Percutian NurNiz ke Melbourne hujung tahun 2016 ambil masa singkat ja iaitu untuk 3 hari 2 malam. NurNiz sampai di Melbourne waktu tengah malam Khamis dan balik semula ke Brisbane pada pagi Ahad. NurNiz beli tiket ke Melbourne ni bersempena promotion tiket dari Tiger Airways. Tempoh perjalanan adalah sebelum cuti Krismas. Apa lagi terus jela beli tiket adhock padahal sebelum tu takda plan pun lagi nak ke Melbourne.
Perjalanan dari bandar Brisbane ke airport domestik Brisbane mengambil masa kira-kira 45 minit. Sepanjang perjalanan ke airport Airport kami diiringi dengan hujan renyai-renyai. Di airport domestik Brisbane, kawasan check-in dibahagikan ikut syarikat pernerbangan. Untuk Tiger Airways ni diorang memang takda kaunter yang proper just pakai self check-in mesin ja. Tapi jangan risau memang akan ada ja staff diorang yang stanby untuk bantu kita jika ada sebarang kesulitan.
Flight sepatutnya berlepas pukul 8.30 mlm tapi kena delay hampir 2 jam. Pukul 9.45 mlm barulah dipanggil boarding dan pukul 10.10 mlm flight berlepas. Penat gak menunggu sebab keletihan petang tu baru balik dari uni. Alhamdullilah Wafiy behave ja sebab excited nak naik plane. Nasib baik gak ada bawa bekal bihun goreng bolehlah alas perut sambil menunggu boarding.
NurNiz sampai di airport Tullamarie, Melbourne lebih kurang pukul 1 pagi. Perjalanan dari Brisbane ke Melbourne mengambil masa lebih 2 jam dan waktu di Melbourne lebih awal sejam berbanding Brisbane. Dari Brisbane lagi Big Bear dah contact car rental untuk informkan bahawa flight delay. Big Bear sewa kereta compact Toyota Corolla hatchback daripada Hertz kerana masa survey2 sebelum ni diorang yang offer paling murah untuk waktu sewaan NurNiz. Untuk sewa kereta, international lesen dari Malaysia diterima di sini sebab lesen kita dah ada dwibahasa. Selain lesen, barang-barang lain yang penting adalah GPS dan carseat untuk kanak2 dan GPS tu Big Bear bawa dari Brisbane. Lepas kitaorang sampai ja, kaunter Hertz terus tutup.
Masa sampai di airport Melbourne, cuaca mendung dan sangat sejuk hampir 10 օC. Memang menggigil la kami sebab kami ingat cuaca panas macam summer di Brisbane. Kami pun just bawa sweater nipis dan baju lengan pendek+seluar pendek untuk Wafiy. Tula lain kali, sila check ramalan cuaca dulu di tempat yang hendak dilawati. Perjalanan dari airport ke apartment yang kami sewa plak mengambil masa 30 min. Sampai ja apartment kami terus tidur sebab esok kena bangun awal nak ke Great Ocean Road!
|
Wafiy yang excited nak naik plane. Sebab dah berapa kali ke airport hantar orang lain naik flight. |
|
Sabar menunggu ketibaan plane |
|
Makan dulu semasa menanti plane |
|
Bawa bekal bihun goreng |
|
Flight delay 1 jam setengah |
|
Kaunter kereta sewa |
|
Melbourne City CBD |
0 comments:
Post a Comment