Wafiy: 5 - 6.5 bulan

Hello semua. Dah lama kan Wafiy tak cerita perkembangan terbaru diri sendiri. 27/5/2013 yang lalu genaplah umur Wafiy 6 1/2 bulan. Yang bestnya bila dah 6 bulan, Wafiy dah boleh makan solid food. Bosanla kan selama ni asyik minum susu ja. Tapi sebenarnya ni bukan first solid food Wafiy sebab Toklid Wafiy dah pernah bagi Wafiy makan macam2 (betik, ABC, jus oren, sirap bandung...). Dah banyak kali ibu ingatkan Toklid jangan bagi Wafiy makan, tapi time ibu tak nampak mesti Toklid akan bagi. Wafiy pun makan jela sebab sedap kan hehe.

First solid food yang ibu masakkan untuk Wafiy adalah bubur kurma disebabkan masa tu kehabisan sayur2an kat rumah.Tapi Wafiy tak suka sangat bubur kurma tu. Masa ibu suapkan Wafiy rasa nak termuntah. Sori ibu Wafiy tak sengaja tau. Lepas tu ibu masakkan plak bubur carrot. Ok la gak tapi rasa tawar ja. Masa kat rumah tok, tok masakkan Wafiy bubur kentang. Sedap sangat Wafiy siap menjerit2 nak makan lagi. Semenjak tu Wafiy dah jumpa makanan favourite Wafiy sampai ayah panggil Wafiy "Mat Kentang".
Bubur kurma
Dari segi perkembangan fizikal, masa 5 bulan, selepas meniarap, Wafiy dapat satu kemahiran baru iaitu berguling. Time tidur pun Wafiy suka berguling sampai sekali tu terjatuh daripada katil. Dalam 2 minggu lepas, Wafiy dah boleh menyulur. Mula2 menyulur slow2 ja sebab tak pandai lagi. Sekarang dah boleh menyulur lagi laju. menyulur ni best sebab Wafiy bebas untuk  pegi ke mana saja dan ambil barang2 yang Wafiy suka. Antara barang2 kegemaran Wafiy sekarang ialah kabel wayar telefon & kipas angin kecil.
Best tau dapat berguling macam cerita Hindustan tu..
Berguling2 sambil tengok TV
Mari kita berlumba menyulur..
Kipas angin ni dah koyak Wafiy kerjakan
Masa Wafiy umur 6 bulan, Toklid belikan hadiah walker untuk Wafiy. Sayang kat Toklid!!!Tapi Toklid belikan walker colour pink. Wafiy redha jela naik walker colour pink yang penting muka Wafiy tetap macho kan. Mula2 Wafiy tak suka sangat duduk dalam walker sebab Wafiy tak reti sangat nak gerak2 ke sana-sini. Alhamdullilah, selepas seminggu berkat latihan Wafiy tiap2 hari Wafiy berjaya memandu walker dengan jayanya. Destinasi kesukaan Wafiy sekarang adalah dapur. Wafiy suka sangat tengok ibu yang kelam kabut masakkan bubur Wafiy pagi2 sebelum pegi keja. Kat dapur banyak barang2 menarik yang Wafiy boleh main. Wafiy suka pegi ke rak pinggan mangkuk & jatuhkan semua tupperware yang ada kat situ. Wafiy rasa tertarik dengan bakul sampah sebab ada macam2 barang pelik dalam tu. Tapi ibu selalu bising kalau Wafiy pegi dekat ke bakul sampah, taktaulah kenapa kan. Wafiy sekarang suka explore pakai tangan & kuku Wafiy yang tajam ni. Wafiy suka tarik rambut ibu sebab rambut ibu lembut & suka cubit2 lengan & perut ibu masa minum susu sebab kulit ibu lembut & penuh dengan lemak berkrim :).
Wafiy dalam walker pink
Wafiy makin pandai berlakon sekarang. Wafiy tak suka kena tinggal kesorangan sebab boring. Wafiy nak ada kawan untuk main sama2. Kalau ibu tinggalkan Wafiy, Wafiy akan menangis kuat2 macam kena pukul supaya ibu datang jenguk Wafiy kekeke. Nasib baiklah kat tempat pengasuh Wafiy banyak kawan jadi Wafiy jarang menangis & menjerit2. Kalau bab tidur, Wafiy suka bangun malam2 untuk minum susu & bekepit dengan ibu. Bukan apa Wafiy ni jenis mudah terjaga kalau tidur berguling. Jadi Wafiy akan menangis2 supaya ibu terjaga & dodoikan Wafiy tidur semula. Ibu pun selalu tak cukup tidur, mata pun dah jadi macam panda sebab kena melayan Wafiy. Tapi takpa ibu tetap cute di mata Wafiy :). Ok la semua nanti Wafiy dah ada perkembangan terbaru Wafiy akan cerita lagi.
Wafiy suka kejut ibu malam2

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. Rambot n kulit ibu lembut? Wakakkakaka -lida-

    ReplyDelete
  2. Kema:karpet putih anda segebu wafiy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha karpet putih tu gambar kat ikea la farah bukan rumah kema..

      Delete