Resipi Puding Roti Kukus Berkuah

Weekand hari tu, NurNiz teringin nak makan puding roti jadi NurNiz pun carilah resipi yang simple tuk puding roti ni. Sebelum ni, zaman dulukala NurNiz pernah buat puding roti tapi kena dibakar la. Resipi yang NurNiz jumpa baru2 ni sangat simple & hanya perlu dikukus ja. Resipinya boleh refer sini. Gambarnya plak tak sempat disnap dah habis dimakan puding tu :). So NurNiz letak gambar lama yang NurNiz buat ja lah tapi tak menggiurkan sebab belum dipotong & dihhidang bersama kuah.

Puding roti kukus berkuah

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil2/dicarik2/nak diblend halus dengan bahan2 kat bawah pun boleh gak
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara Membuat Puding

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Bahan2 & Cara2 Membuat Kuah

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

  1. Gaulkan bahan sos kastad dan masak di atas api yangg sederhana sebentar.
  2. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. Thanx for sharing ur recipe...sye try recipe awk...jadik laaaa....heehehehek...seronok2..siap abis mkn lg...hubby pon suke...juz sye ubah2 sket,,kat kuah tu saye tmbh laici... :)

    ReplyDelete
  2. Thanks gak sebab sudi mencuba..macam best je letak laici tu. boleh saya cuba pasni :)

    ReplyDelete