Rumah: Berpindah ke Rumah Baru

Akhirnya..hari yang ditunggu2 telahpun tiba. HARI BERPINDAH! Ni bukan perpindahan mangsa banjir ya tapi perpindahan ke rumah baru. Sekarang ni susah betul nak on9 sebabnya internet kat rumah baru NurNiz ni slow macam siput. Geramnyerrr.. 

Lori pindah barang sampai ke rumah NurNiz pukul 4 petang (sebelum tu janji nak pindahkan barang waktu pagi tapi disebabkan lori nak kena check di puspakom jadi postponed ke waktu petang). Ada hikmah gakla sebab pagi tu baru sedar rupanya banyak lagi barang2 kecil yang belum dikemas especially barang2 dapur sebab ingat nak memasak dulu untuk jamu tetamu2 petang nanti. so, tips2 nak pindah barang berdasarkan pengalaman NurNiz la (1st time pindah rumah katakan):
  • Masak2 awal2 untuk tetamu. Masak awal pagi lagi bagus sebab lepas tu kita boleh kemaskan bahagian dapur (pinggan mangkuk, periuk & juga barang2 dalam peti ais). Selepas masak, terus transfer ke dalam bekas yang bersesuaian. Bayangkan NurNiz terlupa langsung nak clearkan barang2 dalam peti ais, lori datang nak angkat peti ais baru kelam kabut nak clearkan.
  • Sediakan tupperware@bekas plastik yang mencukupi untuk sesi menjamu makanan sebab masa pindah memang takda masa la nak sediakan & basuh pinggan mangkuk & seangkatan dengannya.
  • Clearkan sepenuhnya barang2 di dalam@atas perabut2 yang besar. Kadang2 barang2 kecil tu mengganggu proses nak mengangkat perabut2 yang besar.
  • Pasang tape pada pintu, laci perabut2 yang besar supaya tidak terbuka semasa proses diangkat.
  • Kemaskan laluan supaya memudahkan proses mengangkut perabut2 yang besar.
  • Asingkan barang2 mengikut kategori seperti barangan kaca supaya barangan tidak mudah rosak.
  • Sebelum berpindah, cuba imagine di mana barang2 bakal diletakkan supaya kita boleh arahkan terus orang yang mengangkat barang tu letakkan tempat yang sepatutnya.
 Gambar2 transformasi sebelum & selepas berpindah..
Ruang tamu
Ruang Tamu
Ruang makan
Bilik tidur utama
Bilik tidur utama
Bilik tidur utama
Bilik tetamu
Bilik stor
Laluan (tak tau nak letakkan apa lagi kat sini)
Dapur










Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. wah..wah..rumah baru uuu

    :)

    tahniahhh

    Lida

    ReplyDelete
  2. lidaaa..jom datang rumah i nanti. bawak karipap skali k :)

    ReplyDelete
  3. cantiknya umah kemaaaa....

    ~yna~

    ReplyDelete
  4. thanks yna..oloo malunya ina baca kiki

    ReplyDelete