Rumah: Tema Warna Cat

Sebelum ni NurNiz tak pernah terfikir pun nak cat rumah, malas nak habiskan duit banyak2 hehe. Pastu dok tengok sangat kat tenet rumah2 orang lain, terpengaruh plak nak cat rumah. Dengan cat sahaja (tak perlu perabot & hiasan mahal2) mampu membuatkan rumah kita jadi menarik. Setelah berbincang dengan en. suami, kami pun bersetuju nak cat dua ruang ja iatu ruang tamu & bilik tidur utama.

Untuk ruang tamu, NurNiz& en. suami memilih padanan warna cream & coklat muda sebab warna yang muda menampakkan ruang yang luas berbanding warna gelap.
Cat warna cream lebih kurang camni. Yang warna coklat tu nak cari yang lagi lembut.

Suka susunan perabot ruang tamu camni
NurNiz nak sangat tema warna pink untuk bilik tidur tapi macam biasalah en. suami yang anti-pink tu akan menentang. Warna purple ja yang paling boleh diterima en. suami. Tengok2 kat tenet NurNiz terkenan warna 'baby blue' warna biru lembut. Mudah2han boleh dipadankan dengan cadar warna pink hehe.

Kombinasi biru + pink
Bestnya bilik tidur camni

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment