Kami bangun seawal 4 pagi lebih untuk solat Subuh. Untuk musim summer di Aussie, pukul 3.15 pagi camtu dah masuk Subuh. Lepas tu NurNiz kena siapkan plak bekalan makanan untuk perjalanan ke Great Ocean Road (GOR). Sementara nak tunggu supermarket buka memang lambat sikitlah nk start memasak disebabkan malam semalam tak sempat beli bahan-bahan mentah. NurNiz sediakan maggi goreng untuk sarapan dan nasi berlauk ayam goreng dan sambal untuk bekal tengah hari. Ayam halal yang tak masak lagi (brand Steagles, Ingham) boleh didapati di supermarket seperti Coles dan Woolworth. Perencah makanan seperti sambal, kari , rendang dalam pack tu NurNiz dah bawa dari Brisbane. Last sekali dekat pukul 9 pagi baru boleh bertolak. Kalau nak ke GOR, sebenarnya lebih elok mulakan perjalanan awal memandangkan perjalanan ke GOR mengambil masa agak lama iaitu lebih kurang 4-5 jam.
Untuk ke GOR, ada 2 jalan iaitu melalui jalan laut dan jalan dalam. NurNiz cadangkan masa pergi tu kita ambil jalan dalam supaya sampai lebih awal. Semasa balik, kita boleh balik melalui jalan laut untuk tengok pemandangan. Untuk sampai ke titik permulaan kawasan GOR, ianya ambil masa 2 jam dari Melbourne City CBD dan lebih kurang lagi tambahan 2-3 jam untuk sampai ke penghujung GOR. Sepanjang GOR ni banyak sangat kawasan menarik untuk dilawati. Kawasan yang paling famous antaranya adalah 12 Apostles di kawasan Fort Campbell. 12 Apostles dah berada di penghujung GOR. Masa awal2 perjalanan kami asyik singgah di persisiran pantai untuk bergambar dan tengok pemandangan, jadi kami sampai agak lewat ke kawasan 12 Apostles iaitu dah pukul 4.30 petang. Memang superb pemandangan di 12 Apostles ni. Dengan cuaca mendung dan angin laut bertiup kencang terasa sangat kesejukan. Selain tu kami ke rock collection yang berdekatan iaitu London Bridge. Sempat pergi 2 tempat ni saja sebab kami dah keletihan sangat masa tu. Bayangkanlah sehari berada dalam kereta dengan jalan tepi pantai berpusing2. Jadinya kami terus balik melalui jalan dalam.
Kami sampai di apartment dah nak dekat pukul 8 mlm. Kat Melbourne musim summer, pukul 8 mlm masih lagi cerah. Kalau di Brisbane sebelum pukul 7 malam dah gelap. Setelah berehat-rehat di apartment, kami keluar menuju Melbourne CBD untuk makan malam. Jalan raya di Melbourne CBD agak crowded dengan laluan tram. So kena make sure anda faham peraturan jalan raya Aussie untuk memudahkan pemanduan di Melbourne CBD. NurNiz makan malam di restoran Malaysia iaitu Mamak, yang terletak di 366 Lonsdale Street, CBD, Melbourne. Restoran Mamak ni dibuka sampai pukul 10 malam. Punyalah kena 2,3 kali pusing CBD nak cari parking, kami sampai restoran Mamak ni pun dah nak dekt pukul 10 malam. Tapi diorang buka ja lagi untuk ambil order. NurNiz dan Big Bear order nasi goreng, mee goreng dan roti canai. Mungkin sebab dah nak tutup dan customer pun dah tak ramai, makanan sampai cepat ja dan makanan-makanan dia pun ok. Balik ja makan malam memang terus tidur sebab dah kekenyangan dan letih seharian dalam kereta.
|
Wafiy mengantuk sebab kena bangun awal |
|
Eh ada jugak southbank di Melbourne ya.. |
|
Pemandangan tepi jalan di Geelon |
|
Kami singgah bergambar di Aireys Inlet, Great Ocean Road |
|
Kat belakang tu ada lighthouse tapi kami tak singgah pun kat kawasan lighthouse tu |
|
Split Point Lighthouse |
|
Masa ni baru separuh perjalanan kami nak ke 12 Apostles |
|
Kereta sewa kami, Toyota Corolla hatchback |
|
Cantik-cantik pemandangan sepanjang persisiran pantai..tu yang asyik rasa nak berhenti ambil gambar |
|
Berhenti lagi bergambar |
|
Cockatoo di Lorne town |
|
Kami singgah makan di tepi pantai di kawasan Lorne town |
|
Pemandangan jika melalui jalan dalam |
|
Akhirnya kami sampai di 12 Apostles, Great Ocean Road |
|
Big Bear yang kesejukan |
|
Memang cantik sangat pemandangan di 12 Apostles! |
|
Lagi 2 biji rocks di 12 Apostles. Yang lagi 2 biji ni terasing sikit |
|
Angin laut sangat laju sampaikan NurNiz kena ikat tudung nak elakkan tudung terbang |
|
12 Apostles signboard |
|
Rock scenery ni dekat gak dengan 12 Apostles tapi kena naik kereta kalau nak ke sini |
|
Kawasan ni dinamakan bersempena nama orang tapi dah x ingat nama apa |
|
Perjalanan ke London Bridge
|
|
Asalnya rocks si London bridge ni bersambung, tapi yang sekarang ni runtuh dah macam lagu London bridge falling down |
|
NurNiz dah tukar tudung sebab nak kena menghadap angin kencang..topi Wafiy pun nak tercabut gak haha |
|
Perjalanan balik melalui jalan dalam boleh nampak ladang biri-biri |
|
Side dish roti canai |
|
Main menu mee goreng |
|
Restoran Mamak di Lonsdale Street, Melbourne |
0 comments:
Post a Comment