Sambung Belajar Luar Negara #3: Kursus Kenegaraan BTN

Masa dapat tau setiap pelajar yang nak sambung belajar ke luar negara di bawah tajaan kerajaan Malaysia kena pegi BTN, NurNiz memang fobia dengar BTN. Haha sebabnya NurNiz terbayangkan kem BTN yang kena tidur dalam khemah, lari2, masuk air semua tu. Rupa2nya BTN sekarang dah moden ok, semuanya akiviti indoor just ada riadah ringan di waktu petang. BTN sekarang pun dikenali sebagai Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (PTPLN). NurNiz dapat slot untuk BTN pada 22-26 April 2014 bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Kalau macam kes NurNiz, kena informkan universiti untuk book slot BTN ni.
Akademi Kenegaraan Jalan Bellamy
Sebelum pegi BTN, kita kena emailkan borang biodata kepada urusetia dan bawa borang asal masa pendaftaran nanti. Kali ni merupakan first time NurNiz berpisah lama dengan Wafiy. Sebelum ni paling lama pun Wafiy kena tinggal sehari masa NurNiz ambil exam IELTS. Kali ni gak merupakan first time NurNiz drive sendiri ke destinasi jauh, nasib baiklah ada kawan ofis NurNiz join naik kereta sekali. 

Sesi pendaftaran start pada pukul 2.30-4.30 petang hari pertama tu. So, awal2 pagi NurNiz dah bertolak dari rumah sebab takut sesat kan. Pastu singgah rumah mertua tinggalkan Wafiy kat sana. Alhamdullilah, dengan bantuan GPS NurNiz tak sesat mencari Jalan Bellamy. Rupa2nya selain akademi kenegaraan, banyak lagi bangunan kerajaan kat Jalan Bellamy macam pejabat pemegang cap mohor majlis2 raja. Masa pendaftaran setiap peserta akan diberikan name tag bersama woven beg. Untuk penginapan siap boleh pilih kalau nak duduk dengan kawan2. Peserta2 tinggal dalam apartment dan setiap peserta dapat sebuah bilik. Ok sangat apartment yang disediakan tu takdalah macam kena duduk dalam dorm.
Bilik air pun banyak so tak perlu berebut
Setiap peserta dapat satu bilik
Dalam setiap apartment ada 3 bilik
Malam tu dah mula sesi ceramah. Kalau tengok tentatif rasa macam pack gila tapi actually ada masa free sebenarnya. NurNiz punyalah bawa baju takyah iron sebab takut tak sempat nak iron bagai. Orang lain siap pakai vogue2 lagi hehe. 2 hari terawal tu memang dipenuhi dengan sesi ceramah. Hari ke 3 & 4 ada discussion, peserta2 akan dipecahkan kepada group kecil dan akan discuss dalam bilik2 kecil. Masa dengar sesi discussion, mulalah NurNiz terbayangkan kena discuss dan present semua tu. Nasib baiklah just discussion yang santai2 dan tak perlu present kat depan pun. Thumbs up untuk fesilitator group NurNiz. Tak ingat la plak nama encik tu kan. Tapi encik tu memang kaya dengan knowledge pasal negara dan isu semasa. Tanya jelah apa pun semua boleh jawab. Actually, tujuan diadakan discussion adalah untuk membantu kita faham soalan2 test nanti. So pay attention kepada  point2 penting yang fesilitator cakapkan. Point2 masa sesi ceramah pun masuk gak dalam test nanti.
Setiap slot BTN akan diwujudkan facebook untuk mudahkan komunikasi
Setiap kali nak start ceramah memang wajib nyanyi lagu
Hari terakhir adalah hari test. Pagi dah kena siap2 packing barang jadi lepas test boleh terus balik. Test tu ada 40 ke 60 soalan objektif..boleh plak lupa kan. Soalan2 of courselah berkisarkan topik2 kenegaraan seperti sejarah dan isu2 semasa macam 1Malaysia. Tapi jangan risau boleh open segala buku dan nota, just tak boleh open internet. Kalau takda dalam buku atau nota, kenalah guna logik akal hehe. Bagi NurNiz, BTN ni bestlah sebab tak perlu outdoor banyak sangat, urusetia/fesilitator/penceramah yang cool(takdalah bias politik sangat) & dapat jumpa rakan2 dari background yang berbeza termasuklah doktor2 yang nak sambung sub-kepakaran.
 
Sebelum start test
Kami dah tak sabar nak balik rumah yeaahh


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment