Wafiy Demam Campak Sekam

NurNiz sungguh tak sangka Wafiy kena demam campak time baby camni. Nasib baiklah demam campak kecil ja. Orang utara panggil "campak sekam". Campaknya kecil2 macam ruam bukannya besar & berair macam chicken pox tu. 

Hari Rabu (27/3/2013) NurNiz ambil cuti  untuk bawa Wafiy ke Klinik Dr Yeoh (Pakar Kanak-Kanak) di Lorong Merpati, Alor Setar disebabkan dah dekat 2 minggu selsema Wafiy masih tak sembuh2. Pagi tu NurNiz ada perasan macam ada ruam kat badan Wafiy. NurNiz assume ruam panasla sebabnya kat Changlun sekarang ni cuaca panas teramat. NurNiz sampai tepat pukul 9.00 pagi kat klinik tu. Ingatkan NurNiz dapatlah turn awal sebabnya baru ada satu famly kat klinik tu. Tapi rupanya masa pendaftaran NurNiz dapat no. 19. Pukul 11.00 pagi baru boleh jumpa doktor. Klinik Dr Yeoh ni sangat famous & ramai giler orang dah booking nak jumpa doktor. Last2 sekali pergi Poliklinik Mutiara, klinik biasa NurNiz selalu pergi masa kecil2 dulu.

Tengah hari singgah di ofis kejap, Wafiy minum susu terus tidur. Tidur macam keletihan sangat. Lepas tu sempat lagi bershopping baju Wafiy kat Anakku sebelum balik rumah hehehe. Bila balik tu, malamnya NurNiz perasan  ruam tadi dah merebak ke tangan plak. NurNiz sekali lagi ingat disebabkan cuaca panas jadi NurNiz sapukan bedak sejuk ke badan Wafiy.
Patutlah Wafiy tidur keletihan. Rupanya nak demam campak


Esok pagi, ruamnya dah merebak ke tangan & kaki sekali. NurNiz pun tunjukkanlah kat pengasuh Wafiy & pengasuh  bagitau Wafiy kena campak sekam. Masa tu barulah nak rasa panik. Nasib baiklah pengasuh Wafiy dah berpengalaman handle situasi camtu. Pengasuh bagitau supaya jangan risau, tingalkan ja Wafiy sebab campak jenis camtu tak berjangkit. Ehh.. betul ka??

Masa kerja hati tak tenang. Terus google kat internet & telefon mak mertua, kakak, ayah tanya apa yang perlu dibuat. Antara petua2 yang NurNiz dapat:
  1. Kerap  mandikan baby yang kena demam campak supaya suhu badan tak naik tinggi.
  2. Bagi minum sup ayam (yang dah ditapis) ataupun air kelapa muda supaya campak dapat keluar. Wafiy tak perlu diberi minum kedua2nya sebab campak Wafiy dah keluar sampai kaki pun.
  3. Mandikan & lapik tempat tidur baby dengan daun semambu. 
Malam2 semasa Wafiy kena demam campak, Wafiy tak dapat tidur lena sangat (10x bangun) mungkin sebab badan panas jadi Wafiy cepat haus nak minum susu. Malam2 NurNiz selalu monitor suhu badan Wafiy. Sekali tu suhu badan Wafiy 37.9 degree Celcius terus NurNiz tuam kepala Wafiy dengan air sejuk sampailah suhu turun semula.

Hari Sabtu (30/3/2013), NurNiz & Big Bear mandikan Wafiy dengan campuran daun cermai+semambu+ bunga raya yang dibekalkan ibu mertua NurNiz. Malamnya tu Wafiy tak boleh tidur asyik terjaga menangis ja. Baru tidur 15 minit terjaga & menangis. Mata tutup sebab mengantuk tapi menangis. Pagi esoknya baru tau rupanya salah petua. Big Bear buat petua sendiri mandikan campuran daun2 huhuhu. Patutnya daun cermai ditumbuk dicampur dengan bedak sejuk disapukan di badan. Daun semambu untuk lapik tempat tidur Wafiy. Daun bunga raya untuk diramas mandikan Wafiy. Mesti Wafiy tak dapat tidur malam tu sebab gatal2. Kesian sangat dahlah baby lagi mestilah tak pandai bagitau rasa gatal2 camtu :(.
Wafiy tetap ceria walaupun demam campak
Walaupun Wafiy demam campak, tapi Wafiy tetap ceria bermain2 di siang hari. Pengasuh siap puji lagi Wafiy tak merengek & meragam walaupun demam campak. Tapi malam2 ibu Wafiy terpaksa jadi Mama Panda :).

*Tak ambil sangat gambar Wafiy kena demam campak sebab sedih hati tengok..











Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments:

  1. Saya nk tnya berapa hari akan hilang campak sekam dgn petua ni

    ReplyDelete