NurNiz & Big Bear dah lama sebenarnya nak beli kerusi makan baby sejak pegi Ikea bulan March lepas. Tapi malangnya kerusi makan baby Ikea tu habis stok. Jadi kami plan nak beli next time pegi Ikea.Bila agaknya tu tah2 Wafiy dapat adik baru sempat pegi hehe. Suka sangat dengan kerusi makan baby Ikea ni sebab ringan & murah.
|
Antilop/dulang kecil Ikea RM15 [sumber ikea.com] |
|
Kerusi tinggi RM 49 [sumber ikea.com] |
|
Kerusi tinggi dengan dulang RM 64 [sumber ikea.com] |
Sebelum ni tak kisah sangatlah takda kerusi makan baby sebabnya kalau nak suap Wafiy, NurNiz boleh letakkan Wafiy dalam Bumbo seat dia. Tapi sekarang Wafiy dah pandai keluar sendiri daripada Bumbo seat tu.
|
Minit pertama masih berkedudukan baik |
|
Minit kedua berjaya meloloskan diri |
|
Wafiy..maafkan ibu gunting rambutmu jadi Abu Bakar Ellah |
Bersempena bulan Ramadhan ni penting sangat kerusi makan baby sebabnya masa berbuka Wafiy akan menyibok sekali nak makan bersama2. Big Bear nak beli kerusi makan baby di Manjaku Baby Mall, Sg. Petani tapi sudah kehabisan stok. Kemudian kami cari kat kedai Apple Baby di Mergong, Alor Setar pun dah kehabisan stok. Akhirnya terjumpa di kedai barangan baby bertentangan dengan Kilang Continental, Mergong. Harga asal RM 105 tapi lepas tawar menawar dapatlah RM 85. Kalau beli di Manjaku Baby Mall hanya RM 79.90.
So bila dah ada kerusi baby ni bolehlah NurNiz melatih Wafiy untuk makan sendiri. NurNiz akan berikan kepada Wafiy makanan yang boleh dipegang seperti biskut jejari, buah2an untuk dimakan sendiri. Walaupun comot tapi berbaloi sebab Wafiy sangat happy boleh makan sendiri sampai ketuk2 meja lah.
|
Makan sambil berangan.. |
ko gunting sendiri ke kema!!!!memang betul la ibu ni!hahaha
ReplyDeletekononnya nak repair rambut Wafiy tapi jadi lagi truk adalah hahaha..
ReplyDeleteBerapa harga bumbo seat tu yea
ReplyDeletedah tak ingat harga sebenar rasanya dalam RM 200
Delete