PJJ-Perkahwinan Jarak Jauh

Sedar tak sedar dah setahun setengah lebih NurNiz berkahwin. Kiranya dah setahun setengah gakla NurNiz berPJJ dengan en. suami. NurNiz berPJJ dengan en. suami ni dari zaman bercinta lagi. Dari percintaan jarak jauh kepadalah perkahwinan jarak jauh. Tak pernah lagilah merasa duduk sekali.

Dulu beberapa bulan sebelum berkahwin NurNiz siap menangis sebab takleh imagine kena tinggal bersendirian selapas berkahwin. Disebabkan NurNiz ada ikatan kontrak dengan tempat kerja, jadi NurNiz tak boleh sewenang2nya berpindah mengikut en. suami. Masa tu siap baca forum2 & blog2 kisah tentang perkahwinan jarak jauh ni. Ada sesetengah pihak tu dah berPJJ selama berbelas tahun. Memang NurNiz sangat respect la kat diorang tu. Nasib baiklah ayah NurNiz tinggal bersama NurNiz selepas berkahwin jadi dapatlah menghindarkan perasaan sunyi & bosan. 

Sekarang ni seolah2 dah biasa bab berPJJ. Lagi seronok kot hidup macam single time weekdays. Weekands baru nak terhegeh2 kemas rumah & memasak hehe. Tapi tula kalau kat ofis buat majlis pa2 terpaksalah pergi seorang tanpa berteman. Lagi satu, pasangan yang berPJJ memerlukan kos yang banyak (beli/sewa dua rumah berasingan, kereta pun kena berasingan gak, kos pengangkutan berulang-alik). Mungkin selepas ni dah mempunyai anak lagilah NurNiz kena berdikari jaga anak sorang2. Jelousnya kat pasangan yang dapat tinggal bersama2.


Awal perkenalan: Skudai, Johor ==> Banting, Selangor

Bertunang: Skudai, Johor ==> Kuantan, Pahang

Berkahwin: Changlun, Kedah ==> Kuantan, Pahang

Berbadan dua: Changlun, Kedah ==> Sungai Petani, Kedah

*Walaupun sekarang dah tinggal dalam satu negeri yang sama, masih tak boleh tinggal bersama sebab sorang kat utara kedah sorang lagi kat selatan kedah hoho..

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment