Rumah: Persediaan Memasuki Rumah Baru


Alhamdullilah NurNiz & suami akhirnya mendapat kunci rumah kami pada 24/6/2012. Syok sangat kerana dapat memiliki rumah yang dibeli sendiri, sebelum ni kan tinggal kat rumah sewa ja :). Tula masa mula2 bekerja dulu, NurNiz sendiri pun tak pernah terfikir nak beli rumah lagi. Bayangkan masa tu duit banyak dihabiskan untuk majlis perkahwinan & juga membeli kereta. Akhirnya NurNiz mendapat kesedaran daripada rakan2 sekerja untuk turut membeli rumah sendiri disebabkan harga rumah di Changlun yang semakin meningkat dari tahun ke tahun (harga rumah semasa sekarang dalam lingkungan RM 200k++). Pastu, harga rumah sewa di Changlun agak mahal walaupun pekan kecil ja pun. Lagipun terfikir gak sebelum ni duit gaji bulanan banyak dihabiskan untuk membeli barang2 yang tak diperlukan pun. Tengok2 akhir bulan tak sempat menyimpan duit pun. Jadi lebih baik duit gaji tersebut digunakan untuk membuat pelaburan yang lebih bermanfaat seperti membeli rumah.

Pemilihan Rumah

  • Harga berpatutan dengan rumah yang bakal didirikan (sebolehnya carilah rumah yang yuran guamannya percuma, dibayar oleh pemaju)
  • Lokasi strategik (selamat, berdekatan bandar/kedai, jalan raya & terpenting bebas banjir)
  • Rumah tersebut mempunyai value untuk masa depan (sebolehnya carilah rumah yang harganya semakin meningkat supaya mudah untuk disewakan@ dijual pada masa akan datang tanpa kita menanggung kerugian)
  • Rekabentuk yang praktikal & menarik (suka rumah setingkat @ 2 tingkat, seeloknya setiap bilik ada tingkap supaya tidak berkuwap)
  • Pemaju yang reliable supaya projek perumahan anda tidak terbengkalai

Rumah di Taman Keruing
Langkah kedua terpenting setelah anda mendapat kunci rumah ialah dengan memeriksa & melengkapkan borang aduan kerosakan untuk diserahkan kepada pemaju supaya pembaikan dapat dilakukan sebelum anda berpindah masuk ke dalam rumah (selalu nak buat pembaikan ni pun ambil masa gak). Tengoklah kerosakan2 utama yang dapat dikenalpasti kat rumah kami tu:

Jubin tidak disimen dengan baik jadi terjatuh & pecah

Cermin retak besar

Siling luar rumah berlubang

Rekahan di cermin

Persediaan Memasuki Rumah

Terdapat pelbagai persediaan diperlukan terutamanya bagi anda yang ingin memasuki rumah baru. Seelok-eloknya persediaan tersebut dilakukan lebih awal lagi ketika rumah anda masih lagi dalam proses pembinaan. Anda boleh melakukan survey terhadap harga2 barangan & kelengkapan rumah bagi mencari kedai@ pembekal yang dapat memberikan harga yang berpatutan bersama kualiti barangan & perkhidmatan yang memuaskan. Anda juga seharusnya sudah mula menyimpan duit simpanan sedikit demi sedikit untuk perbelanjaan memasuki rumah baru nanti. Kalau macam NurNiz ni, memang tak sempatlah nak menyimpan duit simpanan yang banyak sebab masa NurNiz beli rumah tu, rumah dah siap 70%.

Grill: Harga pasaran di antara RM 2500-RM 7000 mengikut keluasan rumah (luas tingkap& pintu) anda dan juga rekabentuk grill. Harga wrought iron grill adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga grill besi biasa. Tapi boleh jugak kalu anda tempah grill biasa tapi catkan dengan warna seakan2 wrought iron. Kalau grill yang kita nak tambah corak bunga pun harganya pasti lagi mahal berbanding grill biasa.
Grill Wrought Iron
Lampu+Kipas+Wiring: Ada pelbagai jenis lampu seperti lampu kalimantang, jenis downlight, lampu bergantung, lampu dinding & macam2 lagi. Kipas pun ada pelbagai jenis, jenis kipas biasa, kipas remote control, kipas berlampu.  Pastu anda perlu ambil kira plak upah pemasangan & pendawaian tambahan.
Lampu downlight
Lampu idaman hati: Ikea
Kabinet Dapur: Kabinet dapur pun merupakan elemen penting untuk memasuki rumah baru. Ianya bukan suatu kewajipan tapi dapat memberi keselesaan ketika berada di dapur. Permukaan atas dapur selalunya diperbuat daripada konkrit& jubin, marble, granite, solid surface & pelbagai lagi. Formica, acrylic, kayu, kaca merupakan antara pilihan2 membuat pintu kabinet. Untuk penerangan tentang jenis2 material ni boleh refer kat kabinetdapur4u. Harga bergantung kepada keluasan dapur, pemilihan material untuk permukaan atas & pintu kabinet dan juga aksesori tambahan seperti oven, dapur memasak, hud & rak pinggan mangkuk.
Kabinet dapur idaman
Langsir & Railing: Pemasangan langsir amat penting. Kalau tidak orang lain dapat tengok free show kat rumah kita huhu. Harga langsir bergantung kepada keluasan tingkap & juga pemilihan fabrik langsir.
Cantiknya langsir bermotifkan bunga.. tapi pasti ditentang oleh en. suami NurNiz
  Persediaan2 lain:
  • Sewa lori & upah pekerja mengangkat barang
  • Deposit air & elektrik
  • Set perabot & bilik tidur (penting kepada NurNiz yang masih tidak mepunyai kedua2 set. tak kan rumah baru tetamu nak duduk atas lantai hehe)

Anggaran Kasar Kos Memasuki Rumah NurNiz

Huwaa.. mana nak cari duit ni??

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

11 comments:

  1. Good post..thanks for the sharing :)

    ReplyDelete
  2. best sharing! tq

    ReplyDelete
  3. salam nurniz..kalau x keberatan..nk tanya range hrga rumah taman keruing brp ek??sy pon tgh survey rumah ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Masa saya beli 2 tahun lepas..semi-D setingkat dalam RM200k-250k, banglo setingkat dalam RM270-RM330k ikut keluasan tanah.

    ReplyDelete
  5. a'kum..nak tny sikit kot2 dpt info. saya nak beli rumah area changlun semi d single. blh tau x nama taman2 baru naik esp yg blkg shell tu. saya kt kajang s'gor..nxt yr akan msk keje d unimap. thanx..

    ReplyDelete
  6. Taman2 baru kat belakang tu ada taman resak (fasa baru), taman kempas (fasa baru), taman merbau (merbau apa xsure). rasanya ada lagi taman lain tapi taktau nama.

    ReplyDelete
  7. as salam..nk tnya taman keruing ada lagi ke untuk di jual??

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. nurniz boleh bagi no.hp saya ada buat tempahan homestay pada 11hb hingga 13hb 11 2016...hubungi saya hp/01112967968

    ReplyDelete