Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean

Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi imagine keadaan sebenar camna kan. Dan petua2 yang NurNiz dapat sangat membantu ketika NurNiz berpantang dulu. Antaranya NurNiz refer kat sini www.bengkungmoden.com. Yang lain dah tak ingat blog mana yang NurNiz jadikan reference.

Cara luka dijahit pun ada jenis2 yang berlainan. Yang NurNiz punya jenis tak perlu gi hospital semula untuk buka jahitan/klip. Selepas bersalin, satu plaster besar yang kalis air ditampal di luka jahitan NurNiz. NurNiz masih teringat lagi perasaan 1st time nak bangun duduk daripada keadaan baring selepas pembedahan. Masa tu perasaannya macam orang lumpuh yang tak boleh gerak (NurNiz masa tu siap terdetik dalam hati kenapa takda orang bagitau begitulah rasa sakitnya haha).

Hari kedua selepas bersalin, pagi2 Subuh tu NurNiz dah mandi seluruh badan dengan air suam di hospital selepas tiub air kencing dibuang. Tengah hari tu Doktor buka plaster & spraykan satu lapisan kat luka jahitan tu. Doktor bagitau lapisan spray tu kalis air jadi tak perlu risau kalau terkena air cuma selepas mandi tempat jahitan perlu dikeringkan dengan betul2. Doktor pesan biarkan kawasan luka terkena air sedikit supaya proses penyembuhan berlaku dengan cepat. Antara cara2 yang NurNiz amalkan;
  1. Seminggu selepas bersalin, NurNiz mandi dengan menutup tempat luka czer dengan plastik. Tapi NurNiz takdalah sampai selotep, kiranya air masih boleh mengalir dekat tempat luka czer. NurNiz mandi dalam keadaan duduk nak elakkan tergelincir ataupun pening kalau berdiri lama2.
  2. Selepas mandi NurNiz akan keringkan cepat2 tempat luka czer dengan tuala bersih atau tisu diikuti dengan pengering rambut.
  3. Semasa pantang NurNiz prefer pakai disposable panties sebab ianya nipis jadi tempat luka czer tu taklah berpeluh. Kalau NurNiz rasa badan berpeluh, NurNiz akan cepat2 lapkan & lapik kejap tempat luka czer dengan tisu.
  4. Untuk cepatkan luka dalam & luar sembuh, Nurniz makan ikan haruan.  Tapi NurNiz makan 1x ja sup ikan haruan semasa berpantang sebabnya dulu2 akak ipar NurNiz makan sup ikan haruan hari2 semasa berpantang last2 sekali kat luka czer jadi keloid (isi terlebih). Nurse pun ada pesan supaya jangan makan ikan haruan terlalu awal supaya luka czer dalaman tu tak melekat dengan teruk. Kalau luka melekat teruk, nanti kalau next czer mungkin berlaku bleeding banyak. NurNiz makan sup ikan haruan tu pun hari ke-20 agaknya. NurNiz ada gak amalkan minum produk gamat healin (Zaniplus) yang warna oren tu setiap hari selama berpantang (tapi bila baca2 di internet, makan gamat juga mungkin akan sebabkan penyembuhan luka dalaman yang cepat berbanding luka luar, sama kes macam ikan haruan tu tadi). Jadi, peringatan untuk diri NurNiz sendiri lepas ni, elakkan makan gamat terlalu awal & kurangkan kuantiti, jarakkan pengambilan gamat tu.
  5. Untuk cepatkan penyembuhan luka, nurse sangat recommend makan buah oren sunkist yang fresh (bukan buah limau ya). Sangat nikmat makan buah oren masa berpantang.
  6. Jangan angkat benda berat selama 3 bulan. Benda paling berat boleh diangkat adalah baby anda.
  7. Elakkan bergerak terlalu banyak & terlalu ganas seminggu selepas pembedahan untuk elakkan jahitan terbuka. Kalau nak duduk @ bangun minta tolong orang2 terdekat. Tapi bab ni susah sikitlah nak follow. Bayangkan kalau anak menangis,  terpaksalah kita bangun sendiri untuk handle gak kan. Takkanlah asyik nak minta tolong orang lain. Kalau boleh belajar teknik menyusu yang betul & selesa.
Buah oren untuk berpantang :)




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

8 comments:

  1. Takutnye..tp cm nk brsalin czer..sbb normal lg skt

    ReplyDelete
  2. Salam , saya czer 4x. Terimakasih share info.

    ReplyDelete
  3. askum..saya nak masuk 3x czer .masa anak kedua...banyak sungguh saya bergerak..sampai terbuka sikit..nasib pi hospital..doc spray je..dengan bg ubat sapu..nasib la cantum balik isi tu..bila teringat..adus rasa ngilu pulak..☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ngilunya camtu..tak dapat bayangkan kalau jahitan terbuka

      Delete
  4. Saya dah 3bulan dibedah kerana ade pendarahn(d jumpai d bhgn hempedu)tetapi hempedu tidak rosak.kini bekas jahitan bedah terutama d bhgn pusat terasa perit/sakit,perut sering berangin/kembong.Produk HH ape yg perlu d gunakan

    ReplyDelete