atas kek dengan biskut oreo ikut kreativiti tersendiri.
    Tuangkan adunan dalam acuan kek
Disebabkan bahan2 untuk buat pizza masih ada lagi, NurNiz try buat lagi sekali pizza dan alhamdullilah kali ni berjaya mendapat doh pizza yang agak gebu dan lembut.
Resepi homemade pizza

Resepi credited to Puan Rahmah, my resepi & aziekitchen. NurNiz combine kan semua resepi jadi resepi sendiri hehe

Bahan2 Doh Pizza


200g / 2 cawan tepung gandum

-20g / 2 sudu teh yis segera

- 3g / 1/2 sudu teh garam

- 5g / 1 sudu teh gula

- 10g / 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun

- 1/2 cawan air suam untuk menguli

Bahan2 Topping Pizza

- Sosej (dihiris2)
- Tomato puri/sos prego (NurNiz guna sos prego)
- Mozarella cheese (yang dah disagat)
- Lada benggala hijau dan merah (dipotong dadu)
- Bawang besar (dipotong dadu)
- Tomato/nenas (dipotong dadu)
- Cendawan/daging kisar/ayam (dihiris halus)


Cara-cara Membuat Pizza

  1. Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
    Larutkan gula dengan yis ke dalam air suam

  2. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
    Tepung gandum bersama garam

    Boleh gantikan olive oil dengan butter. Kena cairkan butter tu dulu.

    Buat lubang kat tengah2 tepung. Masukkan olive oil kemudian air suam tadi. Lagi bagus campur dalam mangkuk berbanding atas papan supaya air tu tak tertumpah keluar.
  3. Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati. (Tujuannya supaya doh tak melekit2 dekat tangan).
  4. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan dengan taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.
    Bila dah sebati dalam mangkuk baru canai atas papan
  5. Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh (taknak sapu olive oil tu pun takpa). Akhir sekali tutup dengan plastic wrap/tuala basah dan biarkan doh mengembang dua kali ganda selama 40-60 minit minit.
    Doh yang dah siap diuli biarkan berehat

    Selepas 40-60 minit, doh akan mengembang berganda
  6. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai/tekan doh menjadi bulat setebal 2cm (ikut suka hati nak tebal/nipis). Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar supaya kembang sedikit. NurNiz tak tunggu pun. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. NurNiz tak cucuk pun sebab NurNiz suka roti kembang. Sapukan sos prego, susun bahan2 topping dan akhir sekali taburkan cheese.
    Bentukkan doh menjadi bentuk pizza bulat. Nak buat bentuk empat segi pun boleh
    Susun bahan2 topping

    Last sekali taburkan cheese
  7. Panaskan oven 190 darjah selama 10minit. Bakar pizza pada suhu 190 darjah selama 20minit.
    Pizza tengah dibakar pada suhu 190 darjah

    Dah siap. Pizza ni NurNiz punya.

    Pizza lagi satu yang cheese banyak bagi dekat jiran. Kali ni ok dapat doh pizza yang lembut.
 

 

Senang rupanya nak buat pizza sendiri di rumah..Malangnya percubaan pertama NurNiz nak buat pizza tak berapa nak menjadi sebab doh NurNiz jadi keras kedekiang. Nasib baiklah pizza keras tu ada peminat tersendiri iaitu Wafiy hahaha. NurNiz suspect kesalahan teknikal NurNiz masa nak sediakan doh pizza..Topping atas pizza campak2 ja pun tetap jadi. Jadi jom kita layan gambar pizza ja. Resepi NurNiz akan kongsikan lain kali bila percubaan lain menjadi.

Yis mengembang macam letusan gunung berapi

Doh yang siap diuli kena dibirkan megembang selama 1 jam

Sementara tu siapkan bahan2 untuk topping pizza

Cucuk2 tak bagi pizza berpeluh (yaka??). Siap buat cheese crust kat tepi pizza

Topping dengan tomato puree/ sos prego

Cheese topping wajib

Pizza sedang dibakar dalam oven dapur gas
Freshly baked from oven

Homemade pizza


















Selalunya selepas disahkan jawatan di sektor awam dah memilih skim berpencen, kakitangan kerajaan boleh keluarkan caruman KWSP yang telah dipotong selama ni. Duit KWSP tu boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan juga untuk dilaburkan.

  1. Pastikan anda telah menerima surat mengesahkan anda memilih skim berpencen daripada majikan anda. Sebelum nak isi borang, pastikan potongan KWSP telah dihentikan. Boleh ja nak keluarkan kalau masih potong KWSP nanti kena keluarkan lagi sekali plak.
  2. Isi  Borang KWSP 9j. Boleh download file pdf di website KWSP dan isi manual @ isi online dan print @ boleh dapatkan terus di pejabat KWSP berdekatan.
  3. Antara dokumen yang perlu disediakan;
    • Surat perlantikan pertama
    • Surat pengesahan memilih skim berpencen
    (boleh bawa surat yang ori ke pejabat KWSP @ salinan surat yang telah disahkan benar) dan juga buku/penyata bank yang nak dimasukkan duit.
  4. Hantar borang ke kaunter dan cap jari. Memang sangat cepat proses di kaunter dalam 5 minit dah siap.
Alkisahnya Wafiy ikut Big Bear keluar naik motor petang2. Tiba masa balik, Big Bear menjerit2 ada budak accident. Masa tu NurNiz dah cuak ingatkan motor kena langgar atau Wafiy terjatuh motor (Wafiy suka berdiri time motor berjalan kot2 lah terjatuh atas jalan raya). Rupa2nya jatuh dari atas platform taman permain (platform tu tinggi adalah dekat 1 meter paras ketiak NurNiz). Platform tu ada dua tingkat, Wafiy nak turun tingkat tu sambil pegang besi platform tu. Kaki Wafiy masih pendek tak sampai platform bawah, terus terpusing jatuh atas lantai tanah merah. Patutnya Wafiy kemungkinan terjatuh atas gelongsor cemana tah terlangkah gelongsor jatuh tertiarap atas tanah huhu. Nasib baik Wafiy hanya mengalami kecederaan ringan, jatuh tak terkena kepala atau tangan (Syukur kepada Allah yang pelihara budak2 kecil). Tak pasal2 Wafiy kena kena kuarantin daripada bermain taman permainan sampai luka sembuh. Ada tips tak krim apa yang elok sapukan pada luka kanak2??

Tak comel la saya nak beraya nanti hehe

Sebelum membeli carrier Boba 4G ni, NurNiz dah ada carrier Beco Gemini yang counterfeit punya. Bila dah lama pakai & selesa pakai ssc carrier, NurNiz pun teruskan niat nak beli yang ori punya. Tapi kalau Beco Gemini yang ori harga dalam RM600-650. So NurNiz decide nak beli Boba carrier sebab harganya jauh lebih murah dalam RM400 dan banyak review yang positif dari internet. Alang2 dah keluar model baru Boba 4G NurNiz beli dari mamapandastore sebelum ke Bali hari tu dengan harga RM 385 masa ada promotion.

 Boba 4G Tweet
First time pakai Boba 4G di Bali
Unfortonutely, Boba 4G carrier is not for us..tak sesuai untuk NurNiz & Big Bear. Lain orang lain keselesaan. Sebabnya kami dah biasa dengan body Beco Gemini yang keras. So bila kami pakai Boba 4G, kami rasa badan Wafiy tak selesa melengkung ke belakang. Big Bear juga tak suka dengan strap di bahu Boba 4G sebab kalau lama2 sakit bahu katanya. Kalau Beco Gemini dulu strap di bahu tu kita boleh silangkan so kalau pakai lama2 pun still selesa. Dan bagi kami panjang tali strap dia agak susah diadjust berbanding Beco Gemini. Walau bagaimanapun, Boba 4G ada banyak kelebihan lain. 

Kelebihan Boba 4G

  • Removable sleeping hood (kalau hujan panas boleh tutp kepala baby, kalau taknak pakai boleh masukkan dalam poket kecil disediakan)
  • Removable foot straps (kalau baby dah besar, boleh letakkan kaki baby datas foot straps takdalah lenguh tergantung lama2 kan)
  • Shoulder strap holders keep purse in place (kat bahu ada strap kita boleh gantung hanbag takdalah handbag tu nak jatuh)
  • Boba 4G ada pillow untuk support newborn (Ciri2 tambahan compare dengan Boba 3G). Ada bantal kat bontot untuk tinggikan baby takdalah baby tenggelam dalam carrier.
  • Body of carrier rises 2"-3" higher than other brands (memang body panel lagi tinggi compare dengan Beco Gemini, so sangat sesuai digunakan sampai baby dah besar tinggi)
  • Multiple pockets for on-the-go storage (yang ni sangat best ada poket untuk letak handphone & barang lain yang kecil)

Body carrier yang lebar dan tinggi compare dengan brand lain

Multiple poket untuk simpan barang
Removable sleeping hood Boba 4G Tweet

Untuk ciri2 Boba 4G ni boleh refer website www.boba.com. Kekurangan Boba 4G macam yang NurNiz dah mention sebelum ni. Tapi lain orang mungkin rasa selesa ja pakai Boba 4G.

Kekurangan Boba 4G

*mostly NurNiz comparekan dengan Beco Gemini
  • Body panel yang lembut (maybe setengah baby tak selesa sebab takda support belakang)
  • Baby boleh diletakkan dalam 2 kedudukan ja (front carry facing in, dengan back carry). Tak boleh front carry facing out dengan hip carry.
  • Base yang tak adjustable. So kalau baby kecil lagi agak terkangkang kaki diorang.
Ketika kita di Malaysia pening dengan nak masak juadah berbuka..beli berapa balang kuih raya..nak beli baju raya colour apa..saudara2 Islam kita di Gaza,Palestin sedang sibuk bertarung nyawa akibat diserang tentera Israel. Jadi marilah kita membantu mereka dengan memberi sumbangan melalui AMAN PALESTIN. Maklumat lanjut tentang berita terkini di Gaza dah sumbangan kepada Gaza bolehlah refer di amanpalestin.net.


Sumbangan

'Bank-in' secara manual bolehlah dilakukan di salah sebuah bank berikut:
  • Bank Islam: 12029010047880
  • Maybank: 562263010787
  • Bank Muamalat: 12070005133717
  • RHB Islamic Bank: 21245760004907
  • Bank Rakyat: 22-080-619592-2
  • Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam: 1202-9010-0598-95
  • Bank CIMB: 8600460353
Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ▼  July (14)
      • Wafiy: 1 Tahun 4 Bulan - 1 Tahun 8 Bulan
      • Resepi Oreo Cheesecake Tak Perlu Bakar
      • Resepi Homemade Pizza Yang Best
      • Homemade Pizza..tak jadi!!!
      • Cara Keluarkan KWSP Setelah Pilih Skim Pencen
      • Terjatuh dari Taman Permainan
      • Baby Carrier --> Boba 4G Review
      • Tabung Amal Palestin
      • Resepi Pancake bersama Coklat yang Sedap
      • Resepi Homemade Chicken Finger
      • Ending Kerana Terpaksa Aku Relakan
      • Bulan Glamour..
      • Nursing Dress dari Mumsluv
      • Resepi Kek Kukus Coklat Lembap yang Best
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    22 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes