Sayangilah Buah Pinggang Anda

Ayah NurNiz mula diserang sakit jantung & darah tinggi ketika usia beliau awal 30'an lagi. Sejak daripada tu, ayah NurNiz pun terpaksalah makan ubatan yang dibekalkan hospital sehinggalah sekarang (66 tahun). Lambat laun ubat-ubatan tu memberi kesan kepada kesihatan buah pinggang ayah NurNiz. 

Mengikut statistik, dianggarkan seramai 13,000 pesakit buah pinggang di Malaysia kini terpaksa bergantung kepada mesin hemodialisis untuk terus hidup.  Jadi, seharusnya ketika usia muda macam sekarang ni lah kita kena mula menjaga buah pinggang kita. Ada seorang akak di ofis NurNiz pernah dimasukkan ke hospital semasa sekolah rendah kot sebab mengalami masalah buah pinggang akibat memakan keropok segera setiap hari. Nasib baiklah Doktor berjaya memulihkan buah pinggang akak tu.

Makanan2 Yang Tak Baik Untuk Buah Pinggang


- Mi kuning/mi segera (nasib baik NurNiz tak suka makan mi)
- Minuman berkarbonat (sekali sekala ja minum sekarang ni)
- Minuman berkafein (NurNiz suka sangat minum kopi, kena kurangkan lepas ni)
- Junkfood/keropok segera (NurNiz pantang tengok mesti rasa nak beli, kena kurangkan gak lepas ni)

*Pendek kata makanan segera/makanan diproses memang tak elok untuk kesihatan buah pinggang sebab mengandungi banyak bahan2 perisa &  pengawet.

Tips2 Menjaga Buah Pinggang 


Dapat info daripada FB
Daun sup/saderi

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment