Hari ni NurNiz nak bercerita pengalaman scan kandungan 1st time. Masa tu NurNiz pegi scan kat Putra Medical Centre (PMC), Mergong. PMC ni terletak kat dalam sikit daripada jalan besar. Masa sampai kat kaunter pendaftaran tu NurNiz dengan bersemangatnya bagitau nurse kat kaunter NurNiz nak scan perut. Nurse tu pun tiba2 muka blur ingatkan NurNiz sakit apa dalam perut. Nasib baik en. suami memulihkan nurse yang blur dengan terangkan kat nurse sebenarnya nak jumpa pakar sakit puan untuk scan kandungan hahaha. Sepatutnya NurNiz nak jumpa dengan Doktor Annuar sebab ramai akak2 kat tempat kerja NurNiz rekomen Doktor Annuar sebab banyak pengalaman & jahitannya pun kemas.
Tapi kebetulan Doktor Annuar memang bercuti pada hari Sabtu. Jadi NurNiz pun terpaksa berjumpa dengan Doktor Kumar dah alang2 sampai PMC tu. Sebelum tu NurNiz dah minum air banyak2 sebab NurNiz baca kat internet kalau nak bagi scan nampak kena penuhkan pundi kencing sebelum scan tu. Tapi apakan daya, tengah menunngu Doktor memang tak tahan sangat jadi terpaksalah pegi bilik air. Pastu barulah masuk berjumpa Doktor Kumar. Doktor Kumar ni orangnya bila bercakap memang lembut. Rasa nyaman & sejuk ja hati bercakap dengan Doktor tu. Doktor Kumar tanya NurNiz ada mengalami alahan muntah2 tak masa tu. NurNiz bagitaulah setakat ni takda lagi, Doktor pun bagitau kemungkinan lepas ni pun NurNiz tak kan alami alahan terus. Rasa ersyukur sangat NurNiz masa tu sebab NurNiz tau kebanyakan perempuan mengandung selalu akan alami alahan muntah2.
Masa perbincangan, Doktor Kumar sarankan NurNiz untuk mula mengambil Asid Folik. Selain itu, Doktor Kumar juga sarankan NurNiz untuk ambil Neurogain sebagai supplement tambahan. Doktor berikan NurNiz asid folik dan sampel neurogain untuk NurNiz cuba. Doktor berikan gak beberapa sampel susu untuk ibu mengandung. Selama ni NurNiz tau pasal Anmum ja, rupanya ada macam2 brand lagi macam EnfaMa,.(eh yang lain dah tak ingat plak).
Mengapa Asid Folik Penting untuk Ibu Mengandung?
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi
tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf
kekal.
Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem
saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu,
adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa
itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda
boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid
folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda
atau bayi anda. Sumber Baby Center.
Apa tu Neurogain PB?
Gambar dipetik dari sini |
Lepas tu barulah Doktor suruh berbaring di atas katil untuk scan. Mula2 tu NurNiz malu sangat nak tunjukkan perut masa scan, tapi takpalah sebab Doktor tutup lampu jadi keadaan dalam bilik tu agak gelap. Mula2 Doktor tunjukkan kantung baby kat NurNiz. Kalau ada kantung ni maksudnya konpemlah anda sedang mengandung. Kemudian Doktor zoom plak ke dalam kantung & ternampaklah baby NurNiz. Kecil ja masa tu ukurannya hanya 1.81cm (besar pemadam pensel ja) tapi masa tu dah nampak akan bentuk kepala & kaki baby. Kemudian Doktor tunjukkan plak dengupan jantung & siap pasang mikrofon lagi untuk dengar dengupan jantung baby. Alahai kecil2 pun dah ada jantung yang berdengup. Dengupan jantung baby kuat & laju sangat dalam 180 dengupan per minit tapi Doktor kata normal bagi baby dalam kandungan. Macam tak percaya plak masa tu NurNiz dah nak jadi seorang Mommy :).
Scan 2 bulan. Pandangan belakang |
8 minggu scan. My baby :) |
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
Wah alhamdulillah :)
ReplyDeleteSaya pun pergi scan tapi tak nampak apa apa lagi
Lagipun sy pergi kat klinik awam...huhuu
Bila tanya doktor dia kata normal
Saya plak yg makin susah hati sbb tak nampak kantung baby huhuu
Doakan kami ya :)
Tahniah kat awak..insyaallah nanti nampaklah tu.hari tu pun Doc besarkan 2,3 kali baru nampak clear gambar tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah tumpang gmbira iya... Sya pula da 2bulan 5hari tp ada kantung tak nmpk bby... Hmmmm
ReplyDeleteAlhamdulillah tumpang gmbira iya... Sya pula da 2bulan 5hari tp ada kantung tak nmpk bby... Hmmmm
ReplyDeleteAS SALAM..SY KES YG SAMA..SKANG NI DAH 2016..MMG CONFIRM KE PUAN MENGANDUUNG..
DeleteSy baru 7 mnggu hamil td pergi scan doctor kata xnmpak ap2 lg .. tp upt test double line.. normal ke .. sy risauu n sedih sbb ni first bby..
ReplyDeleteAssallamuallaikum..sy last period 9/7/19 sampai 12/8/19 sy test urine hasil 1 merah 1 samar so sy tggu lagi sampai 18/8/19 alkhamdulilah positif lepas tu 19/8/19 sy p klinik scan tp sedih doctor cakap xde nampak kantong baby lepas tu doctor suruh sy test urine lagi nak double cek maybe test pack sy gune tu x betul tp lepas doctor test urine sy mmng positif hamil mmng kuat dia cakap tp time dia scan dia cakap lemak kt perut byk tu maybe yg xleh nampak kantong..lepas tu dia suruh scan balik after 2 weeks..than dia bagi acid folid..ada sesiapa ada kes macam sy x ?sedih rase..,ðŸ˜
ReplyDeleteYuniati same with me your case...scan dr ckp xnmpk...tp buat blood test mmg poaitive..hcg sy tinggi...nnti minggu ke 9 bru scan balik..9/9 nnti..
ReplyDeleteMcm na result kamu ye
Delete