Semalam bersembang2 dengan akak2 sekerja, kebetulan akak sorang tu bagitau bahawa urinya ke bawah.
NurNiz: Eh, penting ka kedudukan uri tu?
Akak: Uri selalunya di atas baby. kalau uri kat bawah bahaya jadinya..
NurNiz: Ooo..tak pernah tau pun sebelum ni (nampak sangat jahil bab mengandung ni)
Akak: Kalau uri kat bahagian bawah, mungkin akan tutup@lekat kat rahim tu. nanti jadi susah nak bersalin..
Patutnya NurNiz nak tanya lagi apa tu uri tapi malu plak. So dalam hati terfikir pas balik nanti nk Google jap cari pasal uri. Sebelum ni, pernah ja dengar pasal uri yang akan keluar bersama baby masa bersalin nanti. Pastu kita kena cuci bersih2 & tanam uri tersebut. Sekarang baru terhegeh2 nak tau apa tu uri yang sebenarnya (macam dah pernah belajar tapi lupa).
Apa itu uri@plasenta & fungsinya?
Uri atau nama saintifiknya plasenta adalah
organ yang dibentuk di dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan
janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya.
Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin
kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Maklumat lanjut boleh baca kat Dr. Zubaidi blog.
Ada saluran2 darah yang kecil yang sambungkan uri dengan rahim ibu yang mengandung. Uri yang normal akan berada di atas rahim. Orang yang urinya terletak di bawah rahim berisiko untuk mengalami pendarahan semasa mengandung. Kalau uri yang berada di bawah & menutup terus pintu rahim, kemungkinan untuk bersalin secara normal adalah susah & si ibu mungkin perlu dibedah semasa proses kelahiran.
Kedudukan uri dalam kandungan |
*Masa scan minggu ke-22, Doktor ada tunjukkan kat NurNiz kedudukan uri. Tapi masa tu tak tengok secara sirius pun sebab taktau pa2 pasal uri ni. So, patutnya pasni kena take note pasal uri ni*
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
aku bleeding and operate sbb uri la kema...memg bahaya sbnrnye if jd ape2 kt uri tu...
ReplyDelete