Berbuka Puasa ( Resipi Nasi Ayam Penyet)

Dah lama sebenarnya NurNiz nak buat nasi ayam penyet ni tapi tak berani nak buat sebab tengok resepinya macam complex sangat ja. Lagipun, resipi nasi ayam biasa pun NurNiz tak pernah cuba lagi. Tiba2 teringin sangat nak makan nasi ayam penyet terpaksalah buat sendiri gak (mana plak nak cari ayam penyet masa tengah puasa ni hehe). Bila buat tu, resipinya takdalah susah sangat, step dia yang banyak tu kononnya nampak complex.

Dulu2 masa tengah belajar kat Skudai, NurNiz selalulah makan nasi ayam penyet kat Restoran Bibik. Memang kaw, sedap & pedas sambal dia, NurNiz makan gak sikit2 walaupun NurNiz jenis yang tak tahan pedas. Kalau kat Johor (especially Skudai) memang senang nak cari restoran nasi ayam penyet. Resipi nasi ayam penyet ni NurNiz follow macam kat sini.

Ni bukan NurNiz buat. Ambil gambar dari tenet sebab tak sempat nak ambil gambar haritu.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam sederhana besar (potong 12)
  • 1 liter air
  • 2 helai daun salam (NurNiz tak guna pun, daun salam pun tak kenal rupanya hehe)

Bahan rebusan

  • 4 ulas bawang putih-ketuk sedikit
  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 3 cm halia-hiris leper
  • 3cm lengkuas-hiris leper
  • 1 1/2 kecil garam-ikut kemasinan sendiri yer
  • 1 kiub ayam

Cara2 Membuat Sup

1. Bahan rebusan di tumbuk lumat dan lumurkan pada ayam.
2. Tuangkan air. Renehkan sehingga ayam empuk.
3. Apabila ayam empuk, angkat dan toskan ayam. Toskan ayam. (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi)

Ayam Goreng


  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara2 Membuat Ayam Goreng

1.    Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2.    Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.(NurNiz sempat perap 2 jam ja hehe)
3.    (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)
4.    Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5.    Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Bahan2 Nasi

  • 1 labu bawang besar-hiris halus
  • 2 biji bawang putih-hiris
  • 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang kayu manis*
  • 2 cengkih*
  • 2 pelaga*
  • 2 bunga lawang*
  • 2 helai daun pandan (NurNiz tak guna duan pandan sebab takda)
  • sedikit butter/minyak/marjerin

Cara2 Memasak Nasi

1. Panaskan minyak/marjerin. Tumis rempah tumis (*) dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daun pandan dan beras. Goreng beras sekejap.
3. Masukkan ke dalam periuk eletrik bersama air rebusan ayam dan masaklah seperti biasa.

Bahan2 & Cara2 Membuat Sup

1.   Tumis rempah 4 sekawan(1 bunga lawang, buah pelaga, 2 bunga cengkih dan 1 kulit kayu manis). Masukkan air rebusan ayam dan bubuh sup punjut.
2.    Biarkan merenih sebentar dan masukkan sedikit lada sulah.
3.    Masukkan garam secukup rasa
4.    Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. (kalau rajin buatlah bawang goreng yer)

Bahan2 & Cara2 Membuat Tempe dan Tauhu Goreng

  • 2 keping tahu – potong2
  • 2 bungkus tempe-hiris tipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
       1.  Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
       2.  Goreng hingga garing.



Bahan2 Sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji bawang putih, hiris
  • 5 biji tomato, potong 4
  • 5 cm belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Air limau nipis sikit dan garam

Cara-cara Membuat Sambal

1.    Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2.    Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
3.    Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata    dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4.    Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. (jangan blend, sambal jadi hancur tak best)
6.    Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7.    Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.    Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
9.    * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment