Checkup 36 Minggu

Eh, NurNiz tertinggal plak entri pasal checkup masa 34 minggu. Takpa kita fokus kepada yang terbaru sebab masih lagi fresh hehe. Pada checkup kali ni (28/10/2012), NurNiz kena ambil darah lagi untuk check kandungan hemoglobin dalam darah. Jadi, sebelum berjumpa Dr. June NurNiz dibawa ke makmal untuk mengambil darah.

Seperti biasa, Dr. June pastinya akan menyambut setiap patient dengan senyuman manis. Dr. June bagitau keputusan darah akan diperolehi lewat sedikit. Jadi, beliau akan memberitahu keputusan pada next appoinment iaitu minggu hadapan. Selepas 36 minggu, appoinment dengan doktor adalah pada setiap minggu ok. Sterusnya. Dr. June scan kandungan NurNiz untuk melihat perkembangan baby Wafiy. Kepala Wafiy berada di bawah seperti sebelum ni dan berat Wafiy sekarang sudah menjadi 2.48 kg. Cepatnya anak mommy ni membesar. Berat NurNiz plak naik lagi daripada 56.5 kg kepada 56.6 kg (hehe nasib baik naik 100 gram aje). Kemudiannya Dr. June bagitau NurNiz dan Big Bear bahawa uri/plasenta NurNiz semakin matang (kalau dalam scan kita boleh nampak kat bahagian uri tu ada garis2 berwarna putih). Adakah maksudnya baby Wafiy dah nak keluar?? Seperti biasa, baby Wafiy takmau tunjukkan muka dia. Baby Wafiy siap tutup muka dia dengan tangannya yang chubby tu  walaupun doktor berkali2 gerakkan perut mommy :).

Tangan chubby Wafiy ikut mommy ka?? nasib baik muat lagi cincin kahwin


Dr. June pun terangkan tanda2 nak bersalin iaitu keluarnya air ketuban berwarna jernih/ sedikit kekeruhan@keputihan/ kemerahan kalau bercampur dengan darah/ kehijauan@ gelap kalau baby sudah membuang najis di dalam perut. Sekiranya keluar tanda2 tersebut, boleh datang ke hospital dengan segera disebabkan bila air ketuban mulai keluar  maksudnya baby di dalam kandungan tidak lagi dilindungi di dalam kantungnya dan mungkin terdedah kepada jangkitan kuman.

Masa tengan scan tu, tiba2 result keputusan darah dah diketahui (eh cepat plak kan). Seperti tak diduga, Hb NurNiz masih lagi tidak meningkat iaitu 8.2 g/dL. Dr. June sarankan supaya NurNiz tingkatkan Hb sebelum bersalin kerana Hb yang rendah semasa bersalin mungkin menyebabkan si ibu kehilangan banyak darah dan Hb menurun lagi. Akibatnya, darah si ibu mungkin terpaksa ditambah. Jadi, untuk mengelakkan darah ditambah, lagi elok NurNiz tingkatkan Hb dalam darah secara semulajadi dengan memakan makanan menambahkan sel darah merah dalam darah. Selain itu, Dr. June bagitau anemia di kalangan ibu mengandung mungkin menyebabkan baby lahir awal & bersaiz kecik. 

"Mommy teringin jugak nak tengok baby Wafiy lahir awal tapi barang2 belum ready lagi & banyak kerja tak settle lagi huhu "

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. Kema, darah kita kan sama...kalau darah tak ckup nnti roger saja padaku.. Hehe tak sabaq nak jumpa baby Wafiy

    ReplyDelete
  2. thanks kemi. jangan lupa bawak buku merah nanti hihi

    ReplyDelete