Keracunan Makanan

Honey Stars punya pasal satu family kena food poisoning. Tapi Honey Stars tak bersalah tau. Honey Stars yang NurNiz beli tu jela yang bersalah.
Honey Stars

Malam Selasa

NurNiz belikan Honey Star kebetulan masa tu ada jual pek yang kecil. Cereal lain semua tinggal paket besar ja. NurNIz bagi Wafiy makan dengan susu. Wafiy makan tak sampai 10 ketul rasanya. NurNiz plak makan 2,3 ketul ja.

Rabu

Bila balik keja ambil Wafiy daripada pengasuh, pengasuh bagitau Wafiy muntah2 & cirit birit. Malam tu Wafiy masih cirit birit tapi tak muntah.

Khamis

NurNiz bercuti bawa Wafiy ke klinik pagi tu. Balik daripada klinik NurNiz kerap ke toilet untuk membuang air besar. Lepas tu NurNiz mula rasa loya2 & terus muntah 3x. Sebelum muntah tu NurNiz sempat masak nasi dengan sup ayam untuk NurNiz & Wafiy makan. Cirit birit semakin teruk semasa membuang air besar tu hanya air jela yang keluar. Nak pegi ke klinik pun dah tak mampu nak drive sebab bangun ja daripada baring terus rasa loya2. Setiap kali lepas cirit terus NurNiz termuntah sebab kena bangun ke toilet. Nurniz informkan Big Bear di tempat kerja. Big Bear suruh NurNiz bertahan sampai Big Bear balik keja daripada Kulim. Daripada pagi NurNiz tak makan apa2 sebab bau sup ayam tu pun rasa loya. NurNiz cuba akan buah sikit pun terus termuntah balik. Wafiy pun takda selera takmau makan apa2. Nak minum susu ja. Masa tu NurNiz rasa air dalam badan NurNiz macam dah keluar semua. NurNiz minum air masak pun konpem akan muntah balik. Direct feeding gak walaupun susu badan rasa macam takda. NurNiz bancuh susu 3 botol tapi Wafiy langsung takmau minum daripada botol. Berbaring jela kami dua beranak di ruang tamu. Pukul 7.30 malam barulah Big Bear sampai rumah. Malamnya pegi klinik kebanyakan klinik dah tutup ataupun penuh takmau teima pesakit lagi. Terpaksa beli ubat di farmasi.

Sabtu

Big Bear nak makan Honey Stars. Barulah NurNiz teringat mungkin Honey Stars tulah penyebab food poisoning. Honey Stars jelah benda yang sama dimakan oleh NurNiz dan Wafiy. Walaupun dilarang Big Bear tetap menelan 10 ketul Honey Stars. NurNiz terus buang Honey Stars lepas tu.

Ahad

Ternyata teori food poisoning NurNiz tu betul. Semasa jalan2 di Padang Besar Big Bear rasa sakit perut & loya2.

Bukti utama cirit-birit
Bilalah dapat guna pelampung ni??
Wafiy yang kurus gara2 cirit birit
Baju disponsor oleh auntie Rahmah

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. Aiyoo Kema so bahaya ni. Dah la kurus, makin bertambah kurus dah. Btw, Honey Stars tu dh expired dh ka smpi lagu tu sekali kena

    ReplyDelete
  2. Dalam seminggu dah kembali ke berat asal.Qadha balik makan hehe.Tak expired pun ekmi(expired 2014). Baru beli & baru buka packing, mesti tercemar masa processing.

    ReplyDelete