Baby Wafiy Demam Panas

5 hari NurNiz terpaksa cuti sebab Wafiy kena masuk wad akibat demam panas. Kerja di ofis yang tertangguh jadi bertimbun2. Wafiy start demam lepas cucuk 1 tahun setengah. Cucuk hari Ahad, Wafiy start demam hari Isnin sampai Isnin berikutnya. Isnin sampai Jumaat demam malam2.Masa tu just bagi makan ubat demam klinik kesihatan bekalkan masa cucuk. Hari Sabtu ambil ubat demam di klinik. Doktor kata mungkin kekurangan air so doktor suruh bagi Wafiy minum banyak air tak kisahlah air jus ka,air ribena janji air. Doktor kata even air 100 plus pun boleh bagi Wafiy minum. 

Start pagi Sabtu tu Wafiy dah start demam siang&malam. Bila makan ubat kejap je badan sejuk pastu badan panas balik. Start malam Sabtu tu malam2 suhu badan Wafiy dah start tinggi antara 39.7-40.3 degree celcius. Masa tu boleh bertenang lagi bagi ubat bontot dengan jelum kepala pakai air suam+asam jawa sebab ingatkan termometer Watson tu macam tak accurate sangat. Bila bagi ubat bontot baru badan Wafiy sejuk balik. Tiba2 pagi Isnin tu badan Wafiy terketar2 sampai mulut biru. So mandikan cepat2 pagi tu takut badan terlebih panas. So, pagi Isnin buat appoinment dengan Klinik Yeoh. Bayangkan booking pukul 10.00 dapat turn no 21 pukul 4.30 petang. Bila pi Klinik Yeoh petang tu check suhu dah cecah 40.6 degree celcius. Doktor Yeoh check kejap pastu doktor suggest refer ke hospital sebab demam dah seminggu suhu tinggi plak tu. Doktor kata maybe demam disebabkan bakteria. Doktor Yeoh tuliskan surat reference & tak kenakan apa2 charge pun.

Next destination, NurNiz pi ke KMC. Pagi Isnin tu Wafiy masih bertenaga jalan sana sini. Bila petang Wafiy dah start macam letih sikit tapi ada hati gak nak jejalan & main2. Bila check suhu 40.7 degree celcius. Pastu nurse terus masukkan ubat bontot sementara nak tunggu masuk wad.
Tengah tunggu procedure nak masuk wad. Sambil tu jelum  kepala.

Kemain layan Upin Ipin dengan abang sebelah tu.

p/s: entri ditulis di KMC pakai hp ja so takda gambar. Bersambung kisah di dalam wad plak..

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment