Feeling K-Drama

Rasanya sejak keja, kahwin & ada anak dah lama tak tengok drama bersiri. Kalau zaman study dulu sanggup stay up marathon tengok drama bersiri korea @ jepun. Baru2 ni tertengok 2 drama bersiri korea di channel ONE HD. Selalu gak termiss especially malam2 kalau Wafiy nak tido konpem ibunya tertido sekali.

My Love Madam Butterfly

Drama ni NurNiz tengok daripada episod 1 kononnya takda cerita lain menarik. Rupanya drama ni boleh tahan best. Big Bear pun terikut tengok sekali tapi Big Bear tengok kat rumah mertua la kan. Drama ni mengisahkan tentang Nam Na Bi pelakon korea yang terkenal walaupun tak pandai sangat berlakon tapi bab2 feshen dia sangat hebat. Ada seorang wanita lain plak nama Yoon Sul Ah nak balas dendam kepada Na Bi sebab Na Bi ni penyebab abang Sul Ah meninggal dunia. Jadi Sul Ah perangkap Na Bi untuk berkahwin dengan Roy Kim. Roy Kim plak kena tipu dalam perniagaan sampai sebabkan Na Bi muflis sekali. Hero drama ni nama Lee Woo Jae (bekas suami Sul Ah). Wo Jae ni mula2 tak suka pun dekat Na Bi tapi lama-kelamaan suka kat Na Bi. Hehe kalau nak tulis sinopsis boleh sampai 2,3 entri ni. Drama ni best sebab tunjukkan transformasi hidup Na Bi daripada kaya ke miskin (drama ni ala2 Fantasy Couple) + cerita kelakar & suspen apa akan terjadi seterusnya + NurNiz suka tengok Woo Jae yang macho setiap masa.

Master's Sun


Drama ni NurNiz tertengok minggu lepas. Masa iklan drama ni kat ONE HD NurNiz tak berminat nak tengok langsung sebab iklan macam drama ni menakutkan ada hantu2 bagai. Bila tengok rupanya kelakar & sweet. Hantu2 drama ni pun takdalah menakutkan sangat. Lagipun NurNiz minat dengan pelakon2 utama drama ni So Ji Sub dan Gong Hyo Jin. Dua2 pelakon ni takdalah sangat hensem & cantik tapi diorang sangat pandai berlakon. Watak wanita utama (Tae Gong Shil) boleh nampak hantu setiap masa lepas dia terlibat dalam excident. Tapi bila dia sentuh Joo Joong Won (seorang CEO syarikat) terus semua bayangan hantu hilang. Joong Won ni rimaslah dengan Gong Shil ni tapi Gong Shil buat tak kisah tetap nak berkepit dengan Joong Won hehe. Setiap episod best sebab ada ja watak hantu baru dalam tiap2 episod dan chemistry antara pelakon utama memang menjadi.

*Gambar credited to Wikipedia

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment