Hari ahad yang lalu, mommy, ayah & Wafiy buat follow up checkup di KMC dengan Doktor Kamaruzaman sebab mommy dah buat keputusan tuk bersalin di KMC nanti. Walaupun kat KMC ni mahal tapi kelengkapan bersalinnya lengkap & kali ni merupakan pengalaman pertama mommy bersalin. Lepas ni adik2 Wafiy bersalin kat hospital private yang murah sikit ya :) . Kali ni mommy kena ambil sampel air kencing. Nurse bagitau ada botol dalam bilik air untuk rendam strip air kencing tu. Mommy check semua bilik air memang takda botol. Terpaksalah mommy pandai2 sendiri letakkan sampel air kencing kat strip tu. (nampaknya pasni mommy kena bawa botol sendiri la). Sebelum jumpa Doktor, nurse timbang berat mommy. Nurse bagitau berat mommy 58kg!. Terkejut mommy takkanlah berat naik mencanak2. Rupa2nya nurse salah baca, berat mommy sebenar 50.4 kg.
Ingatkan jumpa doktor untuk check biasa2 ja. Rupa2nya Doktor nak scan lagi sekali. Doktor check kaki, tangan & tekanan darah mommy. Semuanya normal. Kedudukan Wafiy adalah single breech (iaitu kepala atas, kaki ke bawah). Tapi doktor bagitau mommy supaya tak risau selagi tak sampai minggu ke 35, kedudukan baby akan berubah2 lagi. Ingatkan kali ni dapatlah mommy menatap muka Wafiy. Setelah beberapa kali Doktor scan, masih tak dapat tengok muka Wafiy. Hanya nampak tangan, kaki & mulut Wafiy yang ternganga tu. Ayah bagitau mulut Wafiy macam mommy la. Mommy plak rasa tapak kaki Wafiy macam ayah jenis panjang, sebab kaki mommy jenis kecil & bulat2.
Scan minggu 25 |
Mommy bertanya kat Doktor sama ada mommy kena makan kalsium tambahan sebab mommy tak suka minum susu ibu mengandung. Tapi doktor kata kalau ada berlaku bengkak pada kaki baru Doktor akan berikan pil kalsium. Doktor suruh datang next appoinment 2/9/1012. Tapi mommy & ayah tak dapat datang sebab kemungkinan mommy & ayah nak pergi kenduri auntie Lily kat KL. Next week nya plak Doktor bercuti. Jadi Doktor cadangkan mommy datang 3/9/2012 & Doktor akan berikan surat MC. Terus mommy bersetuju sebab tak perlu pergi kerja hehe.
Setelah selesai urusan dengan Doktor, Doktor suruh mommy pergi ke makmal di tingkat 2 untuk ambil darah. Doktor nak check paras hemoglobin dalam darah mommy sama ada masih lagi rendah ataupun dah naik selepas makan Obimin.
Last sekali, mommy & ayah turun ke aras paling bawah untuk sesi pembayaran. Charge yang dikenakan RM 150. RM 75.00 untuk consulation + scan + registration. RM 75.00 untuk ujian darah. Mahal kan ujian darah kalau kat klinik kesihatan free ja huhu (masa ni ayah dah buat muka tak puas hati sebab bayar mahal tapi tak dapat tengok muka Wafiy)
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments:
Post a Comment