Biar Sampai POLARIS

  • Home
  • Recipe
  • Travel
  • Study
  • Review
    • Hotel/Place
    • Baby Products
    • Beauty/Fashion
Home Archive for February 2013
Hari ni Wafiy dah 3 bulan 13 hari.  
Berat semasa 3 bulan dah 6.2 kg berbanding masa lahir dulu 2.1 kg.
Muka innocent baru lahir (2.1 kg)
3 bulan (6.2 kg)
Perkembangan ketara adalah tangan Wafiy sekarang sudah boleh mencapai & menggenggam objek2 berdekatan dengannya contohnya yang selalu menjadi mangsa; rantai dan baju NurNiz. Kalau tengah menyusu objek kegemaran untuk digenggam ialah jari NurNiz. Kalau selimutkan Wafiy pun dia akan menarik2 selimut dia. Wafiy sekarang suka sangat kononnya berebut macam dah pandai pegang botol susu sendiri kekadang tu sampai tercampak botol susu hahaha. Bab kaki pun sama. Bukan main aktif sekarang Wafiy melonjak2 bila dipegang especially kalau dengar muzik nasyid. Kalau tidur malam di atas katil, asyik ditendangnya perut NurNiz ni.
Wafiy kena buli dengan ayah
Kaki tak boleh diam..
Selain itu, Wafiy sekarang sangat gemar menghisap apa saja objek berdekatan mulutnya. Wafiy paling suka menghisap2 tangannya sendiri sampai meleleh air liur. Kalau dulu2 tangan asyik terbabas ja sampai ke mata, kesian tengok. Dan dulu2 gak, kesemua2 jari akan dimasukkan ke dalam mulut, sekarang ni Wafiy dah berjaya masukkan ibu jari sahaja ke dalam mulut.

Perkembangan paling seronok ialah Wafiy sudah pandai giggle..ketawa berbunyi2. Sebelum ni Wafiy cuma pandai tersengih2 @ ketawa takda bunyi bila diacah2.
Sengih takda gigi
 Wafiy juga semakin peka terhadap bunyi sekeliling. Kalau panggil nama Wafiy, dia akan mencari2 orang yang panggil dia. Kegemaran Wafiy sekarang ialah menonton TV. Macam faham ja cerita kat TV tu hehe.  Minum susu botol pun kekadang nak tengok TV (disebabkan warna & bunyi TV yang menarik kan).

Macam faham ja tengok kartun tu

Cuma Wafiy belum pandai meniarap sendiri. Kekadang cuba berpusing tapi tak berjaya sebab badan bambam, bila tak berjaya menjerit2 tak puas hati hehehe. Cuba lagi Wafiy!



NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul hehe. 

Dari awal kelahiran lagi, Wafiy memang jenis tergolong dalam baby mudah terkejut. Pantang bunyi sikit, mesti akan terkejut. Baru 5 minit tidur, dah terkejut. Lepas terkejut Wafiy susah untuk tidur semula. Bila tak dapat tidur mulalah mengamuk menangis2. Solution yang NurNiz dah cuba bedung baby, letak bantal2/benda berat atas dada, bagi baby tidur mengiring @ meniarap. Kadang2 berkesan kadang2 tak. Akhirnya terpaksalah tidurkan Wafiy dalam buaian walaupun sebelum ni NurNiz  pernah berazam takmau ajar anak sendiri tidur buaian. Tapi terpaksalah gunakan buaian supaya Wafiy dapat tidur lena lama sikit.

Wafiy tidur meniarap
Nak dekat hari ke-20 selepas kelahiran, Wafiy dapat ragam baru plak iaitu susah nak tidur. NurNiz selalu dengar ada sesetengah baby suka tidur siang tapi berjaga waktu malam2. Tapi bayangkanlah siang dan malam Wafiy takmau tidur sampai bawah mata tu jadi lebam la tak cukup tidur. Dari pukul 8 pagi sampai 6 petang, kekadang tidur sejam lebih ja. Setiap kali sesi tidur kekadang 30 minit ja. Padahal Wafiy selalu ja menguap tanda2 mengantuk tapi tetap takmau tidur gak. Letak dalam buaian dihenjut2 pun tetap takmau tidur. Masa tu NurNiz terpikir baby pun ada penyakit insomnia kot haha. Bila takmau tidur Wafiy jadi kerap lapar, asyik minum susu sampai perut kembung hehehe.
Dalam buaian pun kena bagi Wafiy tidur meniarap supaya tak mudah terkejut
Lepas habis berpantang, NurNiz balik ke rumah sendiri. Nasib baik kawan Big Bear ada bagi besi buaian jadi tak perlulah beli yang baru. Masa ni Wafiy dah ada masa2 tertentu akan tidur tapi Wafiy akan kerap terjaga. Masa dalam buaian, 10-15 minit tidur Wafiy akan terjaga & menangis (macam tau2 ja ibunya takda kat situ). NurNiz yang tengah buat kerja terpaksalah menghenjut buaian bagi Wafiy tidur semula. Jadi, kalau Wafiy tidur sejam, 3-4 kali terpaksa berulang alik ke buaian. Kadang2 stress, NurNiz rasa nak beli spring automatik terus. Hasilnya, NurNiz boleh kurus tanpa makan ubat pelangsing huhu.  

Wafiy dalam buaian :)
*Kalau diikutkan banyak lagi kisah2 Wafiy bab tidur ni tapi dah tak larat nak cerita panjang2 :)

Antara gadjet2 penting yang NurNiz gunakan ketika bekerja:

1. Breast pump. NurNiz gunakan Philips Avent Manual Breast Pump (lenguh tangan gaklah kekadang masa pump huhu). Kalau ada rezeki lepas ni nak cari yang elektrik plak.
Philips Avent Manual Breast Pump

2. Storage bottle. Ada banyak pilihan ibu2 boleh gunakan contohnya storage bottle, cups, ziplock bag.
NurNiz beli Autumnz Storage Bottle

3. Cooler bag. Untuk menyimpan hasil EBM (expressed breast milk).
NurNiz sangat berkenan corak polkadot Autumnz Cooler Bag

Cara menyimpan stok EBM dalam cooler bag
 4. Ice Pack. Ice pack ni sangat penting especially bagi ibu bekerja yang rumahnya jauh daripada ofis nak maintainkan suhu sejuk bagi EBM. So, petang2 lepas balik bekerja NurNiz akan simpan ice pack ni dalam freezer. Untuk elokkan ice pack mudah terkoyak, simpan ice pack dalam bekas sebelum dimasukkan dalam freezer. 
Reusable Ice Pack dari Autumnz

Inilah rupa ice pack tu. Mampu menyejukkan stok EBM selama 14 jam.
*NurNiz perasanlah hasil EBM NurNiz ni kekadang dipengaruhi emosi. Kalau pam dengan rushing/ stress dapatlah setakat 3 oz sekali pam. Kalau tengah mood santai boleh dapat dalam 8 oz lebih hihi.

Hasil EBM sekali pam



 
Ikan Siakap 3 Rasa

Resipi kegemaran ayah NurNiz. Sebab kejar masa, bahan2 potong besar gedabak hehe. Resipi asal dari sini

Bahan2 Ikan

- 1 ekor Ikan Siakap
- Garam & kunyit - untuk di lumur pada ikan
- Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
- Minyak untuk menggoreng ikan

Bahan2 Kuah

- 1 ulas bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 biji cili padi (diketuk, boleh tambah kalau mau lagi pedas)
- 1 inci halia (dihiris kecik)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 1/4 biji nenas (dihiris)
- 1 biji timun kecil (dihiris)
- 2 batang baby jagung (dihiris) 
- 3 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- 2 helai daun limau purut (optional)

Cara- caranya

1. Ikan dibersihkan dan ditoskan.
2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit & garam.
3. Lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua2 belah bahagian ikan.
4. Goreng ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan halia, bawang putih & merah.
6. Setelah bawang agak layu, masukkan cili padi, sos cili, sos tomato, sos tiram.
7. Kacau sebentar. Masukkan baby jagung, bawang besar, tomato dan nenas. Masukkan air sedikit.
8. Tambahkan garam, gula. Biarkan kuah mereneh seketika.
9. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.
Bagi sesiapa yang taktau lagi, beginilah rupa Bumbo Seat.

Bumbo Seat Lime
Dah lama sangat NurNiz mengidam nak beli Bumbo Seat ni sebelum pregnant & ada anak lagi. Sebab tengok comel sangat baby duduk dalam tu. Jadi bila Wafiy dah lahir kat dunia memang wajib belilah hehehe. Harga pasaran Bumbo Seat bersama tray selalunya RM 249.90. Kebetulan di Peekaboo Baby Shop tengah ada diskaun jadi NurNiz pun belilah sebab online shop yang lain tengah takda diskaun buat masa sekarang. Lagipun sekarang ni Wafiy bukannya suka sangat diletakkan tidur atas tilam mesti akan menangis2. Tapi letak dalam Bumbo Seat tu pun boleh bertahan setakat 5minit. Suka duduk atas orang ja.

Bumboo Seat + tray RM199.90
Excitednya time parcel sampai

Kalau nak letak baby dalam Bumbo seat kena make sure baby dah boleh angkat kepala sendiri.
Aksi2 Wafiy bersama Bumbo Seat

Sempena meraikan habisnya berpantang & menghargai jasa baik family mertua yang telah banyak menjaga & membantu NurNiz ketika berpantang , maka trip ke Cameron Highland pun diadakan. Kalau dulu bolehlah honeymoon berdua, tapi sekarang dah jadi babymoon plak :). Big Bear dah booking apartment 2 bilik siap masa pantang lagi. Jadi hari ke-46 ja terus kami semua bertolak ke Cameron Highland. Dari kecil lagi NurNiz memang tak suka jalan berpusing2 ni sebabnya mudah rasa pening & mual. Punyalah menahan muntah, akhirnya termuntah gak masa dah sampai kat area Kee Farm. Jom kita layan gambar2 :).

Wafiy dah ready nak pegi jalan2 ni..
Cantiknya..sayang nak makan

Family picture
  
Taman Agro Tourism
Wafiy dapat sweater baru

Ladang Teh Bharat Cameron Highland

Wafiy buat muka cebek plak hihi





Masa keluar daripada hospital (hari ke-2 selepas bersalin) , NurNiz rasa lega sangat sebab bacaan kuning Wafiy masih terkawal. Tapi hari ke-3 dan seterusnya bacaan kuning Wafiy semakin meningkat. Selagi bacaan tak menurun selagi tulah terpaksa berulang alik ke klinik kesihatan.

Hari ke-3= 158 umol/L
Hari ke-4= 175 umol/L
Hari ke-5= 191 umol/L

Sepanjang bacaan kuning meningkat, macam2 kaedah tradisional dibuat tapi tak berkesan pun. NurNiz sebenarnya tak percaya sangat kaedah2 tradisional ni tapi terpaksalah buat gak demi nak kurangkan kuning Wafiy. NurNiz baru terbaca tentang artikel jaundis ni kat  myMetro. Artikel  ni sangat bagus penerangannya tentang jaundis yang semua ibu bapa patut baca. Antara kaedah2 tradisional yang dicuba:
  • Bagi baby minum air sengkuang cina. Wafiy bukan main suka minum lagi sebab manis. Tapi tak elok sebenarnya bagi air manis kepada baby sebab organ dalaman baby belum matang lagi & boleh menyebabkan buah pinggang baby rosak.
  • Letakkan daun lidah buaya kat kepala baby untuk kurangkan panas kononnya.
  • Mandikan dengan air kucai. 
  • Jemur bawah cahaya matahari. Jemur dalam rumah ja sebab cahaya matahari sekarang bahaya tinggi UV.
Letak daun lidah buaya kat kepala Wafiy
 Nasib baiklah NurNiz teringat kaedah yang akak NurNiz pernah buat kepada anak saudara NurNiz iaitu balutkan baby dengan korset premium beautiful (PB). Mesti pelik kan apa kaitan korset dengan jaundis plak. Tapi NurNiz takdalah beli korset PB beribu tu just pinjam daripada akak saja hehe. Tapi NurNiz cubajaya & hasilnya memberangsangkan. 

Hari ke-6= 180 umol/L
Hari ke-7= 157 umol/L 

Rasa lega sangat tak perlu berulang alik ke klinik kesihatan lagi. NurNiz percaya kaedah ni berkesan sebab korset PB mengandungi Far Infrared Ray (FIR). Jadi gelombangnya mungkin dapat berfungsi sebagaimana fototerapi menukarkan bilirubin yang dibuat dalam inkubator tu. Camna FIR tu bertindak boleh refer kat sini.
Akak NurNiz kata lagi berkesan balut tanpa baju
*Ini bukan iklan korset PB tapi just berkongsi pengalaman hehe.




Selepas pembedahan Pengalaman Bersalin: Part 1, NurNiz diarahkan untuk tidur terlentang selama 6 jam. Bibir NurNiz berasa sangat kering kerana dalam bilik pembedahan sangat sejuk. Selepas kesan ubat bius hilang, NurNiz mula merasa sakit sikit2 di bahagian yang dibedah. Nasib baiklah nurse ada bagi ubat demam & ubat tahan sakit. Masa tu rasa rindu sangat kat Wafiy. Sekali sekala Big Bear akan request nurse untuk hantar Wafiy kepada NurNiz untuk disusukan. Masa tu rasa kekok sangat untuk menyusu & NurNiz pun taktau sama ada susu dah keluar atau belum. Tapi camna pun rangsangan awal adalah penting untuk pengeluaran susu. NurNiz tak sabar menunggu hari esok untuk bangun daripada katil. Berbaring lama2 rasa lenguh belakang.


Keesokan harinya, awal2 pagi nurse datang untuk membuka saluran kencing. Selepas dibuka, NurNiz cuba untuk duduk dengan bantuan Big Bear. Masa tu barulah rasa betapa azabnya untuk duduk daripada keadaan berbaring dan berasa azab lagi daripada keadaan duduk untuk berdiri.Tapi NurNiz kuatkan semangat sebab doktor dah pesan kalau NurNiz dah boleh berjalan NurNiz akan dibenarkan keluar daripada wad. Tengah haritu NurNiz dah dibenarkan keluar wad :)

Cerahnya kat luar ni. Susah Wafiy nak buka mata.

Tido lena takmau bangun

Melawat Wafiy di nurseri

Anak ayah

Jumaat (9/11/12)


Hari terakhir NurNiz bekerja. NurNiz ambil cuti seminggu awal memandangkan due date NurNiz adalah pada 21/11/12. Big Bear tak dapat pulang ke rumah sebab kereta rosak.

Sabtu (10/11/12)

NurNiz bershopping sorang2 di Alor Setar membeli pakaian interview hari Isnin nanti (interview yang tak sempat pergi sebab dah bersalin hihi). Nasib baiklah tak terberanak masa tengah shopping sorang2 hehe. Kalau bab bershopping bertenaga ja sampai 4 jam kat shopping complex. 

Ahad (11/11/12)

Sepatutnya NurNiz ada checkup rutin mengandung di Hospital Pantai, Sungai Petani tapi malas plak nak berulang alik jadi skip checkup tersebut. Keluarga mertua NurNiz dan kakak ipar datang bermalam di rumah NurNiz disebabkan mereka nak berjalan2 ke Hatyai. Dahlah rumah Nurniz macam rumah terbengkalai sejak mengandung. Tu yang bersemangat bangun pagi2 buat kerja (beli barang makanan kat market, prepare bahan2 nak masak, kemas stor, sapu & mop lantai, cuci bilik air). Ayah NurNiz sempat bergurau lagi “Jangan buat kerja2 berat sangat nanti terberanak plak” (mungkin terkejut tengok kerajinan NurNiz yang tiba2 ni hihi). Sebelah petangnya tu NurNiz sempat lagi membeli karpet baru untuk rumah.

10.00 - 11.00 Malam

Selepas makan malam & kemas dapur, NurNiz terasa sakit belakang masa menonton TV. NurNiz ingatkan sakit sebab banyak buat kerja, jadi NurNiz berehat jap dengan berbaring atas katil. Bila rasa sakit hilang, NurNiz pun kembali ke ruang tamu untuk menonton TV. Pukul 11 malam Big Bear pun ajak tidur sebab dah keletihan.

11.00 Malam - 2.00 Pagi

Big Bear dah tidur dengan selamatnya. Tapi NurNiz tak dapat tidur sebab sakit pinggang tadi kembali balik. Rasa sakit pinggang tu semakin bertambah & semakin kerap. Kebetulan masa tu NurNiz rasa nak terberak jugak. Jadi  berkali2 la berulang alik ke bilik air untuk membuang. Masa tu NurNiz sempat gak berWhatapps dengan rakan masa degree a.k.a Farah yang telah berpengalaman bab bersalin ni bertanya tentang rasa sakit contraction. (Sebenarnya NurNiz macam tau diri sendiri mengalami sakit contraction tapi masa tu rasa terlalu cuak jadi takmau mengaku pada diri sendiri tengah mengalami contraction huhu). Pastu rakan NurNiz suggestkan untuk timing rasa sakit tu sebabnya kalau sakit tu berulang2 & semakin kerap maksudnya sudah hampir nak bersalin. Masa tu NurNiz tak pernah tau lagi akan kewujudan contraction timer, jadi rekodlah timing sakit tu secara manual gunakan pen & kertas. Kalau tak rekodkan kita takkan perasan bahawa timing sakit kita semakin cepat (macam NurNiz hari tu rasa sakit pinggang selang 5 minit). 

Masa tu barulah tau betapa sakitnya rasa contraction, macam nak tercabut pinggang & terpisah tulang punggung daripada badan. Rasa sakit sangat sampai NurNiz bertawaf dalam bilik tanpa henti. Big Bear terjaga sebab pelik NurNiz asyik mundar mandir dalam bilik. Big Bear pun suruhlah NurNiz berbaring & tidur untuk hilangkan kesakitan. Rasa nak menjerit ja kat Big Bear kalau dapat tahan sakit takdanya nak bertawaf satu bilik tu huhu. Big Bear pun bagitau kepada mak mertua keadaan NurNiz. Mak mertua cakap berdasarkan pengalaman beliau kalau sakit tetapi tak turun tanda lagi (air ketuban pecah, turun darah ka) maksudnya 2,3 hari lagilah nak bersalin. NurNiz pun cuba bertahan sebab ingatkan selepas ni sakit tu akan hilang dengan sendirinya.

Akhirnya NurNiz terpaksa ajak Big Bear ke hospital gak sebab sakit yang tak berkesudahan. Jadi kami putuskan untuk balik Sungai Petani . Nasib baiklah masa tu dah sediakan beg kelengkapan baby & beg untuk berpantang. Tetapi tak complete lagilah sebab ingatkan nak balik Sungai Petani lepas interview. Masa tu memang kelam kabutlah tengah sakit nak mengemas barang2 lagi.

  Isnin (12/11/12)

2.00 - 5.30 Pagi

Dalam pukul 2 pagi NurNiz bertolak ke Sungai Petani bersama ibu & bapa mertua. Keluarga kakak ipar & adik2 ipar terpaksa ditinggalkan di rumah NurNiz.  Disebabkan setiap 5minit NurNiz akan mengalami  kesakitan, perjalanan 1 jam lebih menjadi 45 minit sahaja. NurNiz terus menuju ke Hospital Pantai. Sampai di sana, NurNiz disuruh berbaring untuk membuat test (NurNiz dah lupa nama test tu). Wayar2 dipasang kat perut untuk check denyutan jantung baby. Setiap kali NurNiz mengalami sakit contraction, jantung baby NurNiz  akan jatuh merudum. Alarm pun berbunyi2.  Rasanya selama 1 jam test tu dijalankan . Bayangkan bertapa terseksanya  disuruh berbaring masa tengah sakit contraction huhu. Mujurlah ada Big Bear menemani di sisi jadi tukang bagi air sebab masa sakit tu, NurNiz berasa dahaga yang teramat. Nurse seluk untuk check bukaan  NurNiz baru 1cm (takut gak selalunya dengar sakit kalau kena seluk untuk check bukaan, tapi alhamdullilah NurNiz tak berasa sakit).  Masa tu NurNiz masih takda turun tanda apa2 lagi. 

Nurse terus menelefon Dr. June di rumah bagitau tentang denyutan jantung baby NurNiz yang tak stabil tu. Dengan pantas Dr. June tiba di hospital. Dr. June pun check  bukaan NurNiz dah 3cm tapi berita buruknya baby NurNiz dah berak. (masa Dr. June seluk terasa jari doktor menyentuh sesuatu yang tak sabar2 nak keluar,rasanya kepala baby kot). Jadi Dr. June sarankan tak perlu tunggu untuk bersalin normal lagi sebabnya  pembedahan harus dibuat segera disebabkan baby berkemungkinan akan tertelan berak tersebut & menyebabkan jangkitan kuman kepada peparu.  

Lama gak NurNiz menunggu pembedahan dijalankan sebabnya staff bahagian OT  takda dan perlu on call. Sakit contraction tu memang tak tertahan lagi. Masa sakit tu nurse akan suruh kita tarik nafas dalam2 setiap kali sakit contraction supaya baby tak kekurangan oksigen. Sampai NurNiz rasa dah tak cukup oksigen la nak tarik nafas menunggu nak dibawa ke bilik pembedahan. Nasib baiklah Dr. june peluk2 NurNiz untuk bagi sokongan. Rasa sakit contraction sampaikan dicucuk ubat bius pun tak sedar. Segala kesakitan beransur hilang bila dicucuk ubat bius di tulang belakang.

Sepanjang pembedahan Big Bear temankan NurNiz sambil bercerita tentang apa yang doktor tengah buat. Dewan pembedahan sangat sejuk sampai NurNiz terketar2. Akhirnya pada pukul 5.22 pagi, baby NurNiz a.k.a Wafiy pun berjaya dikeluarkan. Tali pusat Wafiy terbelit 2 kali masa dikeluarkan patutlah walaupun contraction berlaku kerap tapi Wafiy tak dapat turun sebab tali pusat dah terbelit. Mungkin sebab terbelit tu gaklah Wafiy kekurangan oksigen yang sebabkan keadaan fetal distress & Wafiy berak tanpa sedar. Selepas dikeluarkan, senyap sunyi keadaan beberapa minit. Doktor terpaksa masukkan penyedut ke dalam mulut Wafiy untuk keluarkan segala najis yang ditelan. Selepas berjaya dikeluarkan, barulah NurNiz dapat dengar tangisan nyaring Wafiy yang pertama. Betapa syahdu dan sebak NurNiz rasakan apabila nurse letakkan Wafiy dekat NurNiz untuk dicium. Bersambung di  Pengalaman Bersalin: Part 2

Gambar Wafiy yang pertama
2.1 kg, 49 cm

Subscribe to: Posts ( Atom )

About Me

NurNiz
Hi there! Writing to turn my memories into memoirs... Much love!!!
View my complete profile

Pageviews

Followers

POPULOR POSTS

  • Oven Dapur Gas
    Yeaa..setelah berkurun lama mencari akhirnya dapat gak NurNiz membeli oven yang boleh diletakkan di atas dapur gas tanpa menggunakan elektr...
  • Bayi Susah Nak Tidur
    NurNiz percaya majoriti ibu berdepan dengan masalah anak tidur terutamanya ketika berpantang termasuklah NurNiz sendiri. Bak kata pepatah ...
  • Cara Jaga Luka Pembedahan Cesarean
    Sebelum bersalin, NurNiz ada gak membaca tentang cara menjaga luka bersalin sama ada secara normal @ pembedahan. Masa tu tak boleh lagi ima...
  • Bercuti dengan Anak di Bali - -> Day 1
    Disebabkan plan melancong ke Krabi hari tu terpaksa dibatalkan, NurNiz & Big Bear pun try cari alternatif tempat lain selain ke Tha...
  • Ujian Kehamilan
    Bilakah Ujian Kehamilan boleh dilakukan? Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau and...

LABELS

Aussie Baby Gadjet Barang Baby Murah Barangan Baby Berpantang Birthday Breastfeeding Brisbane Cinta Contest Corelle Cuti2 Dekorasi Drama Education Fashion Fossil Fossil Malaysia Friends Gold Coast Homestay Hotel Hotel Review jam tangan Kehamilan Kenduri Kesihatan Majalah Makan2 Motivation Novel Pengalaman PhD Perkahwinan PhD PhD Journey Preloved Barang Baby Queensland Raya Resepi Baby 1 tahun ke atas Resipi Resipi Baby 8-12 Bulan Rumah Shopping Taman Travel Travel (Australia) Travel (Malaysia) Wafiy Wafiy in Kindy

Archive

  • ►  2018 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (12)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (5)
    • ►  July (14)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (64)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
    • ▼  February (9)
      • Wafiy 3 bulan
      • Bayi Susah Nak Tidur
      • Peralatan Breastfeeding bagi Ibu yang Bekerja
      • Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa
      • Bumbo Seat untuk Wafiy
      • Babymoon Trip to Cameron Highland
      • Cara Kurangkan Jaundis /Demam kuning
      • Pengalaman Bersalin: Part 2
      • Pengalaman Bersalin: Part 1
  • ►  2012 (67)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (25)
    • ►  March (1)
Powered by Blogger.

Cooking Sifu

  • Azie Kitchen
    Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social
    20 hours ago
  • Commercial
    Resepi Mi Udang Har Mee
    6 years ago
  • FIZA'S COOKING
    AMBUYAT
    6 years ago

Buddies

  • Her Blog
    Pemergian
    6 years ago
  • Forever MOM
    Agent Elysian, Stokis Elysian, now dah Leader Elysian!
    7 years ago
  • Black | White
    The Midwife routine Check Up
    11 years ago

Geng Mommy

  • safiyyah osman -mommy to be-
    What Is The Latest Technology In 2019?
    3 years ago
  • 'aku' bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • kathyjem
    Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema
    6 years ago
  • Barely Supermommy
    I Need BF Advice
    6 years ago

1 Tahun

1 Tahun

9 Bulan

9 Bulan

6 Bulan --> 7.1 kg

6 Bulan --> 7.1 kg

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

12.11.12 --> 2.1 kg, 49cm

20 March 2011

20 March 2011

17 March 2011

17 March 2011

16 March 2011

16 March 2011

Travel

  • Langkawi Day 1
  • Langkawi Day 2
  • Bali Day 1
  • Bali Day 2
  • Bali Day 3
  • Gold Cost - Warner Bros movie world
Haji/Umrah
PhD
1st Novel
Next Baby
Copyright 2014 Biar Sampai POLARIS.
Distributed By My Blogger Themes | Designed By OddThemes