Keputusan Ujian Darah Talasemia

Sekarang ni NurNiz dah berada di minggu ke-31 kandungan. Lagi seminggu nak masuk bulan ke-8 kehamilan. Barang2 baby tak sempat beli lagi sebab sibuk berpindah rumah. "Insyallah bulan ke-8 nanti mommy beli ya barang2 untuk Wafiy."

20/9/2012 NurNiz ke KMC untuk mengetahui keputusan ujian darah. Yang tak bestnya NurNiz merupakan salah seorang pembawa talasemia :(. Jadi, Doktor pun nasihatkan agar en. suami untuk menjalani saringan darah untuk talasemia gak. NurNiz tak pernah tau sebelum ni pasal alpha & beta talasemia. Info lanjut boleh rujuk kat sini dan sini. NurNiz diberikan kad supaya mudah ditunjukkan jika NurNiz membuat pemeriksaan di tempat lain.

Keputusan ujian darah
Kad
Semasa pemeriksaan, berat NurNiz dah naik kepada 55kg. (Cepatnya berat naik NurNiz pun tak sedar). Berat baby plak masih dalam lingkungan 1.2kg. Macam biasalah seperti sebelum ni, NurNiz request nak tengok muka baby, tapi tak dapat tengok gak. Just nampak hidung & pipi. Takpa lah mungkin Wafiy nak suprise kan ibu & ayah dia..

Scan minggu ke-31. Hidung ikut ayah kot :)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment