A Walk to Remember..Part 1

Tema pilihan

NurNiz & en.suami bersetuju untuk pilih warna lain selain putih sebagai tema akad nikah.Nnak cari kelainan asyik2 warna putih je kan untuk akad nikah. Pink merupakan pilihan NurNiz tapi biasalah mendapat tentangan hebat daripada en.suami yang kononnya macho tu. So, warna krim akhirnya menjadi pilihan hati kami.

Makeup & Inai

 Sesi makeup dan berinai dibuat kat Ixora Bridal. Sebenarnya Ixora Bridal ni ada 2 cawangan iaitu di Bandar Darulaman (sederet dengan KFC) dan juga di Changlun (berdekatan C-mart). Tapi untuk akad nikah, NurNiz terpaksa makeup di Changlun sebab staf yang pandai berinai tu hanya ada di cawangan Changlun. Tapi takpa la kan travel jauh sikit untuk mendapatkan hasil yang terbaik. NurNiz memang berpuas hati dengan service makeup dan inai mereka.
Inai sampai ke siku
*Ixora Bridal merupakan piilhan butik pengantin NurNiz memandangkan setelah melakukan survey, dengan harga RM 3000 ke bawah, NurNiz boleh dapat pakej yang lengkap  (pelamin+ bilik tidur+ meja pegantin + baju pengantin) di Ixora Bridal. Selain itu, en. suami NurNiz juga tertarik akan baju2 di Ixora Bridal yang simple & elegant (en. suami NurNiz  memang jenis tak suka baju bermanik2 & berenda yang banyak2..padahal bukan dia yang nak kena pakai pun). Ayah NurNiz plak dah bagi amaran awal2 bahawa beliau tidak mahu baju pengantin yang mencecah tanah (tidak digalakkan dalam Islam), kalau tidak beliau sendiri yang akan memotong juraian kain tu masa perkahwinan NurNiz nanti.

Baju & Aksesori

 Kain untuk dibuat baju akad nikah NurNiz membelinya di Gulati's textile semasa promosi kain pengantin (Dalam harga RM 400-500 anda akan mendapat 4 meter kain chiffon+ 4 meter kain lining+ 4 meter kain baju melayu lelaki). Tapi baju akad nikah yang ditempah NurNiz tu hanya siap seminggu sebelum majlis akad nikah. Aduhai bila dapat baju akad nikah terlalu kosong pula jadinya. Tak pasal2 NurNiz terpaksa plak hantar baju tu untuk tambahan manik. Bayangkan hari rabu akad nikah, hari isnin petang baru dapat baju akad nikah (betapa paniknya NurNiz masa tu). Untuk veil & tudung kerana kesuntukan masa NurNiz beli yang ready made ja di deretan kedai bersebelahan Pekan Rabu. Kasut akad nikah nasib baik NurNiz dah beli awal2 di kedai Princess berdekatan Sogo, KL masa beli barang2 hantaran.
Manik tambahan di saat2 akhir
Majlis akad nikah NurNiz berlangsung dengan penuh syahdu & airmata. Bukan air mata kesyukuran atau kesayuan. Tapi air mata yang jatuh sebab terlalu banyak masalah last minute yang berlaku. tapi kedua2 kakak NurNiz dah berpesan kalau tanpa air mata semasa persediaan perkahwinan maka tak sahlah perkahwinan tersebut. (diorang nampaknya makan garam terlebih dahulu huhuhu)

Tandatangan surat nikah di awal upacara
Sesi temuduga hampir sejam. kesian en. suami
Dengan sekali lafaz
Lega sangat upacara akad nikah selesai..muka kononnya serius
Mas kahwin (rugi tak minta serba satu hehe)
Tudung ekspress yang mengganggu sikit ciuman di dahi
Cincin tunang+kahwin
Terima kasih ekmi,  yat, pidah, ana & lily kerana datang jauh ke kedah. Sangat terharu dengan kedatangan korang.
Sesi outdoor yang sekejap kerana kesuntukan masa

*Eh, baru perasan, dah setahun lebih NurNiz berkahwin tapi tak dapat lagi kad kecil nikah tu. Kalau kena tangkap basah kan susah huhu*

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. kalo kena tangkap basah..tunjuk la perot tu :D -Lida-

    ReplyDelete
  2. hahaha tu bukan bukti yg kukuh..

    ReplyDelete