Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan NurNiz mengandung rupanya. Alhamdullilah dari awal mengandung sampai sekarang NurNiz takda apa2 alahan langsung. Nampaknya follow mak NurNiz yang jenis takda alahan gak. Tapi yang peliknya, ayah NurNiz plak yang seolah2 dapat alahan masa NurNiz mengandung (NurNiz PJJ dengan en. suami, jadi ayah NurNiz tinggal sekali dengan NurNiz sejak mak NurNiz dah takda).
Bershopping baju raya en. suami :) |
6 bulan mengandung muka semakin tembam |
Masa NurNiz mengandung dulu antara 2-3 bulan rasanya, pagi2 ayah NurNiz bangun masuk bilik air ja terus muntah2. Mula2 ingatkan sebab ayah NurNiz sakit jantung sampai rasa nak muntah2 tu (ayah NurNiz memang ada sakit jantung, tapi start awal tahun ni masa ayah NurNiz masuk hospital, bila sakit jantung ja, ayah akan batuk2 & keluar kahak). Bila keluar daripada hospital, rupanya rasa nak muntah tu berterusan. Pastu, kalau ayah NurNiz makan lebih sikit, mulalah akan termuntah keluarkan balik segala isi perut tak kiralah pagi, petang atau malam. Bukan setakat tu ja, semua makanan yang ayah NurNiz makan rasa amat pahit sampai takda selera nak makan apa2. Berat ayah NurNiz pun berkurang sebab selalu muntah & takda selera makan. Kesian plak tengok ayah Nurniz yang dah tua2 jadi camtu.
Yang hairannya, bila kandungan NurNiz masuk trimester kedua (3 bulan lebih), ayah NurNiz dah takda muntah2 lagi & selera makan kembali. Hmm..NurNiz pun macam susah nak percaya ke tak benda camtu boleh terjadi hehehe.
Tapi secara saintifik ada gak fenomena yang dipanggil Couvade Syndrome di mana si suami akan mengalami sindrom menyerupai alahan mengandung semasa isterinya sedang mengandung. Info lanjut boleh tengok kat sini.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments:
Post a Comment