First Ever Boxing Day Shopping

NurNiz pun baru tau kewujudan istilah Boxing day tahun lepas@2tahun lepas.. Boxing day kebiasaannya diraikan sehari selepas Christmas day. Pada hari tersebut, sale besar2an diadakan di semua gedung/kedai. Lebih kurang macam YES sale ataupun dulu2 Jcard day di Jusco. Disebabkan konpem pada hari Boxing day ni mesti sangat ramai manusia yang akan membeli belah, so NurNiz awal2 pagi dah bertolak ke kedai2 yang ditarget. Pukul 9 pagi takdalah awal mana sangat pun kan.. Boxing day pertama kali ni NurNiz pegi ke Direct Factory Outlet (DFO) berdekatan dengan Airport Brisbane. Disebabkan agak jauh DFO dari rumah NurNiz, time special ada sale jelah baru pegi sana.

Pagi tu masih tak ramai orang lagi. Kononnya nak survey2 satu round dulu baru nak beli barang2 kemudian. Bila dah habis survey, orang bertambah2 ramai sampai terus rasa pening nak shopping. Tambah2 lagi kena kejar Wafiy yang taknak duduk diam tu huhuhu. Ada sesetengah kedai macam Fossil tu kalau nak beli barang siap kena beratur dulu baru boleh masuk dalam kedai. Last2 sekali nak shopping pun rasa malas sebab kalau nak beli pakaian nak kena beratur panjang plak untuk try pakaian.

Masa ni masih awal pagi so tak ramai orang sangat lagi

Boxing day sale

Ben Sherman Winter coat ni sebenarnya dah dibeli awal sikit (pre-boxing day kononnya) di DFO Harbour Town, Gold Coast. Cashier tu agaknya tersalah bagi diskaun lagi untuk coat ni tinggal harga 29AUD. Unbelievable hahaha

Sweater untuk Wafiy, NurNiz taktau harga Hackett original sangat mahal rupanya dalam 100++AUD. Padahal sweater cinonet ja pun. Nasib baik ada sale berganda2 barulah mampu beli. Wafiy sila pakai sampai balik Malaysia nanti.

Terus berkenan tengok Ninja Turtle Crocs ni. Yang penting harga time tu ada sale. Kalau untuk Wafiy tak perlulah beli kasut cantik bagai, baik beli kasut getah sebab cepat je kasut kotor.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment