Toys --> Vtech sit to stand learning walker

Masa singgah di Toys R Us Alamanda Putrajaya, NurNiz sempatlah membeli toys baru untuk Wafiy iaitu Vtech sit to stand learning walker. Mula2 NurNiz nak belikan Vtech first steps baby walker tetapi tak jadi disebabkan harga Vtech sit to stand learning walker lagi murah rupanya (RM 159.90). Kalau Vtech first steps baby walker mahal dalam sepuluh ringgit. Setelah buat perbandingan, function kedua2nya lebih kurang sama ja. 
Vtech sit to stand learning walker
Vtech sit to stand learning walker ni sangat sesuai bagi membantu baby berjalan & mempunyai pelbagai permainan musikal yang menarik. Yang menariknya permainan musikal ni "detachable" & boleh diletakkan di atas lantai. Roda walker ni plak boleh diubah mengikut 2 kelajuan. Kalau baru belajar berjalan adjust pada speed 1 supaya walker perlahan dan elakkan baby terjatuh. Antara permainan musikal yang ada termasuklah:
  1. Nombor & bentuk. Nombor akan bercahaya apabila ditekan. Bentuk plak boleh dikeluar dan dimasukkan semula. Dapat melatih baby mengenal nombor, bentuk & kemahiran menyusun objek.
  2. Telefon. Baby2 mesti sangat suka bunyi telefon. Dapat melatih baby bercakap kononnya cakap telefon hihi.
  3. Pintu Peek a boo. Berbunyi seakan2 pintu dibuka & ditutup. Dapat melatih pergerakan tangan baby buka & tutup sesuatu objek.
  4. Roda putaran. Apabila roda putaran diputar laju, lagu yang dimainkan pun akan semakin laju. Dapat melatih pergerakan tangan baby memutar sesuatu objek.
  5. Keyboard piano. Keyboard piano berwarna-warni & mengeluarkan bunyi haiwan tertentu apabila ditekan. Dapat melatih baby mengenal warna & bunyi haiwan. Kat atas keyboard tu pun ada gambar lembu yang comel.
  6. Roda putaran bebunyi. Dapat melatih pergerakan tangan baby memutar sesuatu objek.
Fungsi2 Vtech sit to stand learning walker [Gambar dari eBay]
Permainan musikal yang detachable  [Gambar dari eBay]
Roda yang boleh adjust kelajuan [Gambar dari eBay]
Wafiy dan Vtech sit to stand learning walker
Wafiy pun sangat suka dengan Vtech sit to stand learning walker ni sebabnya boleh bermain sambil meniarap. Kadang2 siap main tekan2 pakai kaki hehe.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment