Bersempena cuti Krismas tahun lepas (just a few days ago..hee) NurNiz berpeluang bercuti ke Bundaberg (area north of Queensland). Nurniz join road trip ni sekali dengan akak jiran di Swann Road dulu dan perjalanan dari Brisbane ke Bundaberg ambil masa lebih kurang 5-6jam. Kawasan north of Queensland ni memang terkenal dengan ladang2 pertanian dan penternakan yang luas seperti tebu, mangoes, tembikai dan laici. Sepanjang perjalanan tu rasa macam tengah ada kat Perlis ja .
|
NurNiz suka sangat tengok pemandangan ladang2 yang luas.. |
The Bundaberg Barrel
Minuman keluaran syarikat Bundaberg (Ginger Beer) ni memang sangat terkenal di Australia. Ginger beer ni actually merupakan sejenis minuman berkarbonat (contoh paling senang ginger drink keluaran F&N di Malaysia). Kebanyakan minuman berkarbonat sekarang dibuat menggunakan teknik pressurize carbon dioxide untuk hasilkan bubble, Bundaberg drinks ni diorang gunakan traditional approach iaitu teknik penapaian/fermentation with yeast. Selain perisa ginger, banyak lagi perisa minuman keluaran Bundaberg ni seperti guava, lime, peach, pineapple coconut, apple dan banyak lagi. Di Bundaberg Barrel ni kita boleh melawat mini museum yang tunjukkan bagaimana minuman Bundaberg ni terhasil.
|
Di akhir tour, kita berpeluang merasa semua jenis perisa keluaran Bundaberg |
|
Entrance to the Bundaberg Barrel |
|
Setiap pelawat akan dibekalkan dengan mini radio yang akan berikan penerangan sepanjang tour |
|
Alat2 yang digunakan untuk hasilkan minuman pada zaman dahulu |
|
Brew drinks berasal daripada England sebelum disebarkan ke Australia dan lain2 negara |
|
Kalau zaman dahulu ubat2 turut dijual sekali di kedai minuman |
|
Perisa sarsaparilla (rootbeer macam A&W pun ada) |
|
Nak hasilkan brew drinks ni pun perlukan knowledge of science.. how much yeast..how much sugar..how long fermentation |
|
Bye..bye kami dah nak balik |
Hinkler Hall of Aviation
Salah satu lagi tempat pelancongan di Bundaberg adalah Hinkler Hall of Aviation. Kat sini ada tunjukkan pasal info2 & replica kapal terbang & juga rumah Hinkler yang dibina semula dari England. (Hinkler ni seorang yang sangat meminati dunia penerbangan). NurNiz tak masuk pun sebab sampai dah lewat. Kebanyakan tempat2 pelancongan di Australia ni memang tutup awal, pukul 4 petang dah tutup padahal buka lambat pukul 9-10 pagi.
|
Hinkler Hall of Aviation |
|
Hinkler Hall of Aviation entrance |
Bundaberg Railway Museum
Tak dapat melawat Bundaberg Railway Museum ni sebab ianya ditutup sampai 3 Januari. Tu pun salah satu kerugian berjalan2 time cuti Krismas banyak tempat2 pelancongan ditutup.
| |
Bundaberg Historical Museum |
|
|
|
Turtles Conservation
Sebelum datang ke Australia, NurNiz memang taktau langsung rupanya kat Australia ni banyak penyu2. Dianggarkan purata 3 daripada 10 ekor penyu di seluruh dunia datang bertelur di Australia. Tempat terkenal untuk tengok penyu bertelur adalah di Mon Repos Conservation Park. Tapi disebabkan booking lambat, trip nak tengok penyu bertelur tu dah fully booked. So kitaorang pegi sendiri ke Oak Beach untuk tengok penyu bertelur (kalau kat area Oak Beach ni ikut luck penyu nak datang ataupun tak). Malam tu setelah menunggu dalam 2 jam akhirnya dapat tengok secara live penyu datang ke pantai untuk bertelur. Kitaorang kena menunggu dalam gelap sebab kalau penyu ternampak lampu, penyu akan lari masuk ke dalam laut semula. Kat Oak Beach ni siap ada renjer yang akan pantau penyu2 (nak halang orang2 datang ganggu penyu2). Masa malam yang Nurniz tunggu tu, seekor penyu tu tak jadi bertelur sebab bila dia korek pasir tu ada batu2 besar dalam pasir, so dia rasa tak selamat untuk bertelur.
|
Salah satu pengalaman tak dapat dilupakan tengok penyu datang bertelur |
|
Kabin
Next time nak bercuti sila pastikan anda book awal2 especially accommodation. Disebabkan semua motel berhampiran pantai dah fully booked, NurNiz tinggal di kabin yang agak jauh dari pantai. Tapi oklah kabin ni sangat murah 60 AUD per night.
|
Kabin nampak kecil je rupa2nya dalam tu boleh muat macam2 |
|
Sekecil2 kabin pun bab dapur tu memang complete..senang nak memasak |
|
Microvawe ni dikira macam peralatan wajib di Aussie |
|
Queen bed |
|
Toilet |
|
Meja di luar kabin untuk bersantai2 |
|
Bundaberg City
Hari ketiga (hari terakhir)..sebelum bertolak balik, NurNiz singgah di bandar Bundaberg untuk bergambar2.
|
Cantik sangat bunga2 kat sini walaupun sikit ja.. |
|
Add caption |
|
Bandar2 kat sini memang sangat bersih |
|
Bundaberg regional council |
|
Kat Bundaberg city ni banyak gak bangunan2 lama yang masih dikekalkan dan masih lagi cantik.. |
|
Tugu terkenal di tengah2 bandar Bundaberg |
| |
Bundaberg post office | |
Hi. Nak tanya. Apa nama cabin penginapan tu?
ReplyDelete