Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for August 2012
Akhir bulan puasa = 51 kg
Raya ke-4 & seterusnya   = 53 kg

HOHOHO..bayangkan baru 4 hari beraya NurNiz naik sebanyak 2 kg & terus tak turun2 lagi pastu. Tak perasan pun yang perut ni semakin membesar. Tiba2 tersedar bila nak pakai tshirt, sendat yang teramat di perut huhu. Patutlah selalu orang kata bila dah 6 bulan ke atas berat & perut akan membesar dengan pantas sekali. 

Pergerakan pun rasa terbatas sikit sekarang. Dulu kalau nak bangun daripada duduk atas lantai, cepat2 ja. Sekarang ni siap kena pegang lantai plak kalau nak bangun hehe. Tidur pun sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Tak dapat nak bayangkan bila dah masuk 9 bulan nanti. Lepas raya ni, nafsu makan memang menjadi2. Asyik rasa nak mengunyah ja setiap masa (baik makan banyak2 kan sekarang, nanti masa berpantang kena berpantang macam2).

Tshirt pink yang sudah sendat. Motif letak gambar zaman dulu2?? huhu
Raya ke-4 NurNiz menerima kunjungan daripada kawan2 tersayang (kami berkawan sejak sekolah rendah lagi) yang teruja nak melihat perut NurNiz sebabnya NurNiz yang pertama sekali mengandung :).


Su & Husna

Su & Anum


Sebelum ni NurNiz tak pernah terfikir pun nak cat rumah, malas nak habiskan duit banyak2 hehe. Pastu dok tengok sangat kat tenet rumah2 orang lain, terpengaruh plak nak cat rumah. Dengan cat sahaja (tak perlu perabot & hiasan mahal2) mampu membuatkan rumah kita jadi menarik. Setelah berbincang dengan en. suami, kami pun bersetuju nak cat dua ruang ja iatu ruang tamu & bilik tidur utama.

Untuk ruang tamu, NurNiz& en. suami memilih padanan warna cream & coklat muda sebab warna yang muda menampakkan ruang yang luas berbanding warna gelap.
Cat warna cream lebih kurang camni. Yang warna coklat tu nak cari yang lagi lembut.

Suka susunan perabot ruang tamu camni
NurNiz nak sangat tema warna pink untuk bilik tidur tapi macam biasalah en. suami yang anti-pink tu akan menentang. Warna purple ja yang paling boleh diterima en. suami. Tengok2 kat tenet NurNiz terkenan warna 'baby blue' warna biru lembut. Mudah2han boleh dipadankan dengan cadar warna pink hehe.

Kombinasi biru + pink
Bestnya bilik tidur camni

NurNiz pun dah tak ingat kat mana NurNiz cilok resepi soto ni, tapi resepi soto ni memang menjadi (mohon halal ya owner resipi ni). Terbaru NurNiz buat soto ni masa last day berbuka puasa. NurNiz masak menggunakan 1 ekor ayam untuk dimakan 4 buah keluarga NurNiz. Setiap kali buat soto mesti tak sempat nak ambil gambar :(.

Bahan2 Sup

- Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air (reneh sekurang-kurangnya satu jam). NurNiz tambah kiub ayam sebab nak rebus cepat2 sikit. Setelah lembut, NurNiz siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok. Daging ayam siat tu NurNiz gunakan untuk buat bergedil & bahan hiasan nanti.
- 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
- 10 ulas bawang putih, dikisar
- 2 inci halia muda, ditumbuk
- 1 inci lengkuas, ditumbuk
- 2 batang serai, dikisar bersama bawang
- Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
- 3 sudu besar ketumbar (NurNiz kurangkan sikit supaya tak pahit)
- 10 biji lada hitam,ditumbuk halus (NurNiz guna lagi banyak untuk tambahkan perisa)
- 2 biji buah keras (NurNiz gunakan 4 biji untuk tambahkan perisa, ada gak orang yang suka kisar sekali buah keras dengan bawang)
  - minyak masak secukupnya
  - garam secukupnya

Cara2 Membuat Sup

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang), kiub ayam dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan garam secukup rasa.

Bahan2 Bergedil (resepi kak ipar NurNiz)

  - 5 biji kentang, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk NurNiz nak cepat jadi rebuskan ja ubi kentang sampai empuk)
- ½ cawan bawang goreng (NurNiz beli dalam paket ja)
- Serbuk lada putih secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
- ½ cawan daging ayam disiat
- Garam secukup rasa
- 2 biji telur, dipukul
- minyak untuk menggoreng

* kuantiti bahan2 di atas boleh disesuaikan ikut kesedapan masing2

Cara2 Membuat Bergedil

1. Lenyekkan ubi kentang sampai lembik
2. Masukkan daging ayam disiat, bawang goreng, daun sup & daun bawang.
3. Masukkan serbuk lada putih & lada hitam & garam, gaul rata
4. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
5. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
6. Panaskan minyak
7. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

Bahan2 Sambal kicap

- 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
-  6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
- ½ cawan kicap manis
- 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
- 3 sudu makan gula

Cara2 Membuat Sambal Kicap

1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung
3. Masukkan kicap, perahkan limau & kacau rata.

Bahan2 Hiasan Lain

- Nasi himpit dipotong dadu
- Daging ayam disiat2
- Kacang goreng
- Suhun goreng
- Taugeh dicelur
- Daun bawang & daun sup
- Bawang goreng



 


Ayah NurNiz mula diserang sakit jantung & darah tinggi ketika usia beliau awal 30'an lagi. Sejak daripada tu, ayah NurNiz pun terpaksalah makan ubatan yang dibekalkan hospital sehinggalah sekarang (66 tahun). Lambat laun ubat-ubatan tu memberi kesan kepada kesihatan buah pinggang ayah NurNiz. 

Mengikut statistik, dianggarkan seramai 13,000 pesakit buah pinggang di Malaysia kini terpaksa bergantung kepada mesin hemodialisis untuk terus hidup.  Jadi, seharusnya ketika usia muda macam sekarang ni lah kita kena mula menjaga buah pinggang kita. Ada seorang akak di ofis NurNiz pernah dimasukkan ke hospital semasa sekolah rendah kot sebab mengalami masalah buah pinggang akibat memakan keropok segera setiap hari. Nasib baiklah Doktor berjaya memulihkan buah pinggang akak tu.

Makanan2 Yang Tak Baik Untuk Buah Pinggang


- Mi kuning/mi segera (nasib baik NurNiz tak suka makan mi)
- Minuman berkarbonat (sekali sekala ja minum sekarang ni)
- Minuman berkafein (NurNiz suka sangat minum kopi, kena kurangkan lepas ni)
- Junkfood/keropok segera (NurNiz pantang tengok mesti rasa nak beli, kena kurangkan gak lepas ni)

*Pendek kata makanan segera/makanan diproses memang tak elok untuk kesihatan buah pinggang sebab mengandungi banyak bahan2 perisa &  pengawet.

Tips2 Menjaga Buah Pinggang 


Dapat info daripada FB
Daun sup/saderi

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Kali kedua NurNiz beraya sebagai isteri & kali pertama sebagai mommy to be. Alhamdullilah baju raya yang dibeli seawal bulan Ramadhan masih lagi muat dipakai :). Menyesal tak berlatih pakai shawl siap2 bebelum raya, pagi raya baru nak terhegeh2 pakai shawl so tak berapa nak jadilah bentuk shawl tu. Tahun depan jangan haraplah nak pakai shawl bermanik lagi sebab dah ada anak seorang, pakai tudung ekspress jala nampaknya hehe.

Keluarga sebelah NurNiz (takda dalam gambar keluarga abang)

Tema raya hijau turqoise

Anak2 saudara (total semua 11). Dua orang takda.


Rumah mak NurNiz dibesarkan

Tok Su & Tok Cik yang bela NurNiz masa kecil2 dahulu

Hari ahad yang lalu, mommy, ayah & Wafiy buat follow up checkup di KMC dengan Doktor Kamaruzaman sebab mommy dah buat keputusan tuk bersalin di KMC nanti. Walaupun kat KMC ni mahal tapi kelengkapan bersalinnya lengkap & kali ni merupakan pengalaman pertama mommy bersalin. Lepas ni adik2 Wafiy bersalin kat hospital private yang murah sikit ya :) . Kali ni mommy kena ambil sampel air kencing. Nurse bagitau ada botol dalam bilik air untuk rendam strip air kencing tu. Mommy check semua bilik air memang takda botol. Terpaksalah mommy pandai2 sendiri  letakkan sampel air kencing kat strip tu. (nampaknya pasni mommy kena bawa botol sendiri la). Sebelum jumpa Doktor, nurse timbang berat mommy. Nurse bagitau berat mommy 58kg!. Terkejut mommy takkanlah berat naik mencanak2. Rupa2nya nurse salah baca, berat mommy sebenar 50.4 kg.

Ingatkan jumpa doktor untuk check biasa2 ja. Rupa2nya Doktor nak scan lagi sekali. Doktor check kaki, tangan & tekanan darah mommy. Semuanya normal.  Kedudukan Wafiy adalah single breech (iaitu kepala atas, kaki ke bawah). Tapi doktor bagitau mommy supaya tak risau selagi tak sampai minggu ke 35, kedudukan baby akan berubah2 lagi.  Ingatkan kali ni dapatlah mommy menatap muka Wafiy. Setelah beberapa kali Doktor scan, masih tak dapat tengok muka Wafiy. Hanya nampak tangan, kaki & mulut Wafiy yang ternganga tu. Ayah bagitau mulut Wafiy macam mommy la. Mommy plak rasa tapak kaki Wafiy macam ayah jenis panjang, sebab kaki mommy jenis kecil & bulat2. 
Scan minggu 25

Mommy bertanya kat Doktor sama ada mommy kena makan kalsium tambahan sebab mommy tak suka minum susu ibu mengandung. Tapi doktor kata kalau ada berlaku bengkak pada kaki baru Doktor akan berikan pil kalsium. Doktor suruh datang next appoinment 2/9/1012. Tapi mommy & ayah tak dapat datang sebab kemungkinan mommy & ayah nak pergi kenduri auntie Lily kat KL. Next week nya plak Doktor bercuti. Jadi Doktor cadangkan mommy datang 3/9/2012 & Doktor akan berikan surat MC. Terus mommy bersetuju sebab tak perlu pergi kerja hehe.

Setelah selesai urusan dengan Doktor, Doktor suruh mommy pergi ke makmal di tingkat 2 untuk ambil darah. Doktor nak check paras hemoglobin dalam darah mommy sama ada masih lagi rendah ataupun dah naik selepas makan Obimin. 

Last sekali, mommy & ayah turun ke aras paling bawah untuk sesi pembayaran. Charge yang dikenakan RM 150. RM 75.00 untuk consulation + scan + registration. RM 75.00 untuk ujian darah. Mahal kan ujian darah kalau kat klinik kesihatan free ja huhu (masa ni ayah dah buat muka tak puas hati sebab bayar mahal tapi tak dapat tengok muka Wafiy)
Weekand hari tu, NurNiz teringin nak makan puding roti jadi NurNiz pun carilah resipi yang simple tuk puding roti ni. Sebelum ni, zaman dulukala NurNiz pernah buat puding roti tapi kena dibakar la. Resipi yang NurNiz jumpa baru2 ni sangat simple & hanya perlu dikukus ja. Resipinya boleh refer sini. Gambarnya plak tak sempat disnap dah habis dimakan puding tu :). So NurNiz letak gambar lama yang NurNiz buat ja lah tapi tak menggiurkan sebab belum dipotong & dihhidang bersama kuah.

Puding roti kukus berkuah

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil2/dicarik2/nak diblend halus dengan bahan2 kat bawah pun boleh gak
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara Membuat Puding

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Bahan2 & Cara2 Membuat Kuah

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

  1. Gaulkan bahan sos kastad dan masak di atas api yangg sederhana sebentar.
  2. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

Alhamdullilah 10/8/2012 ayah NurNiz dah dibenarkan keluar hospital. Sebab tak puas lagi makan chicken chop, so NurNiz pun buatlah lagi sekali chicken chop tapi kali ni bersama dengan sos black pepper plak. Untuk kali ni, bahan perap untuk ayam tu NurNiz buat sendiri bukan pakai tepung segera. Resipi ni NurNiz ambil daripada sini. Memang sedap la chicken chop & sosnya ikut resepi ni. Sebab baru start masak lepas balik kerja, lagi sekali NurNiz tak sempat nak buat coleslaw (sebab nak buat ja dah sampai waktu berbukanya hehe).
Chicken chop sos black pepper

 Bahan-bahannya

Ayam (bahagian isi yang telah dibuang tulangnya) 
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
secubit garam
1 biji telur
Tepung ubi (NurNiz pakai tepung ubi kentang)
serbuk roti (patutnya NurNiz nak beli serbuk roti kat kedai bakery tapi terlupa beli jadi NurNiz tumbuk biskut tawar yang ada kat rumah sampai hancur :)

Cara-caranya

1. Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam.
2. Gaul rata dan perapkan dalam sejam atau lebih. (NurNiz sempat perap 1/2 jam ja)
3. Panaskan minyak yang dalam kuali.
4. Ambil isi ayam tadi dan lumur ayam dengan tepung ubi sehingga rata
5. Celupkan ke dalam telur yang telah dikacau. 
6. Lumur pula dengan biskut tawar yang telah dihancur-hancurkan.
7. Masukkan dalam minyak yg panas & goreng hingga garing (pastikan goreng garing sebab kalau lapisan tepung dalam tu tak garing akan jadi lembik kurang sedap sikit).

Bahan-bahan Sos

5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 2 cawan air)
2 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 kiub ayam

Cara2 Membuat Sos

1. Tumis bawang sehingga kekuningan
2. Masukkan air bancuhan tepung jagung
3. Masukkan lada hitam, kicap pekat, sos cili, sos tomato dan kiub ayam
4. Kacau sehingga kuah pekat
Kalau dikira sejak 5 tahun masuk tadika sampailah sekarang, dah 20 tahun bergelumang dengan bahasa Inggeris ni.. Tapi tula sampai sekarang tak gak terer2 bab menulis & bercakap dalam bahasa Inggeris ni. Kalau kena cakap dalam BI mesti ada nak uh..ah..uh..ah. Jadi, azam NurNiz tahun 2012/2013 ialah dapat menulis & bercakap English dengan penuh kelancaran & keyakinan.

Kat website ni ni siap ada 70 cara untuk improve english & cara2nya memang bagus sangat kalau kita dapat praktikkan.

Start your own English language blog. Even for people who don't have to write in English, writing can be a great way of properly learning the kind of vocabulary you need to describe your own life and interests, and of thinking about how to stop making grammar mistakes. The problem most people have is that they don't know what to write about. One traditional way to make sure you write every day in English is to write an English diary (journal), and a more up to date way of doing this is to write a blog. Popular topics include your language learning experience, your experience studying abroad, your local area, your language, or translations of your local news into English.

Pasni jangan terkejut plak tiba2 blog NurNiz dalam bahasa Inggeris.


Watch films in your language with English subtitles. If you are finding English films with English subtitles too difficult or you can't find English films with English subtitles in your local video shop, this is a good second best option. Looking for local films with English subtitles can also sometimes be a good sign of quality, as it means the producers of the film are expecting it to be popular internationally as well.

Konpem tak baca pun subtitle English tu.


Say or think what you are doing in English as you do your daily tasks. As you are doing your chores, try creating sentences describing what you are doing, e.g. ‘I am unscrewing the ketchup bottle cap'. This gets you used to thinking in English without translating, and can be a good way of seeing what simple vocabulary that is around you everyday you don't know. yet  

"Today I'm going to eat grilled fish with sembel belacan" haha.


Take holidays abroad. This is not only a good opportunity to speak English in situations where you really have to make yourself understood in order to live, but it is also a good motivator to study English seriously in the weeks and months before your trip. If possible, also try to use English even when you could use your own language, e.g. when you pick a guided tour of a museum or historic place or when you book a flight on the internet, and try to avoid package tours.

Cara ni memang NurNiz sokong 100% !!! En. suami, tahun depan kita kena bercuti kat London ya.


Find a foreign boyfriend or girlfriend. No tips on how to do this here, but everyone agrees that getting or even just looking for a date in English can be a great motivator to improve your language skills.

Alaa..NurNiz dah kahwin jadi takda peluang la nak praktikkan hehe.
Hari ni sebab mommy rasa lonely masa bersahur (toklid tak boleh keluar hospital lagi, ayah dok jauh) jadi mommy pun paksa abang boyan jr. temankan mommy & wafiy bersahur. "Kesian kat abang boyan, selagi Wafiy tak lahir mesti kena teman mommy setiap masa :).  Kami cuma makan roti bakar & minum milo, tu pun dah kenyang sangat.
Roti bakar hangit + milo

Ni zaman Wafiy takda dalam perut mommy lagi. tahpapa la mommy ni :)
*Mommy sekarang bangun sahur tiap2 hari supaya Wafiy tak kelaparan di bulan puasa ni*
Bila agaknya nak pos kad hari raya kat en.suami ni?? :)
Kad Raya 2012

Semasa dalam berpantang nanti, NurNiz harap sangat NurNiz dapat praktikkan bertungku ni sebab ianya bagus untuk  kesihatan wanita.

Apakah itu bertungku?

Bertungku ni ialah menuam bahagian tertentu pada bahagian badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan.

Tujuan Bertungku

- mengeluarkan saki-baki darah kotor
- mengecutkan & memulihkan rahim
- memulihkan urat saraf sekeliling peranakan

Kaedah Bertungku

Batu atau besi untuk bertungku dipanaskan di atas api lebih kurang 30 minit. Kemudian batu tersebut dibalut dengan lapisan daun (contohnya daun mengkudu, daun sirih..) & akhir sekali lapisan kain. Untuk lagi berkesan, kita kena praktikkan kaedah tertentu masa bertungku nanti. Info kat blog ni pasal bertungku memang sangat berguna.

Tungku mak NurNiz dulu camni la rupa bentuknya

Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektrik. NurNiz sebenarnya dah ada 1 oven elektrik (hadiah kawin). Tapi oven tu agak besar siap boleh buat ayam golek dalam oven tu. Kalau setakat nak buat kek sebiji memang tak berbaloi nak guna oven tu sebab gunakan elektrik yang banyak.

Zaman dulu2 mak NurNiz suka sangat guna oven dapur gas sebab senang control api. Tapi oven dapur gas zaman dulu bentuk bulat, sekali masak muat sedulang kueh ja. Bayangkan nak buat kueh raya tu kena masak berpuluh2 kali hehe. Masa tu NurNiz selalu mengadu kenapalah mak tak beli ja oven elektrik kan senang kerja. Sekarang ni baru nampak kebaikan oven dapur gas ni.

Tapi oven dapur gas sekarang dah canggih la, siap ada dua tingkat lagi tu. Harganya pun murah sikit daripada oven elektrik. Oven dapur gas yang akak ofis tolong belikan kat NurNiz harganya RM 70.00.

Oven dapur gas cap butterfly
Ada 2 tingkat. Tak sabar nak guna :)

Dah lama sebenarnya NurNiz nak buat nasi ayam penyet ni tapi tak berani nak buat sebab tengok resepinya macam complex sangat ja. Lagipun, resipi nasi ayam biasa pun NurNiz tak pernah cuba lagi. Tiba2 teringin sangat nak makan nasi ayam penyet terpaksalah buat sendiri gak (mana plak nak cari ayam penyet masa tengah puasa ni hehe). Bila buat tu, resipinya takdalah susah sangat, step dia yang banyak tu kononnya nampak complex.

Dulu2 masa tengah belajar kat Skudai, NurNiz selalulah makan nasi ayam penyet kat Restoran Bibik. Memang kaw, sedap & pedas sambal dia, NurNiz makan gak sikit2 walaupun NurNiz jenis yang tak tahan pedas. Kalau kat Johor (especially Skudai) memang senang nak cari restoran nasi ayam penyet. Resipi nasi ayam penyet ni NurNiz follow macam kat sini.

Ni bukan NurNiz buat. Ambil gambar dari tenet sebab tak sempat nak ambil gambar haritu.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam sederhana besar (potong 12)
  • 1 liter air
  • 2 helai daun salam (NurNiz tak guna pun, daun salam pun tak kenal rupanya hehe)

Bahan rebusan

  • 4 ulas bawang putih-ketuk sedikit
  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 3 cm halia-hiris leper
  • 3cm lengkuas-hiris leper
  • 1 1/2 kecil garam-ikut kemasinan sendiri yer
  • 1 kiub ayam

Cara2 Membuat Sup

1. Bahan rebusan di tumbuk lumat dan lumurkan pada ayam.
2. Tuangkan air. Renehkan sehingga ayam empuk.
3. Apabila ayam empuk, angkat dan toskan ayam. Toskan ayam. (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi)

Ayam Goreng


  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara2 Membuat Ayam Goreng

1.    Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2.    Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.(NurNiz sempat perap 2 jam ja hehe)
3.    (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)
4.    Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5.    Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Bahan2 Nasi

  • 1 labu bawang besar-hiris halus
  • 2 biji bawang putih-hiris
  • 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang kayu manis*
  • 2 cengkih*
  • 2 pelaga*
  • 2 bunga lawang*
  • 2 helai daun pandan (NurNiz tak guna duan pandan sebab takda)
  • sedikit butter/minyak/marjerin

Cara2 Memasak Nasi

1. Panaskan minyak/marjerin. Tumis rempah tumis (*) dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daun pandan dan beras. Goreng beras sekejap.
3. Masukkan ke dalam periuk eletrik bersama air rebusan ayam dan masaklah seperti biasa.

Bahan2 & Cara2 Membuat Sup

1.   Tumis rempah 4 sekawan(1 bunga lawang, buah pelaga, 2 bunga cengkih dan 1 kulit kayu manis). Masukkan air rebusan ayam dan bubuh sup punjut.
2.    Biarkan merenih sebentar dan masukkan sedikit lada sulah.
3.    Masukkan garam secukup rasa
4.    Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. (kalau rajin buatlah bawang goreng yer)

Bahan2 & Cara2 Membuat Tempe dan Tauhu Goreng

  • 2 keping tahu – potong2
  • 2 bungkus tempe-hiris tipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
       1.  Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
       2.  Goreng hingga garing.



Bahan2 Sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji bawang putih, hiris
  • 5 biji tomato, potong 4
  • 5 cm belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Air limau nipis sikit dan garam

Cara-cara Membuat Sambal

1.    Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2.    Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
3.    Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata    dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4.    Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. (jangan blend, sambal jadi hancur tak best)
6.    Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7.    Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.    Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
9.    * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
  • ▼  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ▼  August (18)
      • Perut Semakin Membesar
      • Rumah: Tema Warna Cat
      • Resipi Soto Ayam
      • Sayangilah Buah Pinggang Anda
      • Syawal 2012: Go Green
      • Scan Minggu Ke-25 (6 bulan)
      • Resipi Puding Roti Kukus Berkuah
      • Resipi Chicken Chop Sos Black Pepper
      • Ways To Improve Your English
      • Three Of Us
      • Kad Hari Raya
      • Amalan Bertungku
      • Oven Dapur Gas
      • Berbuka Puasa ( Resipi Nasi Ayam Penyet)
      • Berbuka Puasa (Resipi Chicken Chop Sos Cendawan)
      • Rumah: Progress Memasuki Rumah Baru
      • Berbuka Puasa di C-Kopitiam
      • Tiada Alahan Mengandung?
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    20 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes