Baby Wafiy Kena Masuk Wad

Time sakit camni tetiba rasa nak panggil baby Wafiy plak kan haha..So petang Isnin (19/5) nak dekat Maghrib Wafiy kena admit wad. Dapat masuk wad berdua & kebetulan katil sebelah kosong (rupanya katil sebelah tengah dalam labour room). Wafiy meraung2 bila kena ikat tag nama di kaki. Bila pakaikan seluar panjang, lupa pasal tag tu terus tak menangis. Malam tu Dr. Razif on call datang check Wafiy. So doktor pun tanya history kelahiran Wafiy. Pastu doktor inject jarum untuk dapatkan sampel darah dan untuk masukkan air drip. Tangan Wafiy kena berbalut untuk elakkan jarum dicabut. Sepanjang malam tu, kekadang Wafiy berjaga menangis sebab tangan tak bebas & berbalut. Bila bangun pagi ternampak tangan berbalut nangis lagi. Agaknya Wafiy ingatkan mimpi bila bangun rupa2nya btoi tu yang mengangis hehe.
Baru lepas kena cucuk ambil darah. Masa ni takut2 lagi memerap kejap.

Thank you ayah temankan Wafiy. Ayah yang rajin mandikan Wafiy & teman Wafiy jalan2.

Dua hari pertama, suhu badan Wafiy memang tak stabil. Kejap panas kejap ok. Masa doktor datang check ok, 10 minit kemudian suhu boleh naik pantas ke 39.8 degree celcius. Ade sekali petang & malam tu Wafiy terketar2 sebab suhu badan naik tinggi dengan cepat. Hari Selasa result darah dah tau, takda infection dalam darah dikesan. Tapi result darah Wafiy luar range, sel darah putih dengan protein tinggi. Tu tandanya badan tengah keluarkan antibodi sendiri untuk melawan penyakit. Doktor bagi injection antibiotik & kena tunggu tengok kesan dia selama 48 jam. Next, doktor nak ambil sampel berak dengan urine. Nak ambil sampel urine tu kena pasang plastik pada pisang Wafiy, nangis2 lagi sebab tak selesa hehe. Sampel berak & urine Wafiy normal so doktor continue dengan antibiotik & drip. Ada sekali tu nak inject antibiotik tu Wafiy nangis2 rupa2nya tangan Wafiy dah bengkak.
Kena bawa mainan Wafiy semakin bosan

Dah bosan main layan cerita kartun plak

Bila drip kena stop terus excited taknak duduk atas katil lagi

Kesan ubat nasib baik Wafiy tido banyak kali gak

Pagi Rabu ayah pi keja, rupanya Kedah cuti peristiwa so patah balik hospital
Wafiy memang suka tunggu lif kat ruang sini

Bila tah nak balik rumah ni???

Sekarang dah pandai jeling2 kalau kacau dia

Jumpa adik 1 tahun 2 bulan. Adik lagi tinggi daripada Wafiy.

Masa kat dalam wad, selera makan Wafiy tiba2 bertambah. Semua yang disuap makan siap minta nak lagi. Hari Khamis tu Wafiy dah sihat ingatkan dah boleh discharge tapi rupanya tak boleh discharge lagi sebab doktor nak ambil sampel darah lagi nak tengok kesan antibiotik 48 jam. Hari Khamis tu NurNiz request doktor stopkan drip sebab Wafiy dah makin bosan duduk dalam wad & nak berjalan2. Hobi Wafiy masa kat dalam wad berjalan2 naik lif. Setiap kali lif terbuka mesti nak singgah floor tu. Pastu suka sangat berjalan2 di ruang legar paling bawah dekat dengan cafe. Tak malu plak tu paw auntie2 yang ada anak kecil dapat benda2 free macam bola, popcorn, nugget la.. Hari Jumaat tu NurNiz memang bertekad nak balik. Kalau doktor tak bagi balik ingat nak lari balik ja hahaha. Akhirnya result darah Wafiy ok so bolehlah kami balik hari Jumaat tu.
Hari keempat badan Wafiy semakin membulat

Hari last tengah tunggu ayah balik keja datang ambil

Sampai tertido tunggu ayah

Nak review sikit pasal paediatrician KMC. Dr. Razif ni memang berpengalaman & cakap pun lemah lembut ja. Wafiy sekali ja cucuk untuk ambil darah memang terus dapat tapi doktornya agak strict/skema, dia akan monitor progress betul2 selagi tak sembuh memang tak boleh discharge la.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment