Rumah: Progress Memasuki Rumah Baru

Hari ahad yang lalu (5/8/2012), NurNiz & en.suami ke rumah baru untuk pasang railing langsir. En. suami berdegil nak pasang sendiri railing untuk jimatkan kos. Untuk pasang railing langsir tu, en. suami terpaksa membeli kelengkapan asas dulu seperti mesin drill & tangga. Memang jimat pun sebab kos beli mesin drill, tangga & juga besi railing untuk satu rumah baru RM 350.00. Dah dapat jimat kos upah pemasangan.

Tapi tenaga diperlukan untuk pasang railing tu sangat tak ternilai (lagi2 bulan ramadhan ni rasa nak pitam ja). Bayangkan dari pukul 10 pagi-2 petang ada kat rumah baru tuk pasang railing ja. Tu pun sempat pasang kat ruang tamu + 2 bilik tidur. Pastu taktau lah dinding rumah baru NurNiz tu dibuat daripada apa, susah sangat en. suami nak drill. Balik pukul 2 petang tu NurNiz terus tertidur sampai pukul 4 petang huhu, padahal NurNiz cuma tolong pegang tangga & hulurkan barang2 kat en. suami.
Proses pemasangan railing langsir
Progress rumah baru NurNiz setakat ni (memang takda harapan nak pindah sebelum raya nanti):

Deposit Air

Pemaju yang settlekan urusan deposit air . Seminggu lepas dapat kunci rumah barulah air ada. Bayaran deposit air RM 170.00.

Deposit Elektrik

Benda2 penting yang diperlukan semasa permohonan deposit elektrik ni:
- Borang daripada Pemaju (Mengandungi nama  & alamat rumah yang hendak diduduki)
- Salinan Perjanjian Sewa Beli
- Setem Hasil Rm 10.00
- Salinan IC (NurNiz hari tu pekerja TNB yang fotostatkan di sana) 

Deposit yang dikenakan untuk rumah NurNiz adalah RM 380.00 (nasib baik bawa duit lebih masa tu sebab ingatkan dalam RM 200 ja huhu). Deposit yang TNB kenakan ni bergantung kepada jenis rumah & penggunaan elektrik. Kalau rumah kampung murah jala dalam RM 100++ ja.

Grill 

Grill yang en. suami NurNiz tempah daripada besi besi (ukuran 1 inci) biasa jala & dicatkan dengan warna putih. Untuk 2 sliding door & pintu depan kayu tu adalah diletakkan sikit corak bunga2an (yang paling simple ja). Harga pemsangan grill untuk rumah NurNiz (rumah sebuah setingkat) sebanyak RM 3300. Rumah NurNiz ni kesuluruhan ada 1 pintu utama, 2 sliding door, 5 tingkap bilik+1 tingkap dapur, 4 tingkap kecil & 2 tingkap bilik air. Selain tu, kami dapat free gift pemasangan paip di laman hadapan rumah (kalau nak upah berasingan NurNiz survey kat luar harganya dalam RM 200 gak la,so dah dapat jimat kat part tu).
Sliding door grill

Langsir

Untuk langsir, NurNiz tempah kat Nagoya Textiles, Jitra sebab harga upah menjahit kat sini agak berpatutan la. Untuk 1 meter, upah menjahitnya RM 8.00 (untuk jahitan langsir biasa, kalau yang jenis ada pattern tu, harga lain mungkin dikenakan). Pastu untuk kain, semua kain yang NurNiz pilih harga di bawah RM10.00. Total harga kain+upah menjahit lebih kurang RM 900.00. 

Kelengkapan Elektrik

Lampu, kipas dalam proses pemasangan gak. Tinggal bahagian dapur & 2 bilik belakang yang belum dipasang.  Untuk ruang tamu & 2 bilik hadapan, NurNiz & en. suami beli kipas KDK yang ada remote tu. Untuk 2 bilik belakang, abang NurNiz bagi free 2 kipas biasa lebihan daripada rumah dia :). Lampu untuk seluruh rumah, NurNiz & en. suami pilih jenis downlight. Total harga kelengkapan elektrik lebih kurang RM 1600 & untuk upah pemasangan RM 1000.
Ruang tamu

Set Bilik Tidur

NurNiz tempah set bilik tidur ni kat Chuan Radio & Furniture, Mergong. Set ni termasuk katil jenis divan+ 8 kaki almari baju+ meja solek sliding+ meja sisi katil. NurNiz ada gak beli sekali tilam sebab tilam lama dah tak best tidur. Untuk almari baju tu, susunan dalam tu kita bole request ikut kehendak kita. Patutnya bajet NurNiz untuk set bilik tidur ni termasuk tilam dalam RM 3000-3500 ja. Tapi last2 sekali total harga semuanya RM 4850 sebab set tidur ni ja yang semua aksesorinya berkenan di hati (huwaa tapi anggap kononnya untuk pelaburan masa depan, so tak boleh tukar set bilik tidur sampai 20 tahun lagi euhe). Nak buat camna kan, yang set lain tu ada ja yang tak berkenan di hati. Bila rumah dah siap, baru kami akan request kedai untuk hantar ke rumah baru.

Set Sofa

Kat rumah sewa sebelum ni, NurNiz ada ja set sofa kepunyaan mak & ayah NurNiz yang dihadiahkan kepada kami masa nak masuk rumah sewa. Tapi tula kurang berkenan di hati sebab set sofa jenis kayu jati. Kalau nak berbaring sambil tengok tv tu kurang selesa sikit. NurNiz tempah set sofa baru ni Kat Tesco Mergong. Masa tu ada satu kedai perabot daripada Bukit Mertajam ada datang buat prmosi kat situ. Kita boleh buat tempahan dulu set sofa ni, nanti apabila kita dah pindah rumah baru kita request kedai tu datang hantar. Set sofa en. suami & NurNiz tempah ni terdiri daripada set 3+2+1+ coffee table (total harga RM 2990). Set sofa pun sama gak, bila rumah dah siap, baru kami request untuk hantar ke rumah baru.

Kabinet Dapur

Kabinet dapur ni dalam proses pemasangan. Nanti dah siap, NurNiz akan review pasal kabinet dapur ni.

*Tapi apa yang sebenarnya melambatkan & membantutkan perpindahan NurNiz ke rumah baru adalah tiles di dalam bilik air & juga dapur yang jatuh. Terpaksa tunggu pihak pemaju untuk memasang balik tiles2 yang jatuh. Sebabnya kalau dalam bilik air tu, sinki, shower mandi semua terpaksa dicabut balik sementara nak pasang tiles yang baru. Bayangkan masa nak ketuk tiles yang tak elok tu, pekerja2 binaan tu siap terpecahkan pintu bilik air dan juga tandas duduk. Memang geram sangat pasal isu tiles ni*



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

3 comments:

  1. salam,akak sgt2 suka pada peempuan yg ambil berat tentang kecantikan kediaman mereka......sebab akak pun ingin begitu tapi malang nasib sebab kontraktor yg buat renovate rumah akak buat kerja sambil lewa dan penipu sgt2.,Buat kerja tak iklas dan sempurna......tak berbaloi dgn yg kami byr.......Tak pa lah nak wat camna, ada rezeki lain baru buat lain........tahniah ya...

    ReplyDelete
  2. tula akak nak cari contractor yang bagus memang susah..xpalah lepas ni kalau ada rezeki akak boleh renovate semula..

    ReplyDelete