Pengalaman Bersalin: Part 1

Jumaat (9/11/12)


Hari terakhir NurNiz bekerja. NurNiz ambil cuti seminggu awal memandangkan due date NurNiz adalah pada 21/11/12. Big Bear tak dapat pulang ke rumah sebab kereta rosak.

Sabtu (10/11/12)

NurNiz bershopping sorang2 di Alor Setar membeli pakaian interview hari Isnin nanti (interview yang tak sempat pergi sebab dah bersalin hihi). Nasib baiklah tak terberanak masa tengah shopping sorang2 hehe. Kalau bab bershopping bertenaga ja sampai 4 jam kat shopping complex. 

Ahad (11/11/12)

Sepatutnya NurNiz ada checkup rutin mengandung di Hospital Pantai, Sungai Petani tapi malas plak nak berulang alik jadi skip checkup tersebut. Keluarga mertua NurNiz dan kakak ipar datang bermalam di rumah NurNiz disebabkan mereka nak berjalan2 ke Hatyai. Dahlah rumah Nurniz macam rumah terbengkalai sejak mengandung. Tu yang bersemangat bangun pagi2 buat kerja (beli barang makanan kat market, prepare bahan2 nak masak, kemas stor, sapu & mop lantai, cuci bilik air). Ayah NurNiz sempat bergurau lagi “Jangan buat kerja2 berat sangat nanti terberanak plak” (mungkin terkejut tengok kerajinan NurNiz yang tiba2 ni hihi). Sebelah petangnya tu NurNiz sempat lagi membeli karpet baru untuk rumah.

10.00 - 11.00 Malam

Selepas makan malam & kemas dapur, NurNiz terasa sakit belakang masa menonton TV. NurNiz ingatkan sakit sebab banyak buat kerja, jadi NurNiz berehat jap dengan berbaring atas katil. Bila rasa sakit hilang, NurNiz pun kembali ke ruang tamu untuk menonton TV. Pukul 11 malam Big Bear pun ajak tidur sebab dah keletihan.

11.00 Malam - 2.00 Pagi

Big Bear dah tidur dengan selamatnya. Tapi NurNiz tak dapat tidur sebab sakit pinggang tadi kembali balik. Rasa sakit pinggang tu semakin bertambah & semakin kerap. Kebetulan masa tu NurNiz rasa nak terberak jugak. Jadi  berkali2 la berulang alik ke bilik air untuk membuang. Masa tu NurNiz sempat gak berWhatapps dengan rakan masa degree a.k.a Farah yang telah berpengalaman bab bersalin ni bertanya tentang rasa sakit contraction. (Sebenarnya NurNiz macam tau diri sendiri mengalami sakit contraction tapi masa tu rasa terlalu cuak jadi takmau mengaku pada diri sendiri tengah mengalami contraction huhu). Pastu rakan NurNiz suggestkan untuk timing rasa sakit tu sebabnya kalau sakit tu berulang2 & semakin kerap maksudnya sudah hampir nak bersalin. Masa tu NurNiz tak pernah tau lagi akan kewujudan contraction timer, jadi rekodlah timing sakit tu secara manual gunakan pen & kertas. Kalau tak rekodkan kita takkan perasan bahawa timing sakit kita semakin cepat (macam NurNiz hari tu rasa sakit pinggang selang 5 minit). 

Masa tu barulah tau betapa sakitnya rasa contraction, macam nak tercabut pinggang & terpisah tulang punggung daripada badan. Rasa sakit sangat sampai NurNiz bertawaf dalam bilik tanpa henti. Big Bear terjaga sebab pelik NurNiz asyik mundar mandir dalam bilik. Big Bear pun suruhlah NurNiz berbaring & tidur untuk hilangkan kesakitan. Rasa nak menjerit ja kat Big Bear kalau dapat tahan sakit takdanya nak bertawaf satu bilik tu huhu. Big Bear pun bagitau kepada mak mertua keadaan NurNiz. Mak mertua cakap berdasarkan pengalaman beliau kalau sakit tetapi tak turun tanda lagi (air ketuban pecah, turun darah ka) maksudnya 2,3 hari lagilah nak bersalin. NurNiz pun cuba bertahan sebab ingatkan selepas ni sakit tu akan hilang dengan sendirinya.

Akhirnya NurNiz terpaksa ajak Big Bear ke hospital gak sebab sakit yang tak berkesudahan. Jadi kami putuskan untuk balik Sungai Petani . Nasib baiklah masa tu dah sediakan beg kelengkapan baby & beg untuk berpantang. Tetapi tak complete lagilah sebab ingatkan nak balik Sungai Petani lepas interview. Masa tu memang kelam kabutlah tengah sakit nak mengemas barang2 lagi.

  Isnin (12/11/12)

2.00 - 5.30 Pagi

Dalam pukul 2 pagi NurNiz bertolak ke Sungai Petani bersama ibu & bapa mertua. Keluarga kakak ipar & adik2 ipar terpaksa ditinggalkan di rumah NurNiz.  Disebabkan setiap 5minit NurNiz akan mengalami  kesakitan, perjalanan 1 jam lebih menjadi 45 minit sahaja. NurNiz terus menuju ke Hospital Pantai. Sampai di sana, NurNiz disuruh berbaring untuk membuat test (NurNiz dah lupa nama test tu). Wayar2 dipasang kat perut untuk check denyutan jantung baby. Setiap kali NurNiz mengalami sakit contraction, jantung baby NurNiz  akan jatuh merudum. Alarm pun berbunyi2.  Rasanya selama 1 jam test tu dijalankan . Bayangkan bertapa terseksanya  disuruh berbaring masa tengah sakit contraction huhu. Mujurlah ada Big Bear menemani di sisi jadi tukang bagi air sebab masa sakit tu, NurNiz berasa dahaga yang teramat. Nurse seluk untuk check bukaan  NurNiz baru 1cm (takut gak selalunya dengar sakit kalau kena seluk untuk check bukaan, tapi alhamdullilah NurNiz tak berasa sakit).  Masa tu NurNiz masih takda turun tanda apa2 lagi. 

Nurse terus menelefon Dr. June di rumah bagitau tentang denyutan jantung baby NurNiz yang tak stabil tu. Dengan pantas Dr. June tiba di hospital. Dr. June pun check  bukaan NurNiz dah 3cm tapi berita buruknya baby NurNiz dah berak. (masa Dr. June seluk terasa jari doktor menyentuh sesuatu yang tak sabar2 nak keluar,rasanya kepala baby kot). Jadi Dr. June sarankan tak perlu tunggu untuk bersalin normal lagi sebabnya  pembedahan harus dibuat segera disebabkan baby berkemungkinan akan tertelan berak tersebut & menyebabkan jangkitan kuman kepada peparu.  

Lama gak NurNiz menunggu pembedahan dijalankan sebabnya staff bahagian OT  takda dan perlu on call. Sakit contraction tu memang tak tertahan lagi. Masa sakit tu nurse akan suruh kita tarik nafas dalam2 setiap kali sakit contraction supaya baby tak kekurangan oksigen. Sampai NurNiz rasa dah tak cukup oksigen la nak tarik nafas menunggu nak dibawa ke bilik pembedahan. Nasib baiklah Dr. june peluk2 NurNiz untuk bagi sokongan. Rasa sakit contraction sampaikan dicucuk ubat bius pun tak sedar. Segala kesakitan beransur hilang bila dicucuk ubat bius di tulang belakang.

Sepanjang pembedahan Big Bear temankan NurNiz sambil bercerita tentang apa yang doktor tengah buat. Dewan pembedahan sangat sejuk sampai NurNiz terketar2. Akhirnya pada pukul 5.22 pagi, baby NurNiz a.k.a Wafiy pun berjaya dikeluarkan. Tali pusat Wafiy terbelit 2 kali masa dikeluarkan patutlah walaupun contraction berlaku kerap tapi Wafiy tak dapat turun sebab tali pusat dah terbelit. Mungkin sebab terbelit tu gaklah Wafiy kekurangan oksigen yang sebabkan keadaan fetal distress & Wafiy berak tanpa sedar. Selepas dikeluarkan, senyap sunyi keadaan beberapa minit. Doktor terpaksa masukkan penyedut ke dalam mulut Wafiy untuk keluarkan segala najis yang ditelan. Selepas berjaya dikeluarkan, barulah NurNiz dapat dengar tangisan nyaring Wafiy yang pertama. Betapa syahdu dan sebak NurNiz rasakan apabila nurse letakkan Wafiy dekat NurNiz untuk dicium. Bersambung di  Pengalaman Bersalin: Part 2

Gambar Wafiy yang pertama
2.1 kg, 49 cm

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

7 comments:

  1. Wishlist kema di atas nun dh siap semua. Bestnya

    ReplyDelete
  2. Kena update yg baru pasni. Ada banyak lagi wiishlist nak dipenuhi hehe..

    ReplyDelete
  3. salam nurniz.. congratz on ur newborn. dh lama tggu nurniz update. sy nk tnye sket boleh? sy planning nak bersalin kat pantai sp jugak> ok ke service kat sana? kalo normal delivery bape ye charge? salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
  4. w'salam. Ada anak kecil susah sikit nak update :).so far, ok la service kat sana. doktor baik, nurse pun baik2. kalau dgn dr.june normal delivery package RM1888 (trmasuk labor room, ward double room 3hr 2 mlm). ade free pamplet boleh ambil kat bahagian registration pantai sp tu. yg dr. seorang lagi tu tak sure la charge die. anak 1st gak ke?

    ReplyDelete
  5. haah..baby 1st. planning nak bersalin kat pantai pasal situ je doc perempuan. kalo metro doc lelaki. kalo RM1888 sgt ok lah. bajet rm2.5k ke bawah. kalo over bajet terpaksa lah ke gomen jek. huhu thanks ue nurniz for the info. hugs & kisses to baby wafiy :)

    ReplyDelete
  6. Assalam..berapa nurniz kena caj bersalin haritu? Saya pun bakal cesar jgk nnti.tq sudi jawap.

    ReplyDelete
  7. w'salam. NurNiz kena 6k++ nak dekat 7k. NurNiz bersalin tengah malam kena oncall tu yg charge dia mahal sikit.

    ReplyDelete