Berbuka Puasa (Resipi Chicken Chop Sos Cendawan)

Semalam 17 Ramadhan (7/8/2012), sekali lagi NurNiz berbuka puasa bersama ayah di hospital. Sepatutnya Doktor bagitau mungkin ayah NurNiz dah boleh keluar hospital semalam, tapi ayah NurNiz tak dibenarkan keluar lagi beberapa hari sebab nak pantau buah pinggang ayah NurNiz.

Ayah NurNiz request nak makan lauk ikan. So, NurNiz pun masakkan Ikan Nyok2 masak sambal. Untuk NurNiz plak, akhirnya tercapai hasrat untuk memasak sendiri chicken chop bersama sos cendawan. Kebetulan en. suami baru2 ni beli cendawan dalam tin tu. Resipi sos cendawan ni NurNiz ambil daripada Chef Hanieliza.

Chicken chop sos cendawan. Rushing nak gi hospital, tak sempat nak buat coleslaw. Makan dengan hirisan tomato ja.

Bahan2

- Ayam (dibuangkan tulang & dihiris sederhana nipis)
- Telur
- Tepung (NurNiz pakai tepung segera ala KFC tu)
- Minyak

Cara2 Membuat

1. Celupkan ayam ke dalam telur yang telah dipukul.
2. Salutkan dengan tepung. Goreng dalam minyak yang panas.

Bahan2 Sos Cendawan

-1 bawang besar [didadu]
-2 bawang putih [dicincang]
-1 sudu besar serbuk lada sulah
-1 sudu besar lada hitam
-1 tin mushroom sup
-1/2 cawan mushroom [cincang halus]
-1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
-1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
-garam dan sedikit gula
-minyak untuk tumis 

Cara2 Membuat Sos Cendawan 

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki, perisakan garam & gula secukup rasa.

*Garam tambah sikit ja sebab mushroom sup dengan kiub ayam tu dah masin. Lagi sedap letak lada hitam banyak2 sebab lagi pedas. Lepas ni Nurniz nak cuba resepi sos black pepper plak*

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment