Sambung Belajar Luar Negara #2: Medical Checkup Visa ke Australia

Antara prosedur terakhir yang kena settlekan sebelum nak fly adalah visa. Selagi visa tak siap universiti tak boleh booking tiket flight. Proses visa NurNiz agak lama sebabnya nak kena tunggu tarikh untuk medical checkup. Sebab sekarang Australia pakai sistem visa online, jadi hanya hospital terpilih boleh dibuat medical checkup. Kalau untuk area utara ni paling dekat adalah di  Penang Adventist Hospital. Bayangkan NurNiz booking pada 21 Ogos, tarikh untuk medical checkup adalah pada 3 September sebabnya tarikh sebelum tu dah fully booked.
Australia visa medical checkup di Adventist Penang Hospital
Sebelum nak buat booking untuk medical checkup, first dulu NurNiz kena fill in visa online application di http://www.immi.gov.au. Selepas tu sistem akan keluarkan referral letter yang ada HAP number. Next, barulah boleh call hospital untuk buat appoinment. Masa nak buat appoinment kena bagi HAP number sekali. Medical checkup ni boleh buat pada hari weekdays ja dari pukul 2-5pm.

Item2 yang perlu disediakan untuk buat medical chekup:
  1. Referral letter
  2. Form 26 & 106 (Boleh download di website http://www.immi.gov.au dan isikan sebelum nak buat medical checkup)
  3. 2 keping gambar pasport
  4. Pasport original dan 1 salinan pasport
  5. Gambar Xray lepas (*tak perlu pun sebenarnya sebab untuk visa australia memang akan dibuat xray terbaru)
Masa hari kejadian, seeloknya pukul 2pm kita dah ada kat hospital. Dekat Adventist hospital ni memang ada wellness centre khas untuk buat medical checkup. Macam biasalah untuk medical checkup, diorang akan ambil tekanan darah, timbang berat, ukur ketinggian dan test mata dan juga urine sampel. Boleh plak masa nak ukur tinggi Wafiy meraung2 taknak berdiri atas penimbang, terpaksa baringkan Wafiy ukur ketinggian cara baby haha. Pastikan minum air banyak2 supaya result urine normal. Kalau tak kena repeat test plak. Lepas tu, NurNiz, Big Bear dengan Wafiy dibawa jumpa dengan doktor. Jumpa dengan doktor, doktor just tanya previous medical history pastu check mata, telinga, abdomen ja. Lepas jumpa doktor barulah kena buat xray. NurNiz suka sangat dengan tempat xray Adventist hospital ni, sebabnya kita dibekalkan dengan robe yang boleh ikat masa nak kena xray. Tudung pun dibenarkan pakai just tanggalkan pin tudung so aurat pun masih terpelihara. Baby macam Wafiy tak perlu pun buat xray.
Kaunter Adventist Wellness Centre
Tepi kaunter ada disediakan tempat air coway untuk minum air
Bagi Wafiy layan upin ipin kalau tak asyik nak main tempat air coway tu
Tengah tunggu turn nak buat xray
Jalan2 makan angin di kafeteria sementara tunggu result urine test
Wafiy dengan rambut askar
Lepas xray kena buat pembayaran di kaunter. Jangan ingat buat medical checkup free tak bawa duit plak hihi. So untuk medical checkup 3 beranak total RM 710. Bawa resit ke kaunter wellness dan tunggu result urine dalam 15 minit camtu. Kalau result  urine ok terus boleh balik. Rupa2nya untuk medical checkup visa Australia ni tak perlu pun buat blood test jadi result  boleh dapat dalam masa 3 hari. Macam NurNiz buat medical checkup 3 Sept, 5 Sept tu dah dapat email visa approved.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. aah mmg adventist je dorg accept.
    i pon buat kat sini dulu time nak gi sambung degree kt perth

    ReplyDelete
  2. Ooo yaka dah lama rupanya diorang implement selected hospital ni..

    ReplyDelete