Pada 3/9/2012 yang lalu, mommy & Wafiy ke KMC untuk checkup 7 bulan & untuk mengetahui result keputusan ujian darah mommy. Ayah Wafiy tak dapat ikut sebab hari tu hari Isnin & ayah perlu kerja mencari duit tuk mommy & Wafiy :). Berat mommy sekarang 53.3kg. Doktor bagitau mommy mengalami kepucatan sebabnya paras hemoglobin mommy turun lagi daripada 9.3 kepada 8.3. Patutlah mommy selalu keletihan suka tido awal. Jadi mommy sekarang dikategorikan mengalami anemia tahap sederhana. Doktor Kamaruzaman sarankan mommy jalani beberapa ujian darah untuk mengetahui sama ada mommy menghidapi penyakit talasemia ataupun hanya mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Info lanjut berkenaan hemoglobin rendah ni boleh baca kat sini.
Hb rendah ketika mengandung (kekurangan sel darah merah) |
Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia
< 6.9 - Sangat teruk
6.9 < 8.0 - Teruk
8.0 < 9.5 - Sederhana
9.5 -10.5 - Ringan
< 6.9 - Sangat teruk
6.9 < 8.0 - Teruk
8.0 < 9.5 - Sederhana
9.5 -10.5 - Ringan
Lepas tu, Doktor scan perut mommy. Berat Wafiy sekarang dah mencecah 1.2kg. Alhamdullilah, kepala Wafiy sekarang dah berada di kedudukan bawah. Doktor cadangkan juga mulai sekarang mommy kena ambil 2 biji pil obimin setiap hari. Doktor juga akan berikan mommy pil obimin jenis lain yang lagi kuat sikit. Selepas selesai mendengar nasihat Doktor, mommy pergi ke makmal untuk menjalani ujian darah. Harga ujian darah RM 145.00. Terkejutnya mommy sebab mommy bawa duit sikit ja huhu (nasib baik masih cukup). Mula2 nurse cucuk lengan kiri mommy tapi nurse tu tersalah cucuk jadi nurse tu terpaksa minta pertolongan rakannya untuk cucuk lengan sebelah kanan mommy plak (nurse tu macam tak yakin ja mungkin baru masuk bekerja agaknya). Sample darah mommy diambil sebanyak 3 balang.
Akhir sekali, mommy ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat & proses pembayaran. Jumlah bayaran RM 105 (masa tu duit dalam purse mommy ada RM 100 ja). Nasib baik mommy korek2 dalam handbag terjumpalah RM 5 zaman dahulukala. Kalau tak terpaksalah mommy mengemis kat situ. Next appoinment mommy 21/9/2012.
*Mommy kena bawa duit banyak2 tau kalau nak checkup kat KMC hee..
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments:
Post a Comment